Mengapa Perlukan Takaful Untuk Perubatan Masa Depan Anak


 
Sebab Perlu Takaful Untuk Anak?

Walaupun anak masih kecil tetapi mereka berhak untuk mendapat perlindungan. Jom lihat antara kebaikan dan kepentingan takaful buat anak. Orang yang bijak dalam pengurusan kewangan mesti mempunyai skim perlindungan samaada insurans atau takaful.

Bagi orang Islam, sudah semestinya wajib mengambil takaful berbanding insurans.

Sesetengah ibu bapa memilih untuk menunggu sehingga si anak lebih besar sebelum mendapatkan perlindungan perubatan untuk mereka. Ada juga ibu bapa yang bertuah mendapat faedah pekerja di syarikat yang memperuntukkan insurans penjagaan kesihatan untuk anak-anak pekerja. Jika tiada faedah pekerja sedemikian, keperluan perubatan anak itu haruslah ditanggung oleh ibu bapa dengan bantuan kesihatan awam. Ibu bapa perlu ingat bahawa fasiliti perubatan awam lazimnya penuh dan kadangkala perlu berada dalam senarai menunggu yang panjang untuk sesetengah rawatan atau rundingan bersama doktor pakar. 

Mendapat Pampasan Dengan Harga Yang Kompetitif

Biasanya, anak-anak mempunyai kebarangkalian untuk menggunakan semua tuntutan pampasan. Dengan adanya perlindungan takaful  anak, perlindungan mereka akan lebih terjamin dan mendapat pampasan dengan harga yang lebih kompetitif.


Mendapat Perlindungan Dan Sokongan

Selain harga yang kompetitif, takaful untuk anak juga diperlukan bagi mendapat perlindungan dari pelbagai jenis penyakit. Jadi segala penyakit, kegagalan organ dan kelainan pada tubuh badan juga akan diberi jaminan untuk dirawat dengan kadar terbaik dan segera.


Takaful adalah umpama sokongan apabila seseorang itu dilanda kesukaran seperti masuk hospital, disahkan penyakit dan lain-lain lagi. Bukan sahaja orang dewasa, anak kecil juga turut boleh dilindungi.


Tak Perlu Risau Kos Rawatan Perubatan Anak

Ketahuilah bahawa kos perubatan kanak-kanak juga amat mahal dan makin meningkat saban tahun. Dengan adanya takaful untuk anak, kita sebagai ibubapa tidak perlu risau lagi akan kos perubatan mereka kerana dilindungi oleh takaful.Tidak mustahil untuk anda mendengar tentang bayi baru lahir atau anak kecil yang memerlukan rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit respitori atau penyakit berjangkit. Meskipun semua ibu bapa mengharapkan yang terbaik untuk anak mereka, satu pelan perubatan yang kukuh boleh memberi akses kepada bantuan perubatan yang berkualiti termasuk konsultasi bersama doktor selepas hospitalisasi. Pelan perubatan juga boleh membantu doktor mengenali gejala-gejala penyakit dari peringkat awal dan mengurangkan kebarangkalian gejala-gejala ini menjadi lebih serius. 


Kesimpulannya, anak-anak adalah anugerah yang tak ternilai yang dikurniakan oleh tuhan kepada kita. Mereka adalah amanah yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Oleh itu, takaful untuk anak dapat mengurangkan kerisauan kita terhadap mereka sekiranya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini. 

Disebabkan umur kanak-kanak yang muda, mereka mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk menggunakan kesemua tuntutan insurans mereka dan ini menyebabkan bayaran premium bulanan untuk si kecil lebih rendah. Pelan perubatan mereka boleh ditukar kepada pelan yang menawarkan lebih perlindungan apabila mereka berusia 18 tahun, tanpa mereka perlu melalui pemeriksaan kesihatan. Pelan insurans juga melayakkan anda untuk mendapatkan pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun dengan hanya memastikan polisi perubatan itu berada di bawah nama anda dan anak anda.

Terdapat dua jenis pelan perlindungan perubatan yang boleh dipilih. Perbezaan utama di antara keduanya adalah faedah tambahan yang terdapat pada setiap pelan.

Pelan perubatan tunggal seperti A-Life Med Regular adalah cukup untuk melindungi anda dari semua kos perubatan termasuk hospitalisasi, konsultasi dan rawatan. Ia merupakan pelan yang paling sesuai jika anda sudah memiliki insurans hayat dan hanya mencari perlindungan perubatan asas sebagai tambahan.

Pelan perubatan yang ditambah di atas polisi hayat sedia ada seperti A-Plus Med pula menawarkan perlindungan perubatan di samping perlindungan hayat. Anda boleh memilih rider (ciri tambahan) yang lebih komprehensif dan jaminan pembayaran polisi untuk anak jika anda sudah tiada kelak.



Kisah Benar Hibah Dari Arwah Suami Di Rebut Waris


KISAH BENAR (HIBAH TAKAFUL)

KISAH BENAR ‼️

Satu kisah, ada ejen call balu kepada arwah client untuk serahkan cek. Setibanya ejen tu ke rumah balu, saudara mara, ipar semua menyambut kedatangan ejen dan ambil cek tersebut sebelum sempat balu ambil dan berkata ‘duit ni kena faraid ni ikut Islam’.

Si balu ni pun tidak tahu apa diam sahaja dan masih sugul, sedih dengan kematian suami. Dengan adanya pampasan kematian dari syarikat Takaful yang diambil arwah pada masa lalu sedikit sebanyak meringankan bebannya.

Ejen tu pun terkelu dengan tindakan saudara mara balu. Lalu ejen tersebut keluarkan dokumen menyatakan cek pampasan tersebut 100% milik balu kerana si suami telah HIBAHkan pampasan kepada nama Isteri tanpa ada sesiapa pun boleh protes/ambil wang ini.

Lalu dengan marah saudara mara ipar balu tadi berkata “ini tidak adil, kami juga berhak!”.

BERHAK TIDAK BERHAK KALO NAIK MAHKAMAH PON HIBAH AKAN DIHAK KAN JUGA KEPADA PENAMA iaitu kepada isterinya.

Itulah pentingnya HIBAH untuk membela hidup yang tersayang setelah ketiadaan kita.

Tiada siapa bakal peduli nasib mereka kecuali HANYA KITA.

Cerita asal: Haji Rafie Omar
Mantan CEO Amanah Raya




Anda seorang isteri, suri rumah atau bekerja, pastikan suami anda ada mengambil hibah untuk anda dan anak-anak agar jika ada sebagai musibah, kematian dan kecacatan kekal, anda masih lagi dapat menguruskan rumahtangga tampa rasa kesusahan. 


 

4 Tips Wanita Kerjaya Agar Sentiasa Semangat

 


TIDAK dinafikan wanita zaman moden ini perlu miliki kemahiran insaniah untuk pastikan semua perkara dapat dilakukan dengan baik sebagai seorang isteri, ibu dan pekerja.

Ya, bukan mudah. Namun yang pasti, tangan yang dikatakan menghayun buaian sebenarnya boleh menggegarkan dunia saat kita dapat berjaya uruskan masa antara kerja di pejabat dan keluarga di rumah dengan baik.

Jadi, berikut merupakan tips pengurusan masa untuk wanita seimbangkan antara kerja dan keluarga :

1 : Bangun Pukul 5 Pagi

Bagi ibu-ibu yang bekerjaya, waktu pagi boleh jadi satu cabaran kerana selain nak siapkan diri untuk ke tempat kerja, kita juga perlu layan pelbagai karenah anak-anak yang tidak menentu – yang merengek, yang menangis tak mahu pergi sekolah dan sebagainya.

Sebab itu, kita digalakkan bangun awal pagi supaya kita lebih bersedia untuk segala kemungkinan. Termasuk kita dapat siapkan hidangan sarapan yang berkhasiat dan sihat buat anak-anak nikmati.

Mungkin kita rasa malas dan lemau pada permulaannya namun lama-lama ia jadi rutin hidup yang biasa bagi kita saat diamalkan secara konsisten. Contohnya, jika waktu pejabat bermula pada pukul 9, barangkali kita boleh bangun sekitar pukul 4 atau 5 pagi.

#2 : Tahu Perkara Yang Perlu Disegerakan Dan Penting

Memang sakit jantung dibuatnya andai kita semakin tenggelam dalam lautan kesibukan hidup. Maka, pastikan diri kita jelas perkara yang perlu disegerakan dan penting. Misalnya, hantar dan ambil anak-anak dari rumah pengasuh atau pusat jagaan tepat pada waktu itu penting.

Saling bekerjasama dengan suami. Ada masa kita yang ambil, ada masa pula suami yang ambil. Walaupun kita bekerja, namun keutamaan tetap pada keluarga. Bila urusan keluarga mudah dan selesai, maka impaknya, urusan kerja kita pun jadi senang.


Namun, jika urusan keluarga di rumah jadi tunggang-langgang, percayalah di tempat kerja pun kita jadi serabut dan tak ada semangat nak bekerja dengan baik.


#3 : Berserah Kepada ALLAH SWT


Kesilapan besar yang kita selalu buat sebagai ibu bekerja adalah kita terlalu bergantung kepada kapasiti diri untuk buat semua kerja. Kita lupa nak berdoa dan berserah kepada ALLAH untuk bantu urus semua tugas kita dengan sempurna.


Sebab itu banyak masa, kita jadi lelah, lemah dan penat. Soalnya, bagaimana nak tukarkan lelah itu kepada Lillah (kerana ALLAH) supaya kita tahu apa saja yang dilakukan, itulah ladang pahala kita?


Jawapannya adalah berserah kepada Allah SWT dan letakkan niat bahawa apa saja yang dilakukan semuanya kerana Allah. Jika ada anak yang dah besar berumur lebih daripada enam tahun, maka anak itu sudah boleh kita menolong untuk bantu urus hal-hal keluarga.


Bagi peluang untuk anak berdikari dengan serahkan tanggungjawab yang boleh dibuat ikut umur dan keupayaan. Misalnya seperti dah boleh urus penampilan diri dan bantu buatkan kerja-kerja rumah.


Tips Bonus : Peruntukkan Masa Untuk Diri-sendiri


Sebagai wanita yang bekerjaya, kita tidak akan lari daripada tekanan. Jangan terlalu terbeban dengan komitmen tugasan dan keluarga sehingga kita lupa untuk menjalankan tanggungjawab untuk diri sendiri.


Sebelum bangunkan anak-anak setiap pagi atau sebelum tidur setiap malam, ambil peluang untuk buat terapi dan berbicara dengan diri. Katakan pada diri perkara-perkara yang positif, “tahniah kerana jalani hari yang baik pada hari ni. You are great. You are doing good.”


Bukan itu saja, kita juga boleh buat perkara-perkara yang mendatangkan keseronokan dan beri hadiah kepada diri sendiri. Ia dapat bantu buatkan diri kita rasa lega, puas hati dan dapat lalui hari-hari akan datang dengan penuh semangat, insyaALLAH. -Sumber: https://www.hurriya.com.my/

Ketahuilah penyakit jantung adalah penyakit pembunuh no 1 wanita dan lelaki di Malaysia. Sebagai wanita bekerjaya, amat digalakkan untuk melindungi diri dan keluarga dari kemiskinan akibat membayar segala kos perubatan dan pemulihan. Kita ingin cepat sembuh dan kembali berjuang demi membela agama dan keluarga. 



Setiap Penyakit akan memerlukan rawatan jangka panjang... kita perlukan komitment
  • Mencari kaedah perubatan alternatif
  • Mengupah seorang penjaga
  • Membayar komitmen kewangan anda dan keluarga

Dengan adanya A-Life Kritikal Protector, anda mempunyai fleksibiliti untuk menggunakan jumlah wang yang dibayar sekaligus supaya anda mampu untuk menampung kos segera atau kos jangka masa panjang mengikut kehendak anda. Hubungi Saya




Tips Bagaimana Elak Bersara Miskin



Urus Keewangan Dengan Bijak

Penting bagi bakal pesara mengambil langkah bijak untuk menguruskan kewangan mereka dan mengelak daripada berada dalam 'kesempitan' apabila bersara.

Langkah pertama mengurus kewangan dengan bijak adalah membina perancangan kewangan kukuh. Bakal pesara perlu menyedari keperluan mereka selepas bersara dan menetapkan matlamat kewangan jangka panjang.

Ini termasuk menentukan jumlah pendapatan diperlukan untuk menampung kehidupan diingini dan perbelanjaan harian selepas bersara. Simpanan juga perlu menjadi keutamaan. Bakal pesara perlu melihat penyimpanan sebagai komponen penting dalam pengurusan kewangan mereka.

Apa yang boleh dilakukan bakal pesara untuk memiliki simpanan hari tua adalah mempertimbangkan pelaburan bersesuaian, seperti menabung dalam akaun simpanan tetap atau unit amanah untuk pelaburan jangka panjang.

Bakal pesara juga perlu mengutamakan keperluan dan memisahkan antara keinginan dan keperluan sebenar. Mereka perlu berbelanja mengikut kemampuan dalam perbelanjaan mereka, menghindari pembelian tidak dirancang dan berbelanja mengikut perancangan untuk kestabilan kewangan.

Paling penting, bakal pesara perlu mengelak daripada berhutang secara berlebihan, selain menguruskan hutang dengan bijak sebelum bersara. Jika ada yang mahu melabur, pesara perlu mempunyai pengetahuan selok-belok pelaburan.

Dapatkan ilmu pelaburan

Mereka perlu mengenal pasti peluang pelaburan berpotensi memberikan pulangan. Ilmu pelaburan membabitkan pengetahuan mengenai strategi pelaburan seperti diversifikasi dan jangka masa pelaburan. Bagaimanapun, pelaburan turut berisiko, maka penting untuk pesara mendapatkan nasihat kewangan sebelum membuat keputusan melabur.

Bersara dalam kemiskinan juga boleh dielakkan dengan melindungi diri dengan mendapatkan perlindungan insurans untuk melindungi diri dan keluarga daripada kejadian tidak dijangka seperti penyakit serius, kemalangan, atau kecacatan.

Perlindungan insurans dapat membantu mengurangkan beban kewangan pesara dan mengekalkan kestabilan kewangan dalam keadaan sukar.

Selain itu, bakal pesara juga perlu memikirkan meningkatkan kemahiran dan pendidikan mereka jika mahu bekerja dalam bidang memerlukan kemahiran bersesuaian dalam pasaran, membolehkan mereka mendapat gaji lebih tinggi apabila bersara.

Secara keseluruhannya, kemahiran mengurus kewangan dengan bijak adalah kunci untuk menghindari orang pencen daripada bersara dalam kemiskinan. Literasi kewangan, seperti perancangan bajet, pelaburan dan pengurusan hutang, memainkan peranan penting dalam membantu individu mengelakkan bersara miskin.

Bakal pesara perlu membina perancangan kewangan kukuh, menyimpan secara tetap, menguruskan perbelanjaan dengan bijak, mengelakkan hutang berlebihan dan mempelajari ilmu pelaburan. Perancangan kewangan yang baik dan mengambil langkah membolehkan pesara menikmati persaraan dengan selesa dan bebas beban kewangan.

sumber: BH

Mencari penyelesaian kewangan yang membantu anda merealisasikan matlamat anda, sama ada membeli sebuah rumah baru, tabung pendidikan anak-anak anda, pelan persaraan anda atau menambahkan kekayaan anda?

Manfaat Enrich Life

 Apakah itu A-Enrich Wealth? 

 A-Enrich Wealth adalah pelan insurans tanpa penyertaan dengan ciri-ciri berkaitan pelaburan, di mana 60% daripada premium yang dibayar bagi pelan asas akan diperuntukkan ke dalam komponen tanpa penyertaan dan 40% daripada premium yang dibayar bagi pelan asas (juga dikenali sebagai Premium A-Plus Enhancer) akan digunakan untuk membeli unit-unit bagi dana-dana pelaburan yang anda pilih untuk memberi anda potensi peningkatan pelaburan. 

Pelan ini melindungi kematian, Hilang Upaya Secara Menyeluruh dan Kekal (HUMK), kematian akibat kemalangan dan HUMK akibat kemalangan. 

Pelan ini juga memberi Pendorong Pelaburan setiap 2 tahun polisi bermula dari akhir tahun polisi ke-2 sehingga akhir tahun polisi ke-18 untuk meningkatkan nilai akaun polisi anda. 

Pada kematangan polisi, sebagai tambahan kepada manfaat matang, pelan ini juga memberi ganjaran kepada anda dengan tambahan 40% daripada Premium Tahunan sebagai Pendorong Simpanan jika terma dan syarat dipenuhi.


Hubungi Saya untuk dapatkan pelan perlindungan dan juga pelaburan. Anda tidak akan rasa rugi tatkala anda membayar premium takaful, kerana anda akan dapat pulangan bila pelan anda matang. 

 

Kisah Benar Suami Meninggal Dunia...Tiba-tiba Harap Jadikan Teladan

 


Kisah Benar Harap Jadikan Teladan

Saya cuma copy sahaja pengalaman agent insurance lain...

Saya nak kongsi cerita ex klien rakan. Mana yang boleh ambil pengajaran tu, ambil sebagai teladan.


Hari ni wife pada ex klien saya call. Dia nak tanya pasal claim insurans polisi suami (ex klien) dia. Rupanya suami dia baru 5 hari meninggal. Accident motor besar. Meninggal kat tempat kejadian cedera tang kepala.

Apa yang wife dia cerita, wallet dan phone arwah ada dijumpa, tapi duit cash dalam wallet takda langsung. Kemungkinan ada orang ambil kesempatan mencuri dalam keadaan sibuk masa nak tolong arwah accident.Sebab arwah suami dia meninggal accident, maka polis ambil jenazah hantar ke hospital untuk post mortem.

Wife dia ralat sangat sebab tak dapat unlock phone arwah. Sebab tak tahu pincode phone arwah. Jadi dia tak dapat nak bagitau kawan-kawan arwah yang dalam contact phone.
Memburukkan keadaan si wife, bukan setakat ta tahu pincode telefon arwah. Malah wife tak tahu no pin kad-kad ATM arwah untuk keluarkan duit bagi belanja mengejut urus jenazah balik ke kampung arwah suami. Mujur bantuan sedekah keluarga yang ada dapat bantu sementara urusan kewangan.

Hari ni dah 5 hari arwah meninggal, abg arwah dah mula tanya pasal rumah dan harta peninggalan arwah (Kwsp). Si wife betul-betul sangat takut kalau rumah yang dia duduk jadi rebutan adik-beradik arwah. Sebab wifenya dah takde tempat lain nak pergi kalau kena keluar dari rumah. Berbalik pada punca asal wife arwah call saya, bertitik daripada wifenya jumpa sijil takaful dengan businesscard saya pada kulit sijil. Dia sangat berharap ada berita baik yang boleh dia dengar daripada buku sijil takaful yang dia jumpa.

Pahit untuk diterima, saya terus-terang bagitau yang tak boleh claim apa-apa langsung. Sebab sijil takaful arwah dah hampir setahun lapse. Dan saya masih ingat punca lapse sijil arwah, dia nak stop sebab rasa rugi duk bayar, maka dia stop bayar sampai la jadi lapse. Saya ada remind arwah sebelum lapse pasal hilang coverage lepas lapse, tapi dia bagi saya bluetick aja. Seperti yang saya jangkakan, wife arwah macam tak dapat terima jawapan saya. Sampaikan dia cakap

"kenapa cik tak inform saya yang dia tak bayar."

Lepas saya cool kan dia, baru suara dia seperti pasrah. Saya bagi dia beberapa cadangan untuk bantu dia

1. Pergi kwsp buat tuntutan kwsp arwah
2. Call socso semak apa yang boleh tuntut
3. Kumpul dokumen buku simpanan pelaburan, kad bank

Dan saya dengar jawapan yang tak berapa best...

"Saya tak pandai drive kereta. Nak pergi ke sana dengan 2 anak kecil susah. Saya kalau boleh nak setelkan cepat tapi tu la..."

Saya betul-betul tak tau nak cakap ape dah lagi. Rupanya wife arwah tak bekerja, semua urusan selama ni arwah suami dia yang buat.

Hampir 15 minit cakap, call ditamatkan dengan si wife seperti pasrah dengan musibah yang menimpa.

Saya nak pesan kat korang:

1. Kita semua akan mati. Cuma tak tau bila. Datangnya mengejut.

2. Pincode phone, pin ATM sepatutnya diketahui ahli keluarga terdekat.

3. Ahli keluarga perlu tahu kat mana simpanan dokumen2 penting kita.

4. Ambillah Plan Takaful, kalau perkara buruk terjadi keluarga dapat pampasan Hibah

5. Kalau ada buat takaful, bagitau ahli keluarga.

6. Kalau dah stop takaful, pun perlu bagitau ahli keluarga.

7. Ada masalah bayaran takaful, bagitau agent, lau tinggalkan bluetick aja tak selesai masalah.

8. Para isteri perlu sedia untuk kehilangan suami. Certain perkara isteri perlu belajar berdikari contoh driving.

9. Jika Suami nak ambil Plan Takaful sokong minta dia terus signup, sebab takaful yang suami ambil tu untuk isteri sebenarnya.

Mati datang bila-bila.
Apa persediaan kita?

Syarat Lengkap Miliki Pelan Takaful Medikal Kad


 Syarat memiliki Plan TAKAFUL?

Takaful ialah skim saling bantu-membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan, persaudaraan dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk membuat sumbangan berdasarkan Tabarru‘ (derma) ke dalam dana, yang dinamakan Dana Risiko Peserta (DRP), digunakan untuk saling bantu-membantu di saat diperlukan.

Untuk mendapatkan plan Takaful ada syaratnya.

Syarat utama  :

- SIHAT

Orang yang dah ada sakit dah tak layak membeli   Plan Takaful. Ramai memang terlalu ramai yang dah sakit nak ambil plan Takaful terutama plan Medical Card.

- ADA KUASA MEMBELI

Dalam bahasa mudahnya berkemampuan. Boleh membayar caruman takaful. Boleh menguruskan perbelanjaan keluarga. pendapatan dibelanjakan dengan bijak dan mengikut kemampuan.

Syarat-syarat lain:

- BERTANGGUNGJAWAB

Sayang pada keluarga mahu membina tabung kecemasan untuk keluarga (anak/isteri/ibu/bapa). Dan juga akan memastikan Plan Takaful tak lapse. 

- BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN

1- Tak perlu tanya isteri untuk anda membeli Plan Takaful. Jika membeli handphone atau sport rim baru, anda boleh terus membuat keputusan sendiri begitu juga jika anda mahu/berminat mendapatkan plan Takaful.

2- Boleh menjawab soalan dari agent Takaful samaada YA atau TIDAK daripada diam membiarkan tiada jawapan untuk soalan "Macam mana dengan Plan Takaful tu En. xxx jadi ke nak ambil"?, malahan whatsapp & panggilan telefon juga tidak dijawab kerana tidak boleh menjawab Ya atau Tidak.

Faktor-faktor lain

Terdapat juga syarat-syarat lain seperti, jenis pekerjaan, keadaan fizikal semasa (tinggi,berat), penyakit sejak lahir. 

1. Penyakit Sedia Ada; 

2. Penyakit tertentu; 

3. Sebarang keabnormalan perubatan atau fzikal yang wujud pada masa kelahiran, dan juga keabnormalan fzikal neo-natal yang wujud dalam tempoh 6 bulan dari masa kelahiran, ini termasuklah segala jenis hernia dan epilepsi kecuali apabila disebabkan oleh sesuatu trauma yang berlaku selepas tarikh Orang Dilindungi menerima perlindungan secara berterusan di bawah sijil ini dan sebarang keadaan-keadaan kongenital yang telah wujud atau didiagnosis sebelum Orang Dilindungi mencapai umur 17 tahun; 

4. Sebarang kecacatan yang disebabkan oleh pemusnahan diri atau kecederaan diri sendiri yang disengajakan atau sebarang percubaan memusnahkan diri ketika siuman atau tidak siuman;

5. Peperangan, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, mogok, rusuhan, perang saudara, revolusi atau mana-mana operasi seakan peperangan. 

6. Perkhidmatandalamangkatantenteradalammasayangdiisytiharkanatautidakdiisytiharkanperang atau semasa di bawah arahan operasi seakan peperangan atau pemulihan ketenteraman awam. 

7. Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan; 

8. Kehamilan, keguguran atau kelahiran anak; 

9. Gangguan mental atau saraf, rawatan ketagihan alkohol, atau salah guna dadah atau apaapa komplikasi lain yang timbul daripadanya atau apa-apa kemalangan disebabkan dadah yang tidak dipreskripsikan oleh doktor yang merawat;

10. Pembedahan plastik/kosmetik, berkhatan (kecuali berkhatan yang disebabkan jangkitan), pemeriksaan mata/pembedahan elektif untuk gangguan visual disebabkan oleh rabun dekat, rabun jauh atau keastigmaan atau radius keratotomy; semua kaca pembetulan, kanta sentuh dan kanta intraokular (kecuali kanta-kanta intraokular mono-fokus dalam katarak) pembedahan atau penggunaan atau perolehan peralatan atau peranti prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, dan preskripsi-preskripsi yang serupa dengannya; 

11. Sebarang bentuk rawatan atau pembedahan pergigian melainkan perlu dilakukan akibat kecederaantetapitidaktermasukpenggantiangigiasal,penggantiangigipalsudanperkhidmatan prostetik seperti jambatan (“bridges”) dan korona (“crowns”) atau penggantiannya;

12. Kemasukan hospital terutamanya untuk tujuan-tujuan pemeriksaan, diagnosis, pemeriksaan X-ray, pemeriksaan-pemeriksaan fizikal atau perubatan umum, tiada kaitan dengan rawatan atau diagnosis Kehilangan Upaya Dilindungi atau sebarang rawatan yang tidak perlu dari segi Perubatan dan sebarang rawatan-rawatan pencegahan, ubat-ubatan atau pemeriksaanpemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh Pakar Perubatan, vitamin-vitamin/makananmakanan tambahan dan rawatan-rawatan spesik untuk penurunan atau penambahan berat; 

13. Sebarang rawatan atau siasatan yang tidak perlu dari segi perubatan, atau penyembuhan, penjagaan atau rehat pulih;

14. Sebarangkeadaanperubatan atau fizikalyangtimbuldalamtempoh30haridariTarikhPenyertaan atauTarikh Mula Sijil ini, mengikut mana-mana yang terkini kecuali Kecederaan Dilindungi;

15. Sinaran pengion atau pencemaran oleh radioaktiviti darisebarang tenaga nuklear atau sisa nuklear dari proses pembelahan nuklear atau dari sebarang bahan senjata nuklear.

16. Pendermaan mana-mana organ badan atau sumsum tulang oleh Orang Dilindungi/ Ahli Dilindungi dan pemerolehan organ atau sumsum tulang dari penderma dan komplikasinya

Maka, persiapkan diri sebelum penyakit itu menjadi semakin terkesan dan anda sudah tidak layak untuk memiliki takaful hibah ataupun medikal kad. Jadi dapatkan perlindungan untuk anda dan keluarga. Hubungi saya.


Perkara penting isteri kena buat selepas suami meninggal dunia.


 Apabila suami meninggal dunia, banyak perkara yang perlu diuruskan oleh isteri atau ahli keluarga.

Antara urusan penting yang perlu dilakukan adalah menukar nama rumah, mengeluarkan wang simpanan dan mendapatkan tuntutan/pampasan.

Perkara tersebut sering diambil mudah oleh kebanyakan isteri dan waris. Kesannya, semakin lambat tindakan diambil, semakin sukar dan rumit untuk isteri dan waris menyelesaikannya.

Berikut adalah antara perkara penting yang isteri atau waris perlu lakukan selepas kematian suami.

1. Semak hutang dengan bank

Kebanyakan individu di Malaysia tidak lari dari hutang seperti kereta, rumah dan kad kredit. Ada hutang yang mempunyai pakej perlindungan kematian.

Maksudnya, jika berlaku kematian, hutang tersebut akan dilupuskan.

Contohnya, hutang rumah mempunyai insuran seperti MLTT atau MRTT.

Namun, hutang kereta dan rumah mempunyai sedikit masalah apabila pihak bank tidak mewajibkan individu tersebut mengambil insuran bagi hutang tersebut.

Jika hutang rumah dan kereta tersebut mempunyai perlindungan insuran, isteri atau waris pasti merasa lega. Tetapi, jika tidak, beban terpaksa dipikul untuk menyelesaikan hutang tersebut.

2. Semak polisi insuran atau sijil takaful

Pihak isteri atau waris perlu tahu dan ada nombor telefon ejen takaful yang menguruskan sijil perlindungan suami bagi memudahkan kerja.

Jika suami mempunyai pelan takaful hayat dengan jumlah yang tinggi, gunakan wang tersebut untuk selesaikan hutang-hutang yang tertunggak terlebih dahulu.

Baki tersebut boleh digunakan bagi tujuan perbelanjaan isteri dan waris.

Jika anda tidak dapat menghubungi ejen takaful tersebut, anda boleh pergi terus ke cawangan atau pejabat syarikat insuran/takaful tersebut.

3. Semak dengan KWSP

Jika suami mencarum akaun KWSP semasa hidup, isteri atau waris perlu pergi ke pejabat atau cawangan KWSP berhampiran.

Terdapat dua (2) keadaan yang berbeza :

1. Jika sudah mempunyai penama

Penama boleh pergi ke cawangan KWSP sendiri untuk memohon pengeluaran duit tersebut.

2. Jika tidak mempunyai penama

Individu yang boleh memohon adalah seperti berikut mengikut turutan:

1. Pentadbir Pusaka ahli

2. Balu atau duda ahli

3.Anak-anak atau penjaga mereka

5. Bapa dan / atau ibu ahli

6. Adik-beradik ahli

7. Sesiapa yang mengikut budibicara KWSP sebagai orang yang berhak menerima simpanan KWSP ahli 


4. Semak dengan Tabung Haji

Jika suami mempunyai simpanan dalam akaun Tabung Haji, anda boleh sediakan dokumen seperti berikut:

  • Kad Pengenalan Pemohon; 
  • Sijil Mati Pendeposit; 
  • Surat Kuasa (jika pendeposit tiada Penama/Pemegang Amanah); 
  • Kad Pengenalan Penjaga (jika Penama/Pemegang Amanah bawah 18 tahun); 
  • Surat Beranak (jika Penama/Pemegang Amanah bawah 12 tahun); 
  • Sijil Mati bagi Penama/Pemegang Amanah yang telah meninggal dunia

Jika simpanan melebihi RM1,000 dan tiada penama, isteri atau waris hendaklah menyediakan salah satu surat kuasa seperti berikut:

Hukum Syarak – Surat Pembahagian Harta Pusaka mengikut Hukum Faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah; atau 

Bicara Kecil – Surat Pembahagian Harta Pusaka yang diuruskan oleh Pejabat Tanah/Daerah; 

Pentadbir Pusaka – Memohon supaya Harta Pusaka ditadbirkan oleh Amanah Raya atau Pegawai Pentadbir Pusaka; atau 

Surat Kuasa daripada Mahkamah Tinggi.

5. Semak hutang dengan orang lain

Selepas menyelesaikan solat jenazah, biasanya akan ada pengumuman mengenai tuntutan hutang dari orang lain jika ada.

Sebaiknya, simpan dahulu wang simpanan atau pampasan dari takaful sedikit sebagai persediaan jika terdapat tuntutan hutang dari orang lain.

Lima (5) perkara diatas hanyalah beberapa perkara penting sahaja. Terdapat banyak lagi perkara yang isteri atau waris perlu lakukan seperti urusan di JPN, PERKESO, ASB, jika ada pelaburan Unit Trust dan lain-lain lagi.

Sebaiknya, semasa hidup, suami dan isteri perlu berbincang mengenai setiap akaun simpanan atau hutang yang mereka miliki.

Isteri juga perlu cepat-cepat untuk keluarkan duit dari akaun simpanan suami sebelum akaun tersebut dibekukan.


Hibah Wasiat 

PuanSiti Rahmah (Financial Consultant)