Apa Beza Wasiat dan Faraid?


Adakah kita nak tengok keluarga yang bahagia menjadi keluarga neraka, bila masuk bab Harta Pusaka. Kalau pasal harta, ramai orang tak tahan dengan godaan ini. Jadi eloklah kita faham sebelum kita meninggal nanti supaya kita tenang bila fikirkan orang yang tersayang dah setuju dengan pembahagian harta pusaka kita. Zaman sekarang ni, tak kira kereta buruk pun orang nak, boleh jual dapat besi buruk.kan..

Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya.

Orang Islam digalakkan untuk menulis Wasiat seperti yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar: Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tidak baik bagi seorang Muslim memiliki sesuatu yang ingin diwasiatkan bermalam dua malam, kecuali wasiatnya itu tertulis di sisinya.”

Dipetik daripada Sahih Al Bukhari (jilid IV m/s 1)



Faraid dan Wasiat 

Faraid dan Wasiat saling memerlukan di antara satu sama lain. Faraid adalah hukum Allah demi menjaga hak waris manakala wasiat pula memberi hak dan ruang kepada pewasiat untuk mewariskan hartanya kepada orang-orang yang bukan waris menurut Islam seperti anak atau ibu bapa angkat, ahli keluarga bukan Islam, cucu atau ahli keluarga yang tidak mendapat bahagian dalam Faraid ataupun untuk apa-apa tujuan kebajikan. Wasiat juga merupakan cara Islam yang membolehkan pewasiat menjana pahala dengan memperuntukan harta untuk sedekah dan jariah.

Perlaksanaan Wasiat dan Hukum Faraid

Dalam perlaksanaan Wasiat, hukum Faraid memastikan bahawa pewasiat tidak boleh menghalang ahli-ahli keluarga yang berhak menurut Al-Quran daripada menerima pusaka. Kalau undang-undang sivil, pewasiat bebas untuk menghalang ahli keluarganya mewarisi hartanya di dalam Wasiat. 

Seorang Islam hanya boleh mewasiatkan satu pertiga (1/3) daripada hartanya kepada bukan waris. Sekiranya pewasiat ingin mewasiatkan harta kepada bukan waris melebihi 1/3 bahagian, maka pemberian tersebut perlu dipersetujui oleh semua waris.



Kita sebagai orang Islam nabi dah ajar agar membuat wasiat dan melantik Wasi untuk mentadbir hartanya apabila meninggal dunia. Di dalam Wasiat tersebut mereka boleh tetapkan bagaimana pembahagian harta pusaka tersebut mengikut Faraid dari segi saham atau bahagian serta mereka boleh menentukan secara khusus kaedah perletakan hak harta–harta tertentu kepada waris-waris tertentu berdasarkan saham mereka menurut Faraid. Contohnya anak lelaki diberikan sebuah rumah, manakala tanah pertanian diberikan kepada anak perempuan, anak angkat pula diberikan hibah 

Bila kita dah atur semua dengan baik, kurang2 puna jika ada pertikaian perkongsian satu harta bersama semua waris, semua dapat dielakkan. Jika kita ada harta tak banyak, adalah lebih baik pewasiat memberi kuasa kepada Wasi untuk membahagikan harta mengikut hukum Faraid dan pada masa yang sama memberi kuasa kepada Wasi untuk bertindak dengan budi bicaranya untuk membahagikan harta tersebut dengan mengambil kira aspek ekonomi tanpa menjejaskan hak waris.


KESIMPULAN

Pewasiat boleh menyatakan di dalam wasiat, pemberian kepada waris tanpa mengikut hukum faraid.

Sebagai contoh Ahmad menuliskan wasiat menyatakan hartanya akan di bahagikan kepada semua waris secara sama rata.

Setelah Ahmad meninggal dunia nanti, wasi yang melaksanakan wasiat perlulah mendapatkan persetujuan semua waris Ahmad sebelum pengagihan harta dilaksanakan sama ada:

1) Waris perlu bersetuju untuk mengikut apa yang dinyatakan di dalam wasiat, ataupun

2) Waris ingin mengikut hukum faraid dan mendapat bahagian merngikut hak faraidnya.

ADAKAH WASIAT KEPADA WARIS FARAID TANPA MENGIKUT HUKUM FARAID DIBENARKAN DALAM ISLAM?
Pemberian harta melalui wasiat kepada waris Faraid dan pemberian tersebut tidak mengikut hukum Faraid adalah dibenarkan dengan syarat perlaksanaan wasiat tersebut selepas kematian pewasiat mestilah dipersetujui oleh semua waris Faraid.

Wasiat adalah bersifat pesanan atau hasrat pewasiat. Pelaksanaannya masih lagi tertakluk kepada hukum faraid di dalam islam.

FATWA 
Merujuk kepada Fatwa Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2, 2018 bersidang pada 20 April 2018 memutuskan bahawa:

“Sesuatu wasiat yang dibuat kepada seseorang waris hendaklah tidak berkuat kuasa sehingga diberi persetujuan oleh waris-warisnya selepas kematian pewasiat.” 


Hubungi saya Siti R, dapatkan konsultasi tentang wasiat
Agen As Salihin

No comments:

Post a Comment