AIA A-Life Lady Pelan Penyakit Kritikal Khas Wanita

 

A-Life Lady adalah pelan insurans komprehensif untuk wanita yang memenuhi keperluan perlindungan anda. Pelan ini menyediakan manfaat insurans hayat yang direka khas untuk wanita kepada anda.

Apabila anda membeli A-Life Lady dan mendaftar sebagai ahli AIA Vitality, anda akan menerima bonus tambahan setiap tahun, iaitu Bonus Tunai Tahunan. Anda akan menerima bonus ini sebagai ganjaran kerana membuat pilihan yang sihat, dan juga boleh mendapat bonus tunai sehingga 50% daripada premium asas yang anda bayar setiap tahun.

Jadi sertailah AIA Vitality, program insurans dan kesihatan unik kami yang menyokong dan memberi ganjaran kepada anda kerana membuat pilihan yang sihat. 













Soalan sering ditanya
S: Apakah itu A-Life Lady?
A-Life Lady merupakan satu pelan tanpa penyertaan yang memberikan anda perlindungan sehingga umur 80 tahun.
Pelan ini memberikan perlindungan komprehensif untuk penyakit dan/atau peristiwa yang berkaitan dengan wanita serta perlindungan asas untuk kematian dan HUMK. Semua manfaat dikategorikan ke dalam 7 kategori utama:
1. Manfaat Asas
2. Manfaat Penyakit Wanita
3. Manfaat Penjagaan Wanita
4. Manfaat Kehamilan Wanita
5. Manfaat Ganjaran Tunai
6. Hadiah Kegembiraan
7. Manfaat Kematangan
Apabila anda membeli A-Life Lady, anda boleh mendaftar sebagai ahli AIA Vitality. Ahli-ahli AIA Vitality akan menerima manfaat tambahan dalam bentuk Bonus Tunai Tahunan – iaitu peratusan daripada Premium Asas Yang Dibayar. Setiap tahun, Bonus Tunai Tahunan anda mungkin akan naik, turun atau kekal sama berdasarkan Status AIA Vitality anda (dihadkan pada maksimum 50% daripada Premium Asas Yang Dibayar.
S: Siapakah layak membeli A-Life Lady?
Pelan ini boleh disertai oleh semua wanita yang berumur 16 tahun hingga 45 tahun.
S: Apakah tempoh perlindungan untuk A-Life Lady?
Pelan ini melindungi anda sehingga umur 80 tahun.
S: Berapakah amaun perlindungan minimum bagi A-Life Lady yang boleh saya beli?
Amaun perlindungan minimum untuk A-Life Lady adalah RM50,000.
S: Adakah premium saya akan meningkat mengikut umur saya?
Kadar premium adalah tetap dan berdasarkan umur anda apabila polisi dikeluarkan.
S: Adakah premium untuk A-Life Lady terjamin?
Premium-premium untuk pelan ini adalah tidak terjamin dan Syarikat berhak untuk mengubah kadar
premium dengan memberi notis bertulis 3 bulan terdahulu kepada pemegang polisi.
S: Apakah yuran-yuran dan caj-caj yang perlu saya bayar?
Tiada yuran-yuran dan caj-caj yang lain selain daripada premium.
S: Adakah premium-premium yang dibayar untuk A-Life Lady layak untuk mendapat pelepasan cukai?
Ya, premium-premium yang dibayar untuk pelan ini mungkin melayakkan anda mendapat pelepasan cukai perseorangan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

S: Apakah pengecualian-pengecualian utama untuk A-Life Lady?
Tiada perlindungan untuk:
1. Sebarang Keadaan Sedia Ada;
2. Penyakit/Penyakit-penyakit yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh kehadiran
Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau kehadiran sebarang jangkitan Virus Kurang Daya
Tahan Manusia (HIV). Kami berhak untuk meminta Insured menjalani ujian darah untuk HIV sebagai
syarat sebelum menerima sebarang tuntutan. Pengecualian adalah apabila Jangkitan HIV adalah Melalui
Transfusi Darah. Bagi tujuan pelan ini:
(i) Takrifan AIDS adalah seperti yang digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 1987, atau
sebarang semakan selepas itu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi takrifan itu; dan
(ii) Jangkitan hendaklah dianggap telah berlaku di mana ujian darah atau ujian lain yang berkaitan
menunjukkan pada pendapat AIA Bhd. sama ada kehadiran HIV atau kehadiran Antibodi terhadap
Virus seperti itu.
3. Kecederaan diri yang disengajakan semasa siuman atau tidak siuman;
4. Tanda atau gejala sebarang keadaan/manfaat dilindungi (termasuk yang menyebabkan pembedahan
dijalankan, jika perlu) yang pertama kali berlaku dalam tempoh menunggu:

5. Penyalahgunaan dadah atau alkohol secara sengaja; 
6. Penamatan kehamilan secara elektif selain daripada atas sebab perubatan di bawah Manfaat Kehamilan Wanita.


Penyakit jantung adalah penyakit kritikal yang paling membunuh tidak kira lelaki atau wanita. 
Maka, persiapkan diri sebelum penyakit itu menjadi semakin terkesan dan anda sudah tidak layak untuk memiliki takaful hibah ataupun medikal kad. Jadi dapatkan perlindungan untuk anda dan keluarga. Hubungi saya.





No comments:

Post a Comment