Showing posts with label Wasiat. Show all posts
Showing posts with label Wasiat. Show all posts

Apa Beza Wasiat dan Faraid?


Adakah kita nak tengok keluarga yang bahagia menjadi keluarga neraka, bila masuk bab Harta Pusaka. Kalau pasal harta, ramai orang tak tahan dengan godaan ini. Jadi eloklah kita faham sebelum kita meninggal nanti supaya kita tenang bila fikirkan orang yang tersayang dah setuju dengan pembahagian harta pusaka kita. Zaman sekarang ni, tak kira kereta buruk pun orang nak, boleh jual dapat besi buruk.kan..

Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya.

Orang Islam digalakkan untuk menulis Wasiat seperti yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar: Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tidak baik bagi seorang Muslim memiliki sesuatu yang ingin diwasiatkan bermalam dua malam, kecuali wasiatnya itu tertulis di sisinya.”

Dipetik daripada Sahih Al Bukhari (jilid IV m/s 1)



Faraid dan Wasiat 

Faraid dan Wasiat saling memerlukan di antara satu sama lain. Faraid adalah hukum Allah demi menjaga hak waris manakala wasiat pula memberi hak dan ruang kepada pewasiat untuk mewariskan hartanya kepada orang-orang yang bukan waris menurut Islam seperti anak atau ibu bapa angkat, ahli keluarga bukan Islam, cucu atau ahli keluarga yang tidak mendapat bahagian dalam Faraid ataupun untuk apa-apa tujuan kebajikan. Wasiat juga merupakan cara Islam yang membolehkan pewasiat menjana pahala dengan memperuntukan harta untuk sedekah dan jariah.

Perlaksanaan Wasiat dan Hukum Faraid

Dalam perlaksanaan Wasiat, hukum Faraid memastikan bahawa pewasiat tidak boleh menghalang ahli-ahli keluarga yang berhak menurut Al-Quran daripada menerima pusaka. Kalau undang-undang sivil, pewasiat bebas untuk menghalang ahli keluarganya mewarisi hartanya di dalam Wasiat. 

Seorang Islam hanya boleh mewasiatkan satu pertiga (1/3) daripada hartanya kepada bukan waris. Sekiranya pewasiat ingin mewasiatkan harta kepada bukan waris melebihi 1/3 bahagian, maka pemberian tersebut perlu dipersetujui oleh semua waris.



Kita sebagai orang Islam nabi dah ajar agar membuat wasiat dan melantik Wasi untuk mentadbir hartanya apabila meninggal dunia. Di dalam Wasiat tersebut mereka boleh tetapkan bagaimana pembahagian harta pusaka tersebut mengikut Faraid dari segi saham atau bahagian serta mereka boleh menentukan secara khusus kaedah perletakan hak harta–harta tertentu kepada waris-waris tertentu berdasarkan saham mereka menurut Faraid. Contohnya anak lelaki diberikan sebuah rumah, manakala tanah pertanian diberikan kepada anak perempuan, anak angkat pula diberikan hibah 

Bila kita dah atur semua dengan baik, kurang2 puna jika ada pertikaian perkongsian satu harta bersama semua waris, semua dapat dielakkan. Jika kita ada harta tak banyak, adalah lebih baik pewasiat memberi kuasa kepada Wasi untuk membahagikan harta mengikut hukum Faraid dan pada masa yang sama memberi kuasa kepada Wasi untuk bertindak dengan budi bicaranya untuk membahagikan harta tersebut dengan mengambil kira aspek ekonomi tanpa menjejaskan hak waris.


KESIMPULAN

Pewasiat boleh menyatakan di dalam wasiat, pemberian kepada waris tanpa mengikut hukum faraid.

Sebagai contoh Ahmad menuliskan wasiat menyatakan hartanya akan di bahagikan kepada semua waris secara sama rata.

Setelah Ahmad meninggal dunia nanti, wasi yang melaksanakan wasiat perlulah mendapatkan persetujuan semua waris Ahmad sebelum pengagihan harta dilaksanakan sama ada:

1) Waris perlu bersetuju untuk mengikut apa yang dinyatakan di dalam wasiat, ataupun

2) Waris ingin mengikut hukum faraid dan mendapat bahagian merngikut hak faraidnya.

ADAKAH WASIAT KEPADA WARIS FARAID TANPA MENGIKUT HUKUM FARAID DIBENARKAN DALAM ISLAM?
Pemberian harta melalui wasiat kepada waris Faraid dan pemberian tersebut tidak mengikut hukum Faraid adalah dibenarkan dengan syarat perlaksanaan wasiat tersebut selepas kematian pewasiat mestilah dipersetujui oleh semua waris Faraid.

Wasiat adalah bersifat pesanan atau hasrat pewasiat. Pelaksanaannya masih lagi tertakluk kepada hukum faraid di dalam islam.

FATWA 
Merujuk kepada Fatwa Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2, 2018 bersidang pada 20 April 2018 memutuskan bahawa:

“Sesuatu wasiat yang dibuat kepada seseorang waris hendaklah tidak berkuat kuasa sehingga diberi persetujuan oleh waris-warisnya selepas kematian pewasiat.” 


Hubungi saya Siti R, dapatkan konsultasi tentang wasiat
Agen As Salihin

Apa itu Wasiat? Pentingkah kita buat wasiat?

Apa itu Wasiat? Pentingkah kita buat wasiat?


Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya.


Pernah tak terfikir, jika kita mati harta pusaka tak dirancang dengan baik bakal menjadi masalah besar dan pergaduhan di kalangan waris ketika proses pembahagian faraid. Dulunya semuanya baik2 saja, tapi bila bab harta boleh putus silatulrahim. Semua asbab tiada dokumen sah seperti Wasiat, Hibah, Perjanjian Harta Sepencarian dan lantikan Pentadbir Harta dilaksanakan semasa hayat pemilik harta.

Kesemua aset si mati akan beku dengan lama jika dah tak ada persepakatan tambah pula faraid dah jadi komplek. Nak jumpa sesama waris aja dah jadi masalah. Ini kerana orang yang dah mati atau si mati tanpa sengaja meletakkan tanggungjawab pembahagian harta kepada semua ahli warisnya.

Lantaklah... kita dah mati buat apa nak kepoh pasal harta.... Hakikatnya kita akan tersiksa dalam alam kubur kalau waris bertelagah sebab harta pusaka kita.

Berbeza lah dengan -orang yang merancang Harta Pusaka dengan dokumen yang sah, aset beliau akan dibahagikan mengikut terma-terma yang telah beliau tetapkan selagi mana tidak bertentangan dengan hukum faraid serta undang-undang keluarga islam di Malaysia.

Nak tahu di Malaysia ini ada syarikat As-Salihin Trustee Berhad dan Wasiat Shop yang menyediakan solusi yang komprehensif untuk mengelakkan permasalahan di atas dengan pakej Rancang Harta.

Pilih aja yang mana sesuai. Melalui pakej Rancang Harta, harta pusaka anda dapat diwarisi kepada yang tersayang mengikut hasrat dan keinginan anda. Perancangan awal dapat mengelakkan waris atau ahli keluarga bergaduh dan bermasam muka setelah anda tiada. Rancang Harta adalah perancangan harta pusaka yang lengkap yang dapat berikan kesan yang positif kepada hubungan kekeluargaan dan juga waris anda. 


Hubungi saya Siti R, dapatkan konsultasi tentang wasiat
Agen As Salihin


Pentingkah Buat Wasiat Harta Pusaka Kecil?

 Apa itu Harta Pusaka Kecil?

Tak payahlah buat wasiat, bukannya banyak harta pun...? Sebenarnya ramai orang berpendapat seperti anda. Hakikatnya Menteri Tenaga dan Sumber Asli Malaysia, Datuk Seri Takiyuddin Hasan berkata bahawa jumlah kes tunggakan pembahagian harta pusakakini mencecah 72,348, kata Menteri Tenaga dan Sumber, Datuk Seri Takiyuddin Hasan.

Daripada jumlah itu, beliau berkata, kes tunggakan tertinggi dicatatkan di Kedah dengan 13,423 kes diikuti Selangor (10,358) dan Kelantan (7,414).


Harta Pusaka Kecil merupakan harta yang ditinggalkan oleh Si Mati tanpa meninggal Wasiat.

Ciri-ciri Harta Pusaka Kecil adalah:

1) Jumlah nilaian keseluruhan harta kurang daripada RM 2 Juta.;

2) Terdiri daripada harta tak alih (tanah/rumah) sahaja; atau

3) Campuran harta tak alih (tanah/rumah) dan harta alih (wang tunai/ saham/ kenderaan/Takaful/insuran)

(Sumber Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) Sek. 3(2) Akta 98)


Kes Harta Pusaka Kecil



10 Aliran Proses Pentadbiran Harta Pusaka Kecil:

1) Berlaku kematian.

2) Harta milik si mati dibekukan.

4) Penyediaan dokumen dan borang permohonan surat kuasa mentadbir dan pembahagian. Perbicaraan (Borang A dan Borang P) di Unit Pembahagian Pusaka (UPP) di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)

5) Unit Pembahagian Pusaka memproses permohonan.

6) Mendapat Notis Perbicaraan.

7) Hadiri perbicaraan dan membawa dokumen asal.

8) Dapat Perintah Pembahagian / Surat Kuasa Mentadbir (Distribution Order).

9) Penyelesaian hutang, pembahagian dan pindahmilik harta pusaka kepada ahli waris.

10) Pentadbiran Harta Pusaka Selesai.


Proses Pengurusan Harta Pusaka Kecil ini mengambil masa minimum 4 bulan dan tertakluk kepada:


(1) Kelancaran penyediaan dokumen.

(2) Tarikh perbicaraan.


Perkhidmatan as-Salihin Trustee Berhad dalam Pentadbiran Harta Pusaka Kecil :

1) Membantu waris untuk permohonan Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).

2) Memberi panduan kepada waris tentang kaedah pentadbiran dan pengagihan harta pusaka.

3) Memberi panduan dan nasihat kepada waris Si Mati mengenai prosedur dan proses perbicaraan di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG). 

Apabila seseorang meninggal dunia tanpa Wasiat, seorang pentadbir atau beberapa orang pentadbir mestilah dilantik untuk mentadbir harta simati.

Pentadbir akan menghimpunkan semua harta  serta menyelesaikan hutang si mati termasuklah hutang dunia dan akhirat serta mengagihkan lebihan harta si mati menurut hukum Syariah.

Prosedur-prosedur yang ditetapkan untuk permohonan perlantikan Pentadbir dan tugas-tugas serta tanggungjawabnya adalah tertakluk kepada undang-undang berkenaan, dimana yang paling utama adalah Akta Probet dan Pentadbiran 1959.

Dapatkan khidmat As Salihin sebagai wakil anda untuk mentadbir Harta Pusaka. Klik link