AIA Enrich Life Pelan Takaful Insuran Plus Pelaburan

Mencari penyelesaian kewangan yang membantu anda merealisasikan matlamat anda, sama ada membeli sebuah rumah baru, tabung pendidikan anak-anak anda, pelan persaraan anda atau menambahkan kekayaan anda?

Manfaat Enrich Life

 Apakah itu A-Enrich Wealth? 

 A-Enrich Wealth adalah pelan insurans tanpa penyertaan dengan ciri-ciri berkaitan pelaburan, di mana 60% daripada premium yang dibayar bagi pelan asas akan diperuntukkan ke dalam komponen tanpa penyertaan dan 40% daripada premium yang dibayar bagi pelan asas (juga dikenali sebagai Premium A-Plus Enhancer) akan digunakan untuk membeli unit-unit bagi dana-dana pelaburan yang anda pilih untuk memberi anda potensi peningkatan pelaburan. 

Pelan ini melindungi kematian, Hilang Upaya Secara Menyeluruh dan Kekal (HUMK), kematian akibat kemalangan dan HUMK akibat kemalangan. 

Pelan ini juga memberi Pendorong Pelaburan setiap 2 tahun polisi bermula dari akhir tahun polisi ke-2 sehingga akhir tahun polisi ke-18 untuk meningkatkan nilai akaun polisi anda. 

Pada kematangan polisi, sebagai tambahan kepada manfaat matang, pelan ini juga memberi ganjaran kepada anda dengan tambahan 40% daripada Premium Tahunan sebagai Pendorong Simpanan jika terma dan syarat dipenuhi.






Sertai AIA Vitality untuk menikmati Vitality Booster

Sekiranya anda mendaftar untuk menjadi ahli AIA Vitality dan membeli A-Enrich Wealth, anda boleh menikmati manfaat tambahan dikenali sebagai Vitality Booster tanpa perlu membayar premium tambahan. AIA Vitality adalah program kesihatan yang unik dan berlandaskan sains yang memperkasakan anda dengan ilmu, alat serta motivasi untuk membawa perubahan tingkah laku positif jangka panjang untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Bergantung pada pilihan sihat yang anda pilih, anda boleh menerima nilai akaun tambahan* berdasarkan Peratusan Vitality Booster (VBP) apabila polisi anda matang, apabila polisi anda tamat akibat kematian, atau HUMK. VBP yang awal bermula daripada 20%. Bagi setiap tahun yang berikutnya, VBP anda boleh meningkat, menurun atau kekal sama berdasarkan Status AIA Vitality anda pada setiap Ulang Tahun Pendorong Vitality Booster


Pendorong Vitality Booster ditentukan dengan mendarabkan Peratusan Pendorong Vitality Booster semasa dengan nilai akaun (tidak termasuk nilai akaun daripada premium tokok tetap dan premium tokok ad-hoc), tertakluk kepada maksimum 50% daripada amaun perlindungan pelan asas anda. Sekiranya anda lebih aktif dengan AIA Vitality, semakin tinggi VBP anda; jika anda tidak aktif, anda mungkin boleh kehilangan manfaat Pendorong Vitality Booster ini.


Siapa yang layak membeli A-Enrich Wealth? 
A-Enrich Wealth disediakan untuk individu yang berumur di antara 14 hari hingga 65 tahun.

Berapakah jumlah diinsuranskan minimum bagi A-Enrich Wealth? 
Jumlah diinsuranskan minimum bagi A-Enrich Wealth adalah RM20,000. 

 Apakah yuran dan caj-caj yang perlu saya bayar? 
i) Yuran Pengurusan Dana Anda boleh merujuk kepada Lembaran Fakta Dana untuk maklumat lanjut berkenaan yuran pengurusan dana. 
ii) Yuran Penukaran Dana Tiada yuran penukaran dana pada masa ini.

 Walau bagaimanapun, Syarikat berhak untuk menyemak semula yuran penukaran dana dengan menberi anda notis bertulis sekurang-kurangnya 3 bulan.

Adakah premium yang dibayar layak mendapat pelepasan cukai? 
Ya, premium yang dibayar untuk pelan ini melayakkan anda mendapat pelepasan cukai perseorangan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. 

 Apakah dana-dana yang boleh didapati untuk A-Enrich Wealth? 
Anda boleh merujuk kepada Lembaran Fakta Dana di laman web Syarikat www.aia.com.my untuk dana-dana yang disediakan (Dana Asian Equity AIA, Dana Pendapatan Tetap Global AIA dan Dana Pendapatan Ekuiti Global AIA tidak disediakan untuk pelan ini). 

Bolehkah saya menukar dana dan berapakah yuran pertukaran dana? 
Ya, anda dibenarkan untuk menukar dana mengikut tahap toleransi risiko anda dan tiada yuran pertukaran dana akan dikenakan. Walau bagaimanapun, kami boleh mengubah yuran pertukaran dana dengan memberi notis 3 bulan terdahulu mengenai perubahan tersebut kepada pemegang polisi. 

Bagaimanakah boleh saya tahu harga unit dana-dana saya? 
Harga unit Dana Berkaitan Pelaburan akan dipaparkan di laman web Syarikat kami www.aia.com.my

Apakah pengecualian-pengecualian utama untuk A-Enrich Wealth? 
Manfaat Kematian • Pelan ini tidak melindungi kematian akibat bunuh diri dalam tempoh 1 tahun dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula polisi, yang mana kemudian. 

Manfaat HUMK  (Pengecualian)
• Pendedahan kepada bahaya secara sengaja
• Cubaan pemusnahan diri atau kecederaan diri semasa siuman ataupun tidak siuman;
• Perkhidmatan dalam angkatan bersenjata semasa peperangan diisytiharkan atau tidak diisytiharkan atau semasa menjalani perintah untuk operasi yang menyerupai peperangan atau pemulihan ketenteraman awam;
• Aktiviti yang berkaitan dengan sebarang peranti atau pengangkutan udara melainkan sebagai penumpang berbayar atau ahli krew untuk penerbangan pengangkutan udara komersial di perjalanan penumpang berjadual biasa melalui laluan penumpang yang ditetapkan;
• Sebarang kecacatan kongenital yang telah dipaparkan atau telah didiagnosiskan sebelum umur 17 tahun;
• Hilang upaya yang sedia ada akibat keadaan fizikal atau mental.

Manfaat Kematian Akibat Kemalangan dan HUMK Akibat Kemalangan (Pengecualian)
• Serangan atau pembunuhan;
• Rusuhan dan keganasan awam, tindakan industri atau kegiatan pengganas;
• Pendedahan kepada bahaya secara sengaja;
• Cubaan pemusnahan diri atau kecederaan diri semasa siuman ataupun tidak siuman;
• Peperangan, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan atau revolusi;
• Perkhidmatan dalam angkatan bersenjata semasa peperangan diisytiharkan atau tidak diisytiharkan atau semasa menjalani perintah untuk operasi yang menyerupai peperangan atau pemulihan ketenteraman awam

Nota: Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk kontrak polisi untuk butiran pengecualian yang sepenuhnya.


Hubungi Saya untuk dapatkan pelan perlindungan dan juga pelaburan. Anda tidak akan rasa rugi tatkala anda membayar premium takaful, kerana anda akan dapat pulangan bila pelan anda matang. 

No comments:

Post a Comment