A-Life Idaman Hibah Takaful

 

Dalam kehidupan ini, kita perlu berusaha membuat perancangan untuk diri dan keluarga. Walaupun kita mempunyai azam untuk membentuk masa depan yang baik, namun realitinya masih ada ketidakpastian yang akan berlaku. Oleh itu kita perlu memastikan bahawa kehidupan ini dilindungi daripada ketidakpastian, dan juga melindungi masa depan mereka yang tersayang supaya lebih terjamin.

Memperkenalkan A-Life Idaman, pelan Takaful Keluarga yang dapat memenuhi keperluan perlindungan anda sekeluarga jika berlakunya kejadian yang tidak dijangka.


Anda boleh membuat pilihan untuk dilindungi sehingga berumur 70 atau 80 tahun dengan pelanjutan automatik sehingga umur 100 tahun.





Contoh Kes Encik Izian

Encik Izian, seorang lelaki berusia 30 tahun yang tidak merokok, menyertai pelan A-Life Idaman dengan perlindungan sebanyak RM150,000. Beliau melampirkan A-Plus WaiverExtra-i dan A-Plus Saver-i sebanyak RM200 sebulan. Encik Izian memilih untuk dilindungi sehingga berumur 70 tahun dan perlindungannya akan dilanjutkan sehingga umur 100. Beliau mencalonkan isterinya untuk menerima wang sebagai Hibah. Encik Izian membayar RM323.07 setiap bulan sebagai caruman takaful.

MENINGGAL DUNIA
Keluarga Encik Izian akan menerima RM150,000 secara sekaligus sebagai Hibah (hadiah). Keluarganya juga akan menerima amaun tambahan RM5,000 sebagai Faedah Badal Haji untuk membantu mereka
menunaikan haji bagi pihak Encik Izian.

MENGALAMI HILANG UPAYA MENYELURUH DAN KEKAL
Encik Izian akan menerima RM150,000 secara sekaligus sebagai pengganti pendapatan untuk membantu kewangannya dan caruman akan dikecualikan sehingga usia 70 tahun.

MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMALANGAN
Keluarga Encik Izian akan menerima RM300,000 secara sekaligus dalam bentuk Hibah (hadiah).

DIDIAGNOS DENGAN SALAH SATU DARIPADA 44 PENYAKIT KRITIKAL
Caruman En. Izian akan dikecualikan sehingga usia 70 tahun.

TIADA SEBARANG TUNTUTAN SEHINGGA TEMPOH MATANG SIJIL
Encik Izian akan menerima 100% dari nilai akaunnya, termasuk simpanan yang dimasukkan setiap bulan setelah sijilnya tamat tempoh.

Berikut disenaraikan 5 sebab kenapa kita perlu mengambil hibah takaful:



1. Penggantian Pendapatan bila dah tak dapat kerja

Perlu diingatkan kita tidak akan sentiasa berada di atas, selesa, punyai kerja yang stabil. Kita akan diuji oleh Tuhan dengan berbagai musibah kesihatan, kekurangan harta dan sebagainya. Dalam era yang mencabar dengan peningkatan kos sara hidup, jika kita membuat simpanan RM50 sebulan, simpanan setahun akan berjumlah RM600. Dalam tempoh 5 tahun, simpanan terkumpul berjumlah RM3,000.

.

2. Penyelesaian Hutang, memudahkan kerja waris

Apabila seseorang meninggal dunia, segala hutang piutang perlu dijelaskan oleh waris. Dengan hibah takaful, waris dapat menggunakan sumber tersebut untuk menjelaskan hutang si mati. Kita semua nak kan hutang kita diselaikan dengan baik memudahkan kita berada di alam barzah.

Sekurang-kurangnya, kita tidak membebankan waris untuk menyelesaikan hutang apabila telah meninggal dunia nanti. Jika hutang RM100 mungkin boleh dilangsaikan, tetapi bagaimana kalau hutang RM10,000 atau RM100,000? Pening juga waris nak melangsaikannya.

 3. Penerima Mutlak

Hibah takaful ini adalah hadiah kita kepada waris atau orang tersayang. Jadi tiada siapa boleh pertikaikannya. Penerima hibah adalah pemilik mutlak hibah tersebut.

Jika buat hibah takaful, amat digalakkan memberitahu penerima hibah supaya penerima tersebut tahu apa nak buat apabila berlakunya kematian. Dinasihatkan agar konsult dengan agen, bagaimana siapa yang perlu menjadi wakil penerima hibah bilamana anak-anak masih lagi dibawah umur.


4. Tiada Kos

Dengan hibah takaful, tiada kos guaman yang terlibat. Waris tidak perlu mengupah peguam atau pihak ketiga untuk menguruskannya. Nilai hibah tersebut juga akan diberikan seratus peratus kepada penerima. Jika hibah RM200,000, nilai tersebut yang akan waris akan dapat tanpa sebarang penolakan. Ada juga sesetengah pengendali takaful yang memberikan tambahan khairat kematian.


5. Tuntutan Pantas

Seperti yang telah dinyatakan di atas, proses tuntutan hibah takaful boleh dibuat dalam tempoh sebulan sahaja. Bayangkan seorang suri rumah yang kehilangan suami secara tiba-tiba, mana nak cari duit untuk menyara hidup? Sekurang-kurangnya dengan hibah takaful tersebut, bolehlah waris menyara keluarga tanpa sebarang tekanan. Kesimpulannya, hibah takaful adalah berperanan untuk melindungi waris kita apabila kehilangan orang utama dalam keluarga. Tapi awas apabila membuat hibah takaful, pastikan penerima adalah penerima mutlak bukannya wasi.


No comments:

Post a Comment