9 Tips Keewangan Untuk Pasangan Baru Kahwin


 

Majlis perkahwinan yang mewah adalah idaman hampir setiap pasangan kerana ia berlaku sekali dalam seumur hidup. Namun begitu, dalam merancang majlis perkahwinan dan rumahtangga, ramai pasangan muda melakukan kesilapan dalam pengurusan kewangan yang boleh menjejaskan masa hadapan mereka. 


Sediakan diri anda untuk kebahagiaan rumahtangga dan kebebasan kewangan dengan mengikuti sembilan tips untuk pasangan muda.


FAHAMI BAGAIMANA PASANGAN ANDA MELIHAT (DAN MEMBELANJAKAN) WANG

Wang boleh menjadi isu sensitif kerana tiada siapa yang mahu dihakimi berdasarkan tabiat berbelanja mereka. Setiap pasangan harus memahami hubungan masing-masing dengan wang sebelum mengambil keputusan untuk berkongsi komitmen kewangan bersama-sama. Mulakan dengan perancangan keewangan dengan pasangan anda pada awal. 


Anda harus mengetahui tabiat berbelanja pasangan anda. Ini juga termasuk mengetahui perkataan-perkataan sensitif yang boleh memprovokasi pasangan anda, dari segi terma, frasa atau subjek yang si dia tidak selesa gunakan. Dengan memahami sifat pasangan anda dengan wang, anda boleh mendekati pasangan dengan cara lembut dan menyokong, seterusnya merancang hal kewangan dengan lebih berkesan.Ini boleh dilakukan dengan mencatit nota akan topik-topik kewangan dan kemewahan yang lazimnya mendatangkan pergaduhan, seperti tas tangan mewah atau kasut berjenama yang baru dibeli.

Anda sebagai lelaki harus bijak memilih wanita yang dapat bijak menguruskan wang atau mengikis pendapatan anda hingga ramai di kalangan suami yang bankrup akibat berbelanja di luar kemampuan akibatnya penceraian berkait dengan keewangan adalah punca penceraian yang tinggi. 


  

BINCANG SOAL WANG SEBELUM BERKAHWIN

Hari perkahwinan adalah hari paling penting dalam kehidupan anda bersama. Walaubagaimanapun, realiti hanya akan datang selepas majlis indah itu berakhir. Jadi, anda harus berbincang tentang soal komitmen jangka masa panjang sebelum anda melangkah ke pelamin. Elakkan dari berhutang untuk bermewahan di masa perkahwinan, permulaan ini adalah penting untuk mengelakkan pertelingkahan berkait keewangan dengan pasangan anda selepas menikah. 


Bolehkah anda berdua mahu menjadi rakan kongsi yang setara dalam hal kewangan atau perkongsian setara itu mustahil?  Tidak ada salahnya ada kita buat satu penjanjian suami isteri tentang tanggungjawap dan perkongsian.
Apa yang penting di sini ialah komunikasi yang kerap dan jujur. Bincangkan sejarah dan matlamat kewangan masing-masing, termasuklah topik yang digeruni iaitu hutang bersama. Lebih awal anda mencapai kata sepakat dengan pasangan anda, lebih senang hubungan anda untuk maju kehadapan. 


BINCANGKAN MATLAMAT KEWANGAN JANGKA MASA PANJANG

Matlamat kewangan boleh berubah dari masa ke semasa. Ia bukan satu ketetapan pasti yang dicapai dengan hanya satu perbincangan. Luangkan masa setiap bulan untuk “janji temu kewangan” bagi anda duduk berbincang soal wang, menilai keadaan dan mengatur semula matlamat kewangan bersama. Bincangkan apa perancangan anda dalam 10 tahun akan datang, memiliki rumah anda sendiri, mengerjakan haji bersama, Jika berlaku masalah penyakit kritikal, sudahkah anda bersedia dari aspek keewangan. Persediaan keewangan untuk pembiyaan anak-anak dan lain-lain. 

MULAKAN BAJET YANG REALISTIK (DAN BERPEGANG PADANYA)


Memulakan satu bajet yang konsisten mampu menolong anda di masa hadapan. Langkah pertama ialah dengan melihat gaji bulanan dan perbelanjaan masing-masing. Campurkan nombor-nombor tersebut untuk jumlah pendapatan dan perbelanjaan isi rumah. 



Jika anda sedang merancang perkahwinan, fikirkan berapa banyak yang mampu dibelanjakan dan putuskan di mana anda boleh menyimpan. Cara terbaik untuk membajet bagi perkahwinan ialah dengan mengurangkan jumlah pendapatan dan melebihkan anggaran kos di dalam bajet anda. Di samping bajet tersebut, anda juga masih perlu menyimpan untuk hari kecemasan. Jadi pasangan hendaklah sama-sama saling ingat mengingati tentang matlamat anda jangka masa panjang. 

Bajet ini perlu digunakan secara berterusan untuk jangka masa yang panjang agar anda mendapat manfaatnya nanti. Untuk berpegang pada bajet sebegini juga memerlukan sokongan dan galakan. Anda akan lihat pelbagai barangan “jualan murah” yang anda “perlukan” dan “telefon pintar terbaru” yang “semua orang ada”. Dalam waktu sebegini, anda memerlukan pasangan anda untuk menyokong dan memberi galakan supaya anda membuat keputusan kewangan yang tepat, dan anda juga perlu memberi sokongan dan galakan yang sama. 

Sokongan dan galakan sebegini dari pasangan yang penyayang mampu menolong anda menolak ke tepi segala “keinginan” jangka masa pendek itu untuk manfaat yang lebih besar di masa hadapan.  

Jika, pasangan bijak dalam menguruskan keewangan, anda tidak akan ada masalah besar jika isteri berhenti kerja untuk menguruskan rumah tangga, pendapatan dari premium pelaburan insuran misalan dapat mengantikan gaji yang berterusan pada surirumah begitu juga jika salah seorang dari pasangan anda tiba-tiba perlukan penjagaan akibat sakit dan diberhentikan kerja. 

Saya punyai kawan surirumah yang punyai berbagai pendapatan dari hartanah, pelaburan insuran dan dia tidak punyai masalah keewangan dan sekatan seperti mana suri rumah yang lain. Jadi anda perlu persiapkan diri pada jangka masa akan datang. 


SEJAJARKAN PELAN SIMPANAN PERSARAAN ANDA

Percayalah anda boleh bersara selesa dengan merancang lebih awal. Setiap pasangan perlu meneliti pelan persaraan daripada majikan masing-masing dan pastikan setiap manfaat yang ada daripada pelan tersebut digunakan. Ini termasuk, isteri yang ingin berhenti kerja untuk menjadi surirumah, merancangan untuk pendidikan anak, menunaikan haji dan umrah dan lain-lain.

Anda mungkin belum bersedia untuk menimang cahaya mata. Namun begitu, kos membesarkan anak di Malaysia agak tinggi. Anda memerlukan RM400,000 untuk membesarkan anak sehingga ke peringkat pengajian universiti di dalam negara, atau RM1.1 juta jika anak itu melanjutkan pelajaran di luar negara. Perancangan yang ideal perlu bermula sebelum anak dilahirkan agar anda mempunyai masa untuk membina kekuatan kewangan sebelum anda memerlukannya.

Kadangkala anda akan menghadapi situasi yang tidak dijangka seperti dapur, peti sejuk yang rosak, kerosakan di rumah kerana banjir, atau soal kesihatan yang merosot tiba-tiba tak boleh kerja. Amat penting bagi anda memiliki sejumlah wang yang mampu menolong anda dalam situasi “kemalangan” yang lazimnya muncul entah dari mana.  



Apabila anda merancang untuk berkahwin dan memulakan keluarga, soal kematian juga perlu difikirkan. Seeloknya anda memiliki insurans nyawa agar pasangan anda dapat dilindungi jika anda tiada. Jadilah suri rumah yang bijak dalam menguruskan rumah tangga.

Memulakan sesuatu pelaburan tidak memerlukan modal jutaan ringgit di dalam bank. Bagaimanapun, ia memerlukan fokus jangka masa panjang untuk anda membina aset bersama. Pelaburan anda mungkin bermodal serendah RM5,000 tetapi pastikan anda melaburkan jumlah yang anda selesa setiap bulan. Ini termasuk membina jaring keselamatan dengan jumlah gaji selama enam bulan sebelum anda memulakan portfolio pelaburan anda. Masa mudalah anda ada kekuatan dan semangat untuk berkerja. Jadi jangan boros mulakan dengan melakukan simpanan secara paksa dan pelaburan untuk jangka masa 10-20 tahun akan datang 

Dengan cara ini, anda akan lebih bersedia untuk melihat pulangan maksima dengan pelan simpanan dan pelaburan kami seperti pelan A-EnrichGold.

Kesimpulannya, dengan mengambilkira sembilan tips kewangan ini, anda kini berada di jalan yang baik untuk membina masa depan yang lebih cerah.

Maka, persiapkan diri sebelum penyakit itu menjadi semakin terkesan dan anda sudah tidak layak untuk memiliki takaful hibah ataupun medikal kad. Jadi dapatkan perlindungan untuk anda dan keluarga. 
Dapatkan quotation dengan bajet keperluan anda

No comments:

Post a Comment