Tips Memilih Medikal Kad Terbaik

Kebanyakan orang apabila memperkatakan tentang medical card takaful, perkara-perkara berikut selalunya bermain di fikiran



“Kompeni saya sudah ada medical card. Jadi saya tidak perlu lagi mengambil yang lain”

“Susah betul claim medikal kad dengan komeni X”

“Saya kakitangan kerajaan, jadi tidak perlu lagi medical card”



Berita di atas, dipetik dari Berita Harian berkenaan seorang pemegang medical card insurans / takaful yang claim melebihi had tahunan / annual limit medical cardnya. Apabila itu berlaku, dia terpaksa keluarkan duit sendiri yang berjumlah RM23,000. Pengajaran yang perlu kita ambil ialah, apabila melanggan medical card, fokus kepada had tahunan, bukan kepada had seumur hidup semata-mata.
Lebih tinggi lebih baik, kerana Kos rawatan kanser hari ini boleh mencecah sehingga RM300,000. Kita sebagai pekerja perlu memaklumi tahap cas insuran kompeni pada pekerja. Kos rawatan tidak akan ditanggung sepenuhnya pada kompeni terutama mereka yang bekerja di syarikat swasta yang bersaiz kecil atau sederhana. Kalau anda bekerja di syarikat MNC seperti Petronas, Shell, Nestle besar kemungkinan kos perubatan ditanggung hingga seratus peratus semasa anda bekerja. Tetapi sekirannya anda bekerja syarikat yang tiada nama, anda sangat memerlukan medikal kad untuk diri anda dan keluarga. 

Berikut adalah jenis penyakit yang biasa di alami oleh golongan yang bekerja pada umur 30 tahun ke atas. 


 

Saya kakitangan kerajaan, tidak perlu lagi medical card kerana sudah ada GL Â (guarantee letter) untuk hospital kerajaan. Semua sudah cover”.

Ini selalunya alasan yang diberikan oleh kakitangan kerajaan untuk menolak medical card.

Ya, diakui dari segi kepakaran dan fasiliti – selalunya hospital kerajaan lebih baik. Ada sesetengah kes yang tidak dapat ditangani oleh hospital swasta terpaksa dihantar juga ke hospital kerajaan.

Apapun, pertimbangkan situasi-situasi berikut;-


Kita perlu ingat penyakit atau musibah kemalangan yang melanda bakal membuatkan kita kehilangan pekerjaan, perlukan seseorang untuk merawat kita di rumah, perlu membayar sewa, bayar bil, persekolahan anak-anak demi melangsungkan kehidupan kita.

Di kawasan yang berkepadatan tinggi – berapa jumlah hospital kerajaan dibandingkan dengan hospital swasta?

Sebagai contoh, di Kuala Lumpur – ada hanya 1 hospital kerajaan iaitu HKL – Hospital Kuala Lumpur atau dahulu dikenali sebagai HBKL – Hospital Besar Kuala Lumpur, atau nama glamournya GH (General Hospital).

Dalam masa sama – ada banyak hospital swasta di KL seperti Hospital Pusrawi, Hospital Tawakal, Hospital Columbia, Hospital Gleaneagles, Hospital Prince Court, Hospital Damai dan lain-lain.

Mengapa situasi ini terjadi? Sebab SATU hospital kerajaan tidak cukup untuk menampung penduduk yang ada di Kuala Lumpur.

Justeru, tidak hairan jika di hospital-hospital kerajaan, pesakit terpaksa menunggu lama untuk menerima rawatan malah mungkin berlaku tidak cukup katil dan bilik wad.

Bila kita sudah ditimpa sakit dan perlukan rawatan pembedahan, kita tidak mampu hendak menunggu, kerana masa menunggu itu adalah sangat sukar untuk kita hadam memandangkan kita perlu masuk kerja secepat mungkin. 

b. Hospital kerajaan lebih murah, manakala hospital swasta lebih mahal.

Ya, betul. Hospital swasta lebih mahal kerana ia berorientasikan bisnes dan 100% datang daripada wang pesakit. Tidak seperti hospital kerajaan yang mempunyai subsidi daripada kerajaan. Justeru, hospital swasta lebih mahal dan ia perlu datang dengan rawatan yang cepat tampa perlu menunggu lama terutama apabila anda perlukan buat pembedahan. 

Jarang berlaku di hospital swasta, wad dan katil pesakit tidak cukup sebagaimana yang berlaku di hospital kerajaan. Jika di hospital kerajaan, pesakit yang datang sedaya upaya dielakkan untuk dimasukkan ke dalam wad dan jika diwadkan – akan sedaya upaya keluar awal. Manakala di hospital swasta pula sebaliknya. Lebih lama tinggal di hospital swasta, hospital lebih suka kerana lebih tinggi bil yang akan dikenakan.


Gambar di atas menggambarkan suasana di hospital kerajaan yang padat dengan pesakit. Mereka mungkin di kalangan orang-orang yang tidak bekerja, tidak mendapat pendapatan yang tinggi untuk mendapatkan medikal kad takaful insuran. Tetapi kalau andan bekerja ada pendapatan yang mencukupi, anda perlukan taraf kesihatan yang baik untuk anda terus bekerja demi keluarga. 

Benarkah, jika kakitangan kerajaan masuk hospital kerajaan – akan ditanggung sepenuhnya?

Setahu saya, tidak begitu. Jika kes-kes kritikal, akan ada kos yang perlu ditanggug oleh pesakit selain daripada subsidi yang diberikan kerajaan.


Adakalanya hospital kerajaan tidak dapat meneruskan rawatan pesakit kerana faktor fasiliti yang terhad, maka pesakit perlu dipindahkan ke hospital swasta. Mana pula nak dapatkan duit extra untuk menampung kos perubatan di luar hospital kerajaan? Kalau anda berada di situasi di atas, anda nak teruskan dapatkan rawatan atau hanya bertahan menjadi cacat kekal dan tak mampu bkerja lagi. 
Pada masa terdesak kita pasti akan memilih untuk mendapatkan apa saja rawatan walaupun mahal kerana bila ada kesihatan kita mampu boleh bekerja semula. Mengapa tidak merancang awal untuk mendapatkan takaful perubatan. Pasti urusan andan lebih mudah!

Pelan medikal yang terbaik adalah bila mana anda bijak untuk mendapatkan pelan perlindungan untuk diri sendiri bila anda ditimpa musibah. Pilih medikal kad yang establish dan ternama seperti AIA, Prudential, Great Eastern. Jangan lihat pada harga, tapi servis yang diberikan. 


Stop! jangan gadaikan segala asset rumah, tanah, simpanan untuk bayar kos perubatan. Jadilah orang yang bijak menguruskan keewangan.Kita jangan hanya pentingkan diri sendiri. Ya, kita ingin sihat. Kerapkali pasangan atau waris yang menjaga kita waktu kita sakit akan mengalami tekanan yang tinggi dalam menguruskan segala perbelanjaan dan anak-anak. Jika anda kasihan pada isteri/suami serta waris anda. Buatlah persediaan agar anda dapat mengurangkan tekanan keewangan serta emosi mereka untuk dapatkan quotation takaful, hibah dengan bajet keewangan dan komitment anda. Masa sakit kita sangat perlukan support dari ahli keluarga, apa salahnya kita ringankan bebanan mereka. 
Hubungi saya 014 6377649 - Siti









No comments:

Post a Comment