AIA Life Cancer 360 Pelan Perlindungan Kanser


Hasil kemajuan bidang perubatan, kanser kini boleh dirawat. Apabila kos rawatan kanser semakin meningkat, persoalannya kini adalah: adakah anda bersedia dari segi kewangan untuk memerangi kanser? 

A-Life Cancer360-i adalah pelan perlindungan kanser yang lengkap dan menyediakan perlindungan kanser daripada tahap awal hingga ke peringkat yang lebih lanjut.

A-Life Cancer360-i ialah pelan Takaful caruman berkala yang melindungi anda dari kanser sehingga umur 80.

Pelan ini menyediakan perlindungan menyeluruh untuk Kanser dan Kanser Peringkat Awal.
Pelan ini mempunyai ciri-ciri seperti 
  • Ganjaran Pemulihan, 
  • Faedah Set Semula,
  • Pendapatan
  • Pemulihan Lanjutan 
  • Faedah Belas Kasihan. 


Sertai AIA Vitality, sebuah program yang unik yang menyokong dan memberi ganjaran secara aktif atas pilihan sihat anda.

Apabila anda menyertai A-Life Cancer360-i dan mendaftar sebagai ahli AIA Vitality, anda akan mendapat faedah tambahan dalam bentuk Bonus Tunai Tahunan. Anda boleh menerima bonus tunai sehingga 50% daripada caruman asas anda yang dibayar untuk A-Life Cancer360-i pada setiap ulang tahun sijil.  





Faedah Kanser Peringkat Awal dan Ganjaran Pemulihan boleh dituntut sekali sahaja. Sebaik sahaja
tuntutan dibuat, pihak AIA akan mengurangkan amaun perlindungan Faedah Kanser anda mengikut jumlah yang dibayar kepada anda. Sebarang rujukan terhadap Kanser, tidak merangkumi Kanser Peringkat Awal. Faedah-faedah lain di bawah pelan ini kecuali Pendapatan Pemulihan Lanjutan akan tamat sebaik sahaja bayaran Faedah Kanser dibuat. Jika anda membuat tuntutan faedah ini dalam tempoh 12 bulan selepas didiagnosis dengan Kanser Peringkat Awal, kami akan membayar anda amaun perlindungan selepas menolak bayaran-bayaran untuk Faedah Kanser Peringkat Awal dan Ganjaran Pemulihan. 








Kekalkan status EMAS untuk mengekalkan peratusan Bonus Tunai Tahunan anda, atau berusaha lebih keras untuk menaikkan peratusan ini sebanyak 1% setiap tahun di status PLATINUM.




Apakah maksud Takaful?
Takaful ialah skim saling bantu-membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan, persaudaraan dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk membuat sumbangan berdasarkan Tabarru’ (derma) ke dalam dana yang akan digunakan untuk saling bantu-menbantu di saat diperlukan.
AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC) sebagai Pengendali Takaful diamanahkan untuk melabur dengan sewajarnya dan menguruskan dana ini berdasarkan strategi pelaburan mengikut prinsip-prinsip Syariah.


A-Life Cancer360-i ialah pelan Takaful caruman berkala yang melindungi anda dari kanser sehingga umur 80.
Pelan ini menyediakan perlindungan menyeluruh untuk Kanser dan Kanser Peringkat Awal.
Pelan ini mempunyai ciri-ciri seperti 
  • Ganjaran Pemulihan, 
  • Faedah Set Semula,
  • Pendapatan
  • Pemulihan Lanjutan 
  • Faedah Belas Kasihan. 
Apabila mencapai kematangan, 100% amaun perlindungan akan dibayar.

Apabila anda menyertai A-Life Cancer360-i, anda juga boleh mendaftar untuk menjadi ahli AIA Vitality. Ahli Vitality AIA akan menerima faedah tambahan dalam bentuk Bonus Tunai Tahunan – yang merupakan peratusan Caruman Asas Yang Dibayar. Bonus Tunai Tahunan yang pertama adalah sebanyak 20% daripada Caruman Asas Yang Dibayar anda untuk A-Life Cancer360-i. Untuk tahun-tahun berikutnya, Bonus Tunai Tahunan akan meningkat, menurun atau tetap sama berdasarkan Status AIA Vitality anda, tertakluk kepada maksimum 50% daripada Caruman Asas Yang Dibayar.

Siapakah yang layak untuk menyertai A-Life Cancer360-i ?
Pelan ini disediakan untuk individu berumur di antara 14 hari dan 60 tahun. Individu yang berumur 16 tahun ke atas boleh mendaftar untuk menjadi ahli AIA Vitality.

Apakah tempoh perlindungan A-Life Cancer360-i?
Pelan ini menyediakan perlindungan sehingga umur 80

Berapakah amaun perlindungan minimum A-Life Cancer360-i yang saya boleh sertai? 
Amaun perlindungan minimum A-Life Cancer360-i ialah RM 50,000.
Terdapat 6 jenis pelan perlindungan yang boleh didapati dalam A-Life Cancer360-i, setiap unit bersamaan dengan RM 50,000 amaun perlindungan. * Maksimum unit untuk setiap peserta ialah 6 unit

Berapa jumlah caruman tahunan yang perlu saya bayar? 
Sila rujuk kepada jadual di bawah untuk beberapa aras petunjuk caruman tahunan untuk contoh berikut: seorang lelaki dengan taraf kesihatan standard (bukan perokok) dengan amaun perlindungan
 RM 100,000
Caruman Tahunan (boleh juga bayar bulanan)

Adakah caruman yang dibayar untuk A-Life Cancer360-i layak untuk pelepasan cukai pendapatan? 
Ya, caruman yang dibayar untuk pelan ini boleh melayakkan anda mendapat pelepasan cukai peribadi, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Apakah pengecualian-pengecualian utama untuk A-Life Cancer360-i ?
Tiada perlindungan untuk Kanser atau Kanser Peringkat Awal bagi:

Sebarang penyakit atau pembedahan selain daripada diagnosis atau pembedahan untuk Kanser atau Kanser Peringkat Awal; atau Tanda atau simptom yang mula berlaku dalam tempoh 60 hari selepas Tarikh Dikeluarkan atau Tarikh Mula pelan ini, mengikut mana-mana tarikh yang terkini; atau Kanser atau Kanser Peringkat Awal yang terjadi secara langsung atau secara tidak langsung daripada Keadaan Sedia Ada, yang wujud sebelum Tarikh Dikeluarkan atau Tarikh Mula pelan ini, mengikut mana-mana tarikh yang terkini; atau Kanser atau Kanser Peringkat Awal, mengikut pendapat kami, yang disebabkan secara langsung atau secara tidak langsung oleh Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) atau kehadiran sebarang jangkitan oleh Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV). Kami berhak untuk meminta Orang Dilindungi untuk menjalani ujian darah HIV sebagai syarat sebelum menerima sebarang tuntutan. Pengecualian diberi kepada Jangkitan HIV adalah Melalui Transfusi Darah seperti yang disebut dalam Sijil ini. Untuk tujuan pelan ini,

Kanser atau Kanser Peringkat Awal yang didiagnosis secara langsung atau tidak langsung oleh kecacatan konginetal atau penyakit yang ditunjukkan atau didiagnosis sebelum Orang Dilindungi mencapai umur 17 tahun; atau Kanser atau Kanser Peringkat Awal disebabkan kecederaan yang disengajakan; atau Kanser atau Kanser Peringkat Awal yang terhasil secara langsung akibat penyalahgunaan alkohol atau dadah.






Hasil kemajuan bidang perubatan, kanser kini boleh dirawat. Apabila kos rawatan kanser semakin meningkat, persoalannya kini adalah: adakah anda bersedia dari segi kewangan untuk memerangi kanser? Hubungi saya


Untuk dapatkan info yang lengkap tentang pengecualian. Boleh hubungi saya 
Maka, persiapkan diri sebelum penyakit itu menjadi semakin terkesan dan anda sudah tidak layak untuk memiliki takaful hibah ataupun medikal kad. Jadi dapatkan perlindungan untuk anda dan keluarga. Hubungi saya.



No comments:

Post a Comment