Apa itu Hibah Takaful Medikal Kad ?

(Muttafaqun ‘alaih) 




Siapa yang layak
menerima hibah takaful?

Pemberi hibah takaful (peserta takaful) boleh menghibahkan faedah takaful kepada sesiapa sahaja yang diinginkan, tanpa mengira hubungan, agama mahupun bangsa. Tetapi ianya lebih afdal jika hibah takaful tersebut diberikan kepada ahli keluarga terdekat (isteri/suami atau anak-anak) sebagai tanda kasiha sayang.

Adaka hibah takaful hanya akan terlaksana selepas kematian peserta takaful (pemberi hibah)?

Ya, pembayaran faedah takaful akibat kematian peserta takaful hanya akan dilakukan setelah kematian peserta takaful

KEPENTINGAN HIBAH TAKAFUL

Semakin ramai golongan muda zaman kini yang lebih bijak merancang kewangan dan sedar akan kepentingan takaful. Secara lazimnya, ramai yang memilih takaful perubatan sebagai pelan takaful yang pertama buat diri sendiri dan ahli keluarga. Namun, jika berkemampuan, kita digalakkan untuk mempertingkatkan perlindungan merangkumi perlindungan hayat yang menawarkan ciri hibah takaful sebagai kaedah pengurusan harta yang dapat menjamin masa depan orang tersayang.

Jenis-jenis takaful ini sama pentingnya, walaupun menawarkan faedah takaful yang berbeza. Takaful perubatan melindungi peserta takaful sekiranya jatuh sakit manakala perlindungan hayat dan hibah takaful pula berperanan melindungi ahli keluarga selepas kematian peserta takaful.


Adakah kad perubatan boleh melindungi semua jenis rawatan?
Ia bergantung kepada pelan yang dipilih oleh anda. Pada kebiasaannya, kad perubatan akan memberikan manfaat seperti:

Kos kemasukan hospital dan pembedahan – Ia termasuk segala kos yang berkenaan dengan kemasukan ke hospital, pembedahan, bilik dan penginapan, perkhidmatan ambulan, ubat-ubatan dan lain-lain.
Penyakit kritikal – Sebanyak 36 jenis penyakit kritikal pada kebiasaannya disenaraikan oleh syarikat insurans termasuk kanser, serangan jantung, strok, dan lain-lain (sila lihat dalam polisi masing-masing mengenai penyakit kritikal yang disenaraikan).
Rawatan jangka panjang – Berguna terutama untuk individu yang mempunyai penyakit kronik yang memerlukan rawatan dan penjagaan untuk tempoh masa yang lama. Contoh: Pesakit kanser yang perlu menjalani kemoterapi.

Adakah kad perubatan boleh melindungi keluarga jika anda meninggal dunia?
Tidak. Kad perubatan tidak akan melindungi keluarga anda sekiranya anda sebagai pencarum meninggal dunia suatu hari nanti. Tiada sebarang pampasan akan diberikan oleh syarikat insurans hasil daripada premium yang dibayar ketika hayat anda kerana kad perubatan hanya berfungsi untuk menanggung kos rawatan dan lain-lain kos yang berkaitan ketika hayat anda sahaja. 


Hubungi Saya untuk dapatkan quotation, hibah dan medikal kad mengikut bajet dan keperluan anda. Jangan tunggu lama, musibah dan kematian tak akan menunggu kita.



Kisah Benar Bekas Eksekutif Bank Yang Kecewa

 Surat eksekutif bank....




I'm mother of 4 sons. Working with a bank, suami pun bekerja di bank. Suami saya Asst. Branch Manager & saya sendiri Branch Operations Manager. Sebelum ini hidup dalam zon selesa, tidak merasa terdesak untuk berubah. Sehinggalah suami diserang stroke buat kali ke-3 pada last December. Sejak itu suami cuti sakit dengan gaji penuh. Yakin suami akan sembuh seperti sebelum ini, kami tetap sambil lewa dan tidak melakukan apa-apa persediaan untuk masa akan datang. 

Suami diserang stroke sekali lagi pada May, kali ini agak teruk mungkin kerana terlalu tertekan bila mendapat surat Prolonged Illness dan setengah bulan gaji dipotong mulai Jun sehingga December 2015. Jika masih belum pulih dalam jangkamasa yang diberikan hanya medical benefits akan diberikan itupun hingga December 2016 after that, pandai-pandai sendiri la. 

Mungkin terlalu kecewa dan terkejut suami kerana setelah berpuluh tahun berbakti, tiba-tiba disingkir dengan cara 'terhormat' menyebabkan suami longlai. Sejak May saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji utk merawat suami.

Believe it or not, we do not have any saving. Despite both of us working with bank industry for years. Berkat terlalu lama 'bertelur' dalam comfortzone, yang cukup bulan check akaun gaji masuk. Kami memang langsung tidak bersedia untuk semua ini.

Puan RB



Setiap Penyakit akan memerlukan rawatan jangka panjang... kita perlukan komitment
  • Mencari kaedah perubatan alternatif
  • Mengupah seorang penjaga
  • Membayar komitmen kewangan anda dan keluarga

Dengan adanya A-Life Kritikal Protector, anda mempunyai fleksibiliti untuk menggunakan jumlah wang yang dibayar sekaligus supaya anda mampu untuk menampung kos segera atau kos jangka masa panjang mengikut kehendak anda. Hubungi Saya



Keluhan Orang Yang Terlambat Ambil Takaful

 




KALAU BOLEH KU UNDUR MASA

2021
Sorry la bro. Aku belum ready lagi nak ambik Takaful yang kau proposed tu. Tunggulah nanti bila gaji aku naik sikit.
Sekarang ni, banyak komitment, kereta baru 

2022
Alamak.... Gaji memang dah naik bro, tapi aku baru je angkat kete baru. Takaful kau tu, tunggu cashflow aku ada extra sikit la. Sekarang ni tengah ketat 

2023
Bro, kau masih buat Takaful lagi ke?Urgent ni. Doktor cakap tekanan darah aku naik sebab jantung dah sumbat lah bro. Quotation kau bagi dulu, valid lagi tak?
Tolong aku bro. Dia cakap kalau buat bypass, mahu kena 120,000. Tak campur follow up lagi. Adusss mana aku nak cekau duit ni?

Bro... Bro... Jawablah. Apasal tak jawab?
Bro.... dah terlambat...kalau dah kena sakit jantung dah tak boleh ambik polisi lagi dah. Kau boleh ambil polisi lain.
Tapi aku nak yg sakit jantung ni... camne? aku kena minta derma dari orang ramai ke?
Macam tu lah bro


PENGAJARAN
Kami konsultan Takaful memang boleh sabar dan tunggu anda ready. Tapi
Bolehkah penyakit atau kemalangan itu anda suruh tunggu? Timing tak sesuai lagi. Mintak tangguh dulu boleh?
Ingat! Musibah kerap melanda dalam keadaan kita tak sangka. Sudahkah kita buat PERSEDIAAN secukupnya?



Tips Gandakan Keewangan Pada Gaji Rendah


Jika gaji rendah macam mana nak menyimpan sebahagian duit gaji untuk masa depan? Inilah hakikatnya! Jika kita lihat, purata gaji di Malaysia masih berada di tahap yang rendah. Tidak setanding dengan kos sara hidup yang semakin tinggi saban tahun.


  1. HAPUSKAN Hutang Anda Terlebih Dahulu.

Kira berapa banyak anda telah habiskan untuk membayar hutang anda.

Anda akan mendapati bahawa menghapuskan hutang adalah cara terpantas yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan.

Apabila anda tidak menggunakan wang untuk pembayaran hutang, anda boleh menyimpan duit tersebut. Lagi cepat anda membayar hutang, lagi tenang hati anda kerana anda tak perlu lagi fikir pasal hutang.

Anda hanya perlu fikir tentang simpan, simpan dan simpan sahaja. Ataupun melabur 😉


2. Tetapkan Matlamat Tabungan Anda.

Berapa banyak sebenarnya yang anda nak simpan?

Jika anda ingin membeli rumah, anda tentuka berapa banyak bayaran muka yang anda perlu buat.

Untuk matlamat jangka panjang, seperti persaraan, anda perlu melakukan perancangan yang lebih rapi.

Anda kena memikirkan berapa banyak wang yang anda perlukan untuk hidup dengan selesa selama 20 atau 30 tahun selepas anda berhenti kerja dan anda juga perlu memikirkan bagaimana pelaburan akan membantu anda mencapai matlamat anda.


Bila anda dah ada duit lebih, anda boleh laburkan duit tu.

3. Buat Satu Jangka Masa Untuk Anda Menyimpan.

Sebagai contoh: “Saya nak beli sebuah rumah dua tahun akan datang bermula dari hari ini.”

Apabila anda sudah menetapkan tarikh tertentu, tarikh tersebut membolehkan anda fokus untuk mencapai matlamat itu. 

"Saya akan membeli rumah secara tunai dalam masa 10 tahun". 

"Saya akan berkahwin dalam masa 10 tahun"

Dapatkan cara simpan secara paksa dan pada masa sama, saya dilindungi oleh penyakit kritikal 

https://takafulpentingwak.blogspot.com/2023/06/pelan-takaful-insuran-plus-pelaburan.html

Anda perlu pastikan dalam jangka masa itu anda boleh capai objektif anda.

Jika matlamat yang anda tentukan itu tidak boleh dicapai, anda akan merasa kecewa.


Cuba kira-kira berapa banyak anda boleh simpan setiap bulan.

Dari situ anda boleh tengok berapa banyak anda boleh simpan dalam jangka masa yang lebih panjang.

Akhirnya bro kenalah ada insuran sebagai backup sekirannya ada masalah kesihatan. Kalau tak ada backup insuran, habis duit simpanan lesap kot la kena accident atau kena penyakit yang perlukan rawatan operation. Kita tak boleh jangka hari esok camne? So Buatlah persiapan dari sekarang


4. BELI INSURAN TAKAFUL, MENGELAKKAN KEHILANGAN LAGI BANYAK WANG DAN MUNGKIN ANDA MUFLIS AKIBAT HUTANG BIL HOSPITAL

CEPAT ambil polisi pelan takaful paling minima. semasa you all tak kena penyakit lagi.. kang dah ada penyakit baru tahu korban isteri tahap mana.. .isteri cantik tak cantik, biasa-biasa, tua, muda pun boleh minta cerai tau! so buatlah persediaan demi masa depan yang tak pasti