Hibah Untuk Yang Tersayang A Life Kasih


Demi Kehidupan Yang Lebih Bermakna Untuk Anda dan Keluarga

Melangkah ke alam pekerjaan mahupun membina keluarga yang bahagia merupakan pengalaman yang menarik dan tidak ternilai. Mencapai tahap kehidupan ini juga bermakna anda sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dan komitmen yang jauh lebih besar; mengawal kehidupan anda serta menyediakan yang terbaik untuk keluarga anda, tanpa mengira penat dan lelah.

Oleh itu, kami percaya bahawa kesejahteraan hidup orang tersayang adalah keutamaan anda. Dan kerana keluarga adalah segala-galanya buat anda, kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka tidak sepatutnya berakhir walaupun anda sudah tiada lagi.

 Memperkenalkan A-Life Kasih Famili, pelan Takaful Keluarga yang memenuhi keperluan perlindungan keluarga anda. Pelan ini memberikan anda ketenangan fikiran mengetahui bahawa keluarga anda akan dapat terus menikmati kehidupan yang berkualiti sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada anda mahupun pasangan anda.

Buatlah perancangan lebih awal dan pastikan kehidupan yang lebih bermakna untuk anda dan keluarga dengan A-Life Kasih Famili.




Apakah maksud Takaful? 
Takaful ialah skim saling bantu-membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan, persaudaraan dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk memberi sumbangan berdasarkan Tabarru‘ (derma) ke dalam dana, yang dinamakan Dana Risiko Peserta (DRP), digunakan untuk saling bantu-membantu di saat diperlukan. AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC) sebagai Pengendali Takaful diamanahkan untuk melabur dengan sewajarnya dan menguruskan dana ini berdasarkan strategi pelaburan mengikut prinsip-prinsip Syariah.

Apakah itu A-Life Kasih Famili?
A-Life Kasih Famili adalah pelan Takaful Keluarga caruman berkala yang menyediakan anda perlindungan ke atas kematian, hilang upaya dan kematian akibat kemalangan. Anda juga boleh
memilih untuk mempertingkatkan perlindungan pelan asas dengan menambah faedah pilihan
untuk perlindungan ke atas pasangan dan penyakit kritikal.


Apakah tempoh perlindungan A-Life Kasih Famili? 
Sijil akan matang pada ulang tahun sijil atau apabila Orang Dilindungi mencapai umur 70 tahun.


Berapakah amaun perlindungan yang ditawarkan A-Life Kasih Famili? 
Anda boleh memilih amaun perlindungan bermula dari jumlah minimum sebanyak RM50,000 sehingga jumlah maksimum sebanyak RM500,000. Bagi rider A-Plus ProtectSpouse-i, jumlah minimum amaun perlindungan rider tersebut adalah RM30,000 dan jumlah maksimumnya tidak boleh melebihi amaun perlindungan bagi pelan asas.

Jumlah maksimum bagi amaun perlindungan anda tertakluk kepada keperluan pengunderaitan.

Berapakah caruman tahunan yang perlu saya bayar? 
Caruman adalah berdasarkan amaun perlindungan asas yang dipilih dan frekuensi. Kadar caruman adalah berbeza mengikut umur, jantina, status perokok dan kelas pekerjaan. Jadual di bawah merupakan petunjuk caruman tahunan bagi seorang lelaki yang mempunyai status kesihatan normal dan bukan perokok dengan amaun perlindungan sebanyak RM50,000.


Adakah caruman saya akan bertambah apabila umur saya meningkat? 
TIDAK. Namun begitu caruman anda tidak dijamin dan AIA PUBLIC berhak untuk menyemak semula caruman dengan memberikan anda notis bertulis tiga (3) bulan sebelum ulang tahun sijil anda. 

Apakah tempoh caruman bagi A-Life Kasih Famili?
 Anda perlu membayar caruman sehingga umur tercapai 70 tahun. Caruman boleh dibayar secara tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau bulanan, mengikut kaedah pembayaran yang tersedia.

Bagaimana caruman saya diperuntukkan?
Caruman Yang Diperuntukkan
Amaun ini akan diletakkan ke dalam Dana Peserta dan Tabarru’ akan diambil daripada Dana Peserta secara bulanan. Berdasarkan kontrak mudharabah (kontrak perkongsian keuntungan), sebarang pendapatan pelaburan daripada dana ini akan dikongsi mengikut nisbah yang telah ditentukan iaitu 20:80 di antara AIA PUBLIC dan anda. Bahagian anda akan diperuntukkan kembali ke dalam Dana Peserta.

Yuran Wakalah (Caruman Yang Tidak Diperuntukkan)
Amaun ini digunakan untuk menampung perbelanjaan dan kos pengagihan AIA PUBLIC secara langsung, termasuk komisyen yang dibayar kepada Perancang Hayat AIA. Wakalah (agensi) adalah kontrak di antara anda dan AIA PUBLIC, di mana anda memberi kebenaran kepada kami untuk bertindak bagi pihak anda untuk menjalankan urusanurusan takaful.

Peratusan caruman anda yang diperuntukkan kepada Dana Peserta dan Yuran Wakalah adalah seperti berikut:


 Apakah yuran dan caj yang perlu saya bayar? 
A-Life Kasih Famili adalah pelan caruman berkala di mana caruman anda akan dipotong sebagai Yuran Wakalah dan bakinya akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko Peserta (DRP) sebagai Tabarru’.

Adakah saya dapat menikmati Lebihan? 
Lebihan akan ditentukan dan diumumkan, jika ada, sekurang-kurangnya sekali setahun oleh AIA PUBLIC. Sebarang Lebihan dari DRP, Lebihan bersih, selepas tuntutan yang perlu dibayar dan rizab yang diperlukan, akan dikongsi oleh pihak AIA PUBLIC dan anda, sebagai seorang Peserta, mengikut nisbah berikut: 
 
Lebihan akan dikongsi oleh Peserta-peserta yang layak berkadaran mengikut Tabarru’ mereka.

Adakah caruman yang dibayar untuk A-Life Kasih Famili layak untuk pelepasan cukai pendapatan?
Caruman yang dibayar untuk pelan ini boleh melayakkan anda untuk pelepasan cukai peribadi, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Bolehkah saya membatalkan Sijil Takaful ini?
 Ya. Anda boleh membatalkan atau menyerahkan Sijil Takaful anda dengan memberikan notis bertulis kepada AIA PUBLIC. Walau bagaimanapun, penyertaan dalam produk Takaful Keluarga adalah komitmen kewangan jangka panjang. Adalah tidak dinasihatkan untuk membatalkan atau menyertai produk ini untuk tempoh yang singkat memandangkan kos permulaan yang tinggi. Anda juga mungkin tertakluk kepada keperluan pengunderaitan baharu, tempoh menunggu yang penuh dan sebarang tempoh menunggu lain dan pengecualian yang terpakai jika anda membuat keputusan untuk menyertai pelan baharu selepas itu.

Hibah bermaksud hadiah. Dalam konteks hibah takaful, ia merupakan satu pemberian yang dibuat oleh peserta takaful secara sukarela dengan menghadiahkan faedah takaful kepada pihak ketiga. Pengendali takaful akan membayar faedah takaful kepada penerima hibah apabila peserta takaful meninggal dunia, tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang termaktub di dalam sijil takaful.

Pemberi hibah takaful (peserta takaful) boleh menghibahkan faedah takaful kepada sesiapa sahaja yang diinginkan, tanpa mengira hubungan, agama mahupun bangsa. Tetapi ianya lebih afdal jika hibah takaful tersebut diberikan kepada ahli keluarga terdekat (isteri/suami atau anak-anak) sebagai tanda kasih sayang.


Hibah dapat menyelesaikan masalah-masalah biasa yang dihadapi oleh waris apabila berlakunya kematian seseorang seperti :-
  • Mengelakkan proses di mahkamah yang panjang dan memerlukan kos guaman
  • Mengelakkan perebutan harta sesama ahli keluarga kecil dan besar
  • Hilang minat menguruskan harta si mati memandangkan proses yang pelbagai dan leceh
  • Bermasam muka sesama ahli keluarga sendiri
  • Harta tidak dituntut langsung oleh waris
Mengapa perlu gunakan hibah takaful? Jawapan ini sungguh popular tetapi masih ramai yang mengambil ringan soal ini. Selepas dari kematian seseorang, ada beberapa perkara yang perlu disegerakan :-
  • Hal pengurusan jenazah hingga dikebumikan
  • Hal pembahagian harta pusaka
  • Hal penyelesaian hutang-piutang


Maka, persiapkan diri sebelum penyakit itu menjadi semakin terkesan dan anda sudah tidak layak untuk memiliki takaful hibah ataupun medikal kad. Jadi dapatkan perlindungan untuk anda dan keluarga. 
Dapatkan quotation dengan bajet keperluan anda

No comments:

Post a Comment