Showing posts with label Pelan AIA. Show all posts
Showing posts with label Pelan AIA. Show all posts

Perlindungan Perubatan Lengkap untuk Anda dan Keluarga AIA Medik Famili

 


Sanggupkah anda berkompromi dengan rawatan perubatan anda atau orang yang anda sayangi?


Dengan kos perubatan yang kian meningkat, keluarga anda memerlukan pelan perubatan komprehensif yang menyediakan perlindungan yang mencukupi. A-Life Medik Famili adalah pelan perubatan mampu milik tanpa had seumur hidup yang dapat memenuhi keperluan perubatan anda dan keluarga.




Nota: 1. Ilustrasi di atas berdasarkan jantina lelaki, tidak merokok, umur penyertaan 23 tahun dan kesihatan yang standard. 
2. Dengan syarat bayi yang baru dilahirkan didaftarkan dengan AIA PUBLIC Takaful Bhd. dalam tempoh 90 hari selepas dilahirkan.
3. Pelan Keluarga menyediakan perlindungan sehingga maksimum 4 orang anak dalam satu pelan.






Notis Penting: Semua amaun yang ditunjukkan dalam Jadual Faedah di atas adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) melainkan dinyatakan sebaliknya. Terdapat beberapa pengecualian yang dikenakan untuk faedah faedah ini. Sila rujuk kepada Helaian Pendedahan Produk dan Ilustrasi Produk untuk maklumat lengkap tentang faedah perlindungan. Kami hanya akan membayar perbelanjaan perubatan yang layak dimana ianya adalah berpatutan, lazim dan perlu atas sebab perubatan.

Takaful ialah skim saling bantu-membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan, persaudaraan dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk membuat sumbangan berdasarkan Tabarru‘ (derma) ke dalam dana, yang dinamakan Dana Risiko Peserta (DRP), digunakan untuk saling bantu-membantu di saat diperlukan. AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC) sebagai Pengendali Takaful diamanahkan untuk melabur dengan sewajarnya dan menguruskan dana ini berdasarkan strategi pelaburan mengikut prinsip-prinsip Syariah.

A-Life Medik Famili adalah pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan yang menyediakan perlindungan komprehensif untuk penghospitalan dan pembedahan. Ia juga membenarkan anda untuk memberikan perlindungan yang sama kepada pasangan dan/atau anak-anak anda.


Bagaimanakah ahli-ahli keluarga dilindungi dengan A-Life Medik Famili?
Ahli-ahli keluarga yang termasuk di dalam pelan A-Life Medik Famili akan menikmati faedah yang sama seperti Peserta untuk jumlah caruman yang sama. Ini bermakna setiap ahli keluarga akan menikmati perlindungan individu untuk jumlah caruman yang sama, yang menjadikan pelan ini nilai untuk wang yang baik untuk melindungi keluarga.

Jika salah seorang daripada anak saya dimasukkan ke hospital dan membuat tuntutan di bawah pelan ini, adakah ini akan menjejaskan perlindungan pasangan dan anak-anak lain?
Faedah unik A-Life Medik Famili ini adalah setiap orang yang dilindungi di bawah pelan ini akan menikmati perlindungan individu, walaupun anda hanya membayar caruman bagi perlindungan untuk diri anda sendiri.

Apakah itu Deduktibel?
Deduktibel adalah amaun tetap sebanyak RM300 yang mesti dibayar oleh Orang Dilindungi atau Ahli Dilindungi bagi setiap Hilang Upaya sebelum mana-mana Faedah Penghospitalan dan Pembedahan dibayar oleh Pengendali Takaful.

Adakah saya akan menikmati perlindungan apabila ke luar negara?
Selain daripada Singapura dan Brunei, kami tidak akan melindungi apa-apa perbelanjaan rawatan perubatan di luar Malaysia yang telah anda bayar jika anda tinggal atau melancong ke luar negara lebih dari 90 hari berturut-turut. Jika anda layak menerima perlindungan, jumlah perlindungan tertakluk kepada bayaran yang munasabah dan biasa untuk rawatan yang sama di Malaysia.

Adakah caruman saya meningkat apabila umur saya meningkat?
Ya. Caruman dibayar bergantung kepada umur tercapai anda apabila cukup tempoh caruman.

Adakah caruman saya dijamin?
Caruman anda tidak dijamin dan AIA PUBLIC berhak untuk menyemak semula caruman dengan memberi 30 hari notis bertulis terlebih dahulu sebelum ulangtahun sijil anda.

Berapa lamakah tempoh caruman untuk A-Life Medik Famili?
Orang Dilindungi perlu membayar caruman sehingga umur tercapai 100 tahun. Caruman boleh dibayar secara tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau bulanan, mengikut kaedah pembayaran yang tersedia.

Apakah yuran-yuran dan caj-caj yang perlu dibayar?
A-Life Medik Famili adalah pelan bayaran caruman berkala, di mana suatu peratusan daripada caruman yang dibayar akan ditolak sebagai Yuran Wakalah dan bakinya akan diperuntukkan kepada Dana Risiko Peserta (DRP) sebagai Tabarru’.

Adakah saya dapat menikmati Lebihan?
Lebihan akan ditentukan dan diumumkan, jika ada, sekurang-kurangnya sekali setahun oleh AIA PUBLIC. Sebarang Lebihan dari DRP, Lebihan bersih, selepas tuntutan yang perlu dibayar dan rizab yang diperlukan, akan dikongsi oleh pihak syarikat dan Peserta menurut nisbah berikut:


Adakah Caruman yang dibayar untuk A-LifeMedik Famili layak untuk pelepasan cukai pendapatan?
Caruman yang dibayar untuk pelan ini boleh melayakkan anda mendapat pelepasan cukai peribadi sehingga RM3,000 untuk pelan perubatan dan pendidikan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Bolehkah saya membatalkan Sijil Takaful ini?
Penyertaan dalam produk Takaful Keluarga adalah komitmen kewangan jangka panjang. Adalah tidak dinasihatkan untuk membatalkan atau menyertai produk ini untuk tempoh yang singkat memandangkan kos permulaan yang tinggi. Anda juga mungkin tertakluk kepada pengunderaitan baru, tempoh menunggu yang penuh dan sebarang tempoh menunggu lain dan pengecualian yang terpakai jika anda membuat keputusan untuk menyertai pelan baru selepas itu.

Apakah pengecualian-pengecualian utama untuk A-Life Medik Famili?
Sila rujuk pada terma dan syarat. 

Untuk dapatkan info yang lengkap tentang pengecualian. Boleh hubungi saya 
Maka, persiapkan diri sebelum penyakit itu menjadi semakin terkesan dan anda sudah tidak layak untuk memiliki takaful hibah ataupun medikal kad. Jadi dapatkan perlindungan untuk anda dan keluarga. Hubungi saya.


Apakah pengecualian-pengecualian utama untuk A-Life Medik Famili? 
Pelan ini tidak melindungi sebarang kemasukan ke hospital, pembedahan atau bayaran yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung,sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh manamana satu daripada kejadian yang berikut:
 1. Penyakit Sedia Ada; 
2. Penyakit tertentu; 
3. Sebarang keabnormalan perubatan atau fzikal yang wujud pada masa kelahiran, dan juga keabnormalan fzikal neo-natal yang wujud dalam tempoh 6 bulan dari masa kelahiran, ini termasuklah segala jenis hernia dan epilepsi kecuali apabila disebabkan oleh sesuatu trauma yang berlaku selepas tarikh Orang Dilindungi menerima perlindungan secara berterusan di bawah sijil ini dan sebarang keadaan-keadaan kongenital yang telah wujud atau didiagnosis sebelum Orang Dilindungi mencapai umur 17 tahun; 
4. Sebarang kecacatan yang disebabkan oleh pemusnahan diri atau kecederaan diri sendiri yang disengajakan atau sebarang percubaan memusnahkan diri ketika siuman atau tidak siuman;
5. Peperangan, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, mogok, rusuhan, perang saudara, revolusi atau mana-mana operasi seakan peperangan. 
6. Perkhidmatandalamangkatantenteradalammasayangdiisytiharkanatautidakdiisytiharkanperang atau semasa di bawah arahan operasi seakan peperangan atau pemulihan ketenteraman awam. 
7. Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan; 
8. Kehamilan, keguguran atau kelahiran anak; 
9. Gangguan mental atau saraf, rawatan ketagihan alkohol, atau salah guna dadah atau apaapa komplikasi lain yang timbul daripadanya atau apa-apa kemalangan disebabkan dadah yang tidak dipreskripsikan oleh doktor yang merawat;
 10. Pembedahan plastik/kosmetik, berkhatan (kecuali berkhatan yang disebabkan jangkitan), pemeriksaan mata/pembedahan elektif untuk gangguan visual disebabkan oleh rabun dekat, rabun jauh atau keastigmaan atau radius keratotomy; semua kaca pembetulan, kanta sentuh dan kanta intraokular (kecuali kanta-kanta intraokular mono-fokus dalam katarak) pembedahan atau penggunaan atau perolehan peralatan atau peranti prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, dan preskripsi-preskripsi yang serupa dengannya; 
11. Sebarang bentuk rawatan atau pembedahan pergigian melainkan perlu dilakukan akibat kecederaantetapitidaktermasukpenggantiangigiasal,penggantiangigipalsudanperkhidmatan prostetik seperti jambatan (“bridges”) dan korona (“crowns”) atau penggantiannya;
12. Kemasukan hospital terutamanya untuk tujuan-tujuan pemeriksaan, diagnosis, pemeriksaan X-ray, pemeriksaan-pemeriksaan fizikal atau perubatan umum, tiada kaitan dengan rawatan atau diagnosis Kehilangan Upaya Dilindungi atau sebarang rawatan yang tidak perlu dari segi Perubatan dan sebarang rawatan-rawatan pencegahan, ubat-ubatan atau pemeriksaanpemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh Pakar Perubatan, vitamin-vitamin/makananmakanan tambahan dan rawatan-rawatan spesik untuk penurunan atau penambahan berat; 
13. Sebarang rawatan atau siasatan yang tidak perlu dari segi perubatan, atau penyembuhan, penjagaan atau rehat pulih;
14. Sebarangkeadaanperubatan atau fizikalyangtimbuldalamtempoh30haridariTarikhPenyertaan atauTarikh Mula Sijil ini, mengikut mana-mana yang terkini kecuali Kecederaan Dilindungi;
15. Sinaran pengion atau pencemaran oleh radioaktiviti darisebarang tenaga nuklear atau sisa nuklear dari proses pembelahan nuklear atau dari sebarang bahan senjata nuklear.
16. Pendermaan mana-mana organ badan atau sumsum tulang oleh Orang Dilindungi/ Ahli Dilindungi dan pemerolehan organ atau sumsum tulang dari penderma dan komplikasinya

Kelebihan AIA Medikal Kad Punyai Health Wallet A-Plus Health Flex

 Pelan perubatan yang baik mampu melindungi anda semasa anda memerlukan rawatan perubatan dan juga semasa anda menjaga diri anda supaya kekal sihat. Dengan sebab ini, kami telah memperkenalkan A-Plus Total Health. Ia menyediakan perlindungan perubatan yang menyeluruh dalam melindungi anda daripada kos perubatan yang kian meningkat tanpa perlu risau mengenai sebarang had seumur hidup. Memandangkan mencegah adalah lebih baik daripada merawat, pelan ini juga akan membayar semula kos saringan kesihatan dan vaksinasi dalam membantu anda menentukan keadaan kesihatan anda dan mengenalpasti sebarang tanda-tanda masalah kesihatan serta membantu anda dalam mencegah penyakit. Hanya di AIA punya Health Wallet. 

Health Wallet adalah faedah yang memberi ganjaran kepada anda apabila anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam masa yang sama anda mengekalkan 3 tabiat kewangan yang baik. Jumlah tersebut bergantung pada pelan yang dipilih dan akan dikreditkan ke dalam Health Wallet anda boleh ditolak kepada bil medikal kad anda setiap bulan. Jadi lebih menguntungkan kepada yang sihat

Kesihatan = ASSET Paling Penting. Jika anda sihat anda akan ada harapan untuk terus hidup, kerja, beribadah, beriadah, melancong dan berkeluarga serta menikmati segala kehidupan dan mampu mengharungi cabaran hidup. 
























Stop! Please jangan gadaikan segala asset rumah, tanah, simpanan untuk bayar kos perubatan. Jadilah orang yang bijak menguruskan keewangan.Kita jangan hanya pentingkan diri sendiri. Ya, kita ingin sihat. Kerapkali pasangan atau waris yang menjaga kita waktu kita sakit akan mengalami tekanan yang tinggi dalam menguruskan segala perbelanjaan dan anak-anak. Jika anda kasihan pada isteri/suami serta waris anda. Masa sakit kita sangat perlukan support dari ahli keluarga, apa salahnya kita ringankan bebanan mereka. Buatlah persediaan agar anda dapat mengurangkan tekanan keewangan serta emosi mereka untuk dapatkan quotation takaful, hibah dengan bajet keewangan dan komitment anda
Belajarlah dari kesilapan orang lain. Rugi guna duit dan asset sendiri untuk bayar kos perubatan sedangkan ada banyak kemudahan yang disediakan.
Hubungi saya 









AIA Mediflex Pelan Perubatan



Pada masa di mana kos perubatan meningkat, kami percaya dalam menyediakan anda dengan penyelesaian perubatan yang bukan sahaja memenuhi keperluan perlindungan perubatan anda tetapi juga berada dalam kemampuan kewangan anda. Kami memahami bahawa keperluan penjagaan kesihatan setiap individu adalah unik, dan kami berusaha untuk menawarkan penyelesaian yang mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan kewangan anda.

A-Life MediFlex-i, penyelesaian perubatan yang fleksibel dan mampu milik yang bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat tetapi juga menyediakan perlindungan perubatan yang lengkap semasa menghadapi penyakit dan mengutamakan pemulihan pelanggan.

Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh kami dibina di atas 3 tiang penting - Hidup Sebaiknya, Lindungi Sebaiknya dan Pulih Sebaiknya yang mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan anda. Anda boleh HIDUP SEBAIKNYA dengan menjaga kesihatan anda secara proaktif, LINDUNGI SEBAIKNYA dengan mempunyai perlindungan yang mencukupi terhadap perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka dan PULIH SEBAIKNYA dengan menerima perkhidmatan segera dan berkualiti. Dengan pelan kami, anda boleh berasa tenang, mengetahui bahawa anda dilindungi daripada beban kewangan akibat peningkatan kos perubatan.


A-Life MediFlex-i menyediakan Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh yang lengkap dan mampu dimiliki

Takaful ialah skim saling bantu-membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan, persaudaraan dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk membuat sumbangan berdasarkan Tabarru‘ (derma) ke dalam dana, iaitu Dana Risiko Peserta (DRP), yang akan digunakan untuk saling bantu-membantu di saat diperlukan. AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC Takaful) sebagai Pengendali Takaful diamanahkan untuk melabur dengan sewajarnya dan menguruskan dana ini dengan baik berdasarkan strategi pelaburan yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah.

A-Life MediFlex-i merupakan pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan dengan caruman berkala yang menyediakan perlindungan bagi penghospitalan dan perbelanjaan pembedahan dengan tiada had seumur hidup sehingga Orang Dilindungi berumur 100 tahun.

Health Rewards dengan AIA Vitality

Sertai AIA Vitality i  untuk menikmati faedah tambahan Health Rewards tanpa perlu membayar caruman tambahan. Dapatkan mata AIA Vitality untuk setiap usaha yang anda lakukan untuk kekal sihat. Lebih banyak mata yang anda perolehi, lebih tinggi status AIA Vitality anda, sekaligus memberi anda ganjaran yang lebih baik. Health Rewards yang boleh anda nikmati termasuk:


 Pelanggan boleh mendaftar keahlian untuk AIA Vitality dengan yuran RM10 sebulan. Jadi, lebih banyak usaha yang anda lakukan untuk menjaga kesihatan anda, lebih baik faedah Health Rewards yang anda akan nikmati!





Pelan fleksibel sesuai dengan belanjawan dan keperluan anda





















Maka, persiapkan diri sebelum penyakit itu menjadi semakin terkesan dan anda sudah tidak layak untuk memiliki takaful hibah ataupun medikal kad. Jadi dapatkan perlindungan untuk anda dan keluarga. Hubungi saya.