Pentingnya Merancang Keewangan dan Pelan Takaful.

 




Maka, persiapkan diri sebelum penyakit itu menjadi semakin terkesan dan anda sudah tidak layak untuk memiliki takaful hibah ataupun medikal kad. Jadi dapatkan perlindungan untuk anda dan keluarga. 
Dapatkan quotation dengan bajet keperluan anda

Kenali 5 jenis penyakit membunuh rakyat Malaysia


Kenali 5 jenis penyakit popular membunuh rakyat Malaysia 

1) Sakit Jantung

 Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penyakit jantung atau kardiovaskular adalah penyebab kematian paling tinggi dilaporkan di hospital-hospital di bawah kementerian itu. Penyakit jantung adalah kondisi ketika bagian jantung yang meliputi pembuluh darah jantung, selaput jantung, katup jantung, dan otot jantung mengalami gangguan mungkin disebabkan oleh sumbatan pada pembuluh darah jantung, peradangan, infeksi, atau kelainan bawaan.

Ini boleh berlaku apabila saluran darah menjadi sempit akibat pengumpulan plak kolesterol yang mengakibatkan bekalan darah ke jantung tidak mencukupi.

Pegawai perubatan, Dr Munirah Hishamshah berkata, sekiranya ia tidak dirawat dalam kadar yang segera, jantung tidak dapat menjalankan fungsi mengepam darah ke seluruh badan terutamanya organ kritikal seperti otak di mana akhirnya akan menyebabkan kematian dengan cara tiba-tiba.

Sakit jantung boleh berlaku pada semua peringkat umur trend sekarang juga melihatkan kebanyakan kes kematian akibat sakit jantung juga menyerang golongan muda.“Kebelakangan ini, faktor stres juga dilihat sebagai punca serangan jantung dan kebarangkalian pesakit untuk tidak mendapatkan rawatan segera adalah tinggi,” jelasnya kepada ketika dihubungi Astro AWANI.

Selain itu, katanya, ada beberapa faktor yang menyumbang kepada penyakit jantung iaitu amalan cara hidup tidak sihat, faktor pemakanan serta faktor genetik atau keturunan.

Antaranya, tabiat merokok, menghidap hipertensi, berlebihan berat badan atau obes, mempunyai tahap kolesterol dalam badan yang tinggi, gaya hidup yang tidak aktif serta menghidap diabetes.

Berikut antara langkah awal yang boleh dipraktikkan seluruh ahli keluarga bagi menjamin jantung yang sihat berdasarkan saranan KKM.

STROK

Selain jantung, strok juga dilaporkan punca kematian tertinggi di Malaysia.

Menurut satu laporan Jurnal Strok Antarabangsa yang dikeluarkan oleh Pusat Pengajian Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM), kira-kira enam kes baharu melibatkan strok dilaporkan setiap satu jam di Malaysia.

Selain dikategorikan sebagai penyebab kedua paling biasa bagi kematian di dunia, penyakit dikenali serangan angin ahmar ini juga penyebab utama bagi kehilangan upaya golongan orang dewasa.

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Mengikut ilmu kajian kepada penyakit ini, strok terbahagi kepada dua iaitu ischemic atau hemorrhagic.

Bagi strok ischemic, saluran darah di otak tersumbat akibat plak atau gumpalan yang menyebabkan bekalan darah yang membawa oksigen ke otak terjejas dan mengakibatkan sel-sel otak mati. Difahamkan, 80 peratus daripada seluruh kejadian strok adalah jenis ini.

Strok hemorrhagic pula melibatkan saluran darah di otak bocor atau pecah menyebabkan darah mengalir ke bahagian sel-sel otak dan mengakibatkan kerosakan yang berpunca daripada tekanan darah tinggi.

Kementerian Kesihatan Malaysia ada menggariskan beberapa langkah pengendalian pesakit strok.

Antaranya, mengambil sejarah penyakit termasuk aktiviti kehidupan harian, membuat penilaian klinikal, menyambung ubat-ubatan bagi pesakit yang telah stabil serta menggalakkan pesakit untuk melakukan senaman bagi mengekalkan pengaliran darah, pergerakan sendi dan kekuatan otot.

* PNEUMONIA (JANGKITAN KUMAN PARU-PARU)

Pneumonia adalah keradangan ruang udara di paru-paru yang paling biasa disebabkan oleh jangkitan. Bakteria, virus, atau kulat (jarang berlaku) boleh menyebabkan jangkitan dan menghasilkan gejala seperti batuk, demam, dan mengalami pernafasan yang sukar.



Mengulas contoh diberikan seperti virus COVID-19, Dr. Munirah berkata, penyakit ini disebabkan oleh kuman-kuman berlainan yang menyebabkan kerosakan pada paru-paru yang sedikit berlainan antara satu sama lain. Jika anda mengalami infeksi paru-paru seperti batuk berkahak, sulit bernafas, demam, nyeri dada, mudah lelah, badan menggigil, suara napas berbunyi atau mengi, muntah, tidak nafsu makan, dan diare. Cepatlah dapatkan rawatan sebelum kuman itu merebak dan akan merosakkan paru-paru anda.

“Jangkitan kuman-kuman pelbagai jenis ini pada akhirnya akan menyebabkan kerosakan yang berbeza pada anggota tubuh badan. Tahap serius jangkitan kuman juga berbeza-beza mengikut pesakit,” katanya.


ASMA

Umum mengetahui, pesakit asma sering dikaitkan dengan alat sedutan pelega. Namun, tahukah anda, asma adalah sejenis penyakit yang tidak boleh diubati serta menjejaskan sesiapa sahaja dalam lingkungan umur seawal enam tahun. Ia merupakan penyakit kronik saluran udara dalam sistem pernafasan yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti reaksi alahan atau alergi kepada bulu, pendedahan kepada asap rokok, senaman, jangkitan pernafasan dan pencemaran udara.

Dr Munirah berkata, tahap serangan asma terbahagi kepada dua iaitu asma yang boleh dikawal dan tidak boleh dikawal mengikut tahap rawatan dan pemantauan yang berbeza.

Katanya, antara langkah utama bagi mengelakkan daripada serangan asma adalah dengan mengetahui punca serangan.

“Mereka perlu tahu apakah punca mereka mendapat serangan asma seperti udara yang tidak bersih, habuk, hama dan sebagainya.

“Bila mereka tahu punca, maka mereka sepatutnya dapat mengelakkan daripada terkena serangan ini serta boleh mengurangkan lagi risiko,” katanya kepada Astro AWANI.

Beliau berkata, pesakit juga perlu mengambil tahu tentang cara-cara penggunaan alat sedutan pelega yang betul.

Orang ramai boleh melayari laman web Asma Malaysia (http://www.asthmamalaysia.org/my) bagi mendapatkan maklumat serta meningkatkan kesedaran mengenai kawalan penyakit ini.


KANSER

Selain itu, barah atau kanser juga antara penyakit menggerunkan orang ramai yang tidak mengenal usia dan jantina. Lebih membimbangkan apabila kanser juga merupakan penyakit yang tiada amaran awal dan boleh menyerang secara perlahan-lahan dan ada juga yang cepat menganas. 

Statistik Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati, jenis kanser yang paling banyak menyerang rakyat Malaysia ialah kanser payudara, kanser usus besar, kanser paru-paru, kanser darah (limfoma) dan kanser bahagian hidung dan tekak (nasofarinks).

Secara umumnya, ia adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidakseimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan.Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan.

Bagi rawatannya pula, ia bergantung kepada jenis barah, bahagian anggota tubuh yang dihidapi barah dan juga sekiranya barah telah merebak. Malah faktor jenis rawatan barah ini juga dipengaruhi oleh umur pesakit.

Kebanyakkan kanser dirawat secara pembedahan, radioterapi (terapi sinar-X) atau kemoterapi.“Terutamanya kita melihat golongan-golongan yang kurang berpendidikan dan mereka yang berada di sosioekonomi yang rendah kerana mereka tidak tahu simptom-simptom yang mereka hadapi itu sebenarnya tanda-tanda awal kanser.

“Mereka lambat mendapatkan rawatan kerana menganggap simptom dialami itu cuma perkara biasa,” katanya. Dalam pada itu, beliau berkata masyarakat perlu lebih memperkasakan diri dengan mendidik diri sendiri dengan pengetahuan mengenai info kesihatan.

Perkara itu, katanya, amat penting bagi memastikan bahawa mereka sentiasa berjaga-berjaga dalam usaha mengurangkan risiko penyakit berbahaya kepada diri dan ahli keluarga.


Kerapkali pasangan atau waris yang menjaga kita waktu kita sakit akan mengalami tekanan yang tinggi dalam menguruskan segala perbelanjaan dan anak-anak. Jika anda kasihan pada isteri/suami serta waris anda. Buatlah persediaan agar anda dapat mengurangkan tekanan keewangan serta emosi mereka. Hubungi saya 014 6377649 - Siti untuk dapatkan quotation takaful, hibah dengan bajet keewangan dan komitment anda. 








9 Tips Keewangan Untuk Pasangan Baru Kahwin


 

Majlis perkahwinan yang mewah adalah idaman hampir setiap pasangan kerana ia berlaku sekali dalam seumur hidup. Namun begitu, dalam merancang majlis perkahwinan dan rumahtangga, ramai pasangan muda melakukan kesilapan dalam pengurusan kewangan yang boleh menjejaskan masa hadapan mereka. 


Sediakan diri anda untuk kebahagiaan rumahtangga dan kebebasan kewangan dengan mengikuti sembilan tips untuk pasangan muda.


FAHAMI BAGAIMANA PASANGAN ANDA MELIHAT (DAN MEMBELANJAKAN) WANG

Wang boleh menjadi isu sensitif kerana tiada siapa yang mahu dihakimi berdasarkan tabiat berbelanja mereka. Setiap pasangan harus memahami hubungan masing-masing dengan wang sebelum mengambil keputusan untuk berkongsi komitmen kewangan bersama-sama. Mulakan dengan perancangan keewangan dengan pasangan anda pada awal. 


Anda harus mengetahui tabiat berbelanja pasangan anda. Ini juga termasuk mengetahui perkataan-perkataan sensitif yang boleh memprovokasi pasangan anda, dari segi terma, frasa atau subjek yang si dia tidak selesa gunakan. Dengan memahami sifat pasangan anda dengan wang, anda boleh mendekati pasangan dengan cara lembut dan menyokong, seterusnya merancang hal kewangan dengan lebih berkesan.Ini boleh dilakukan dengan mencatit nota akan topik-topik kewangan dan kemewahan yang lazimnya mendatangkan pergaduhan, seperti tas tangan mewah atau kasut berjenama yang baru dibeli.

Anda sebagai lelaki harus bijak memilih wanita yang dapat bijak menguruskan wang atau mengikis pendapatan anda hingga ramai di kalangan suami yang bankrup akibat berbelanja di luar kemampuan akibatnya penceraian berkait dengan keewangan adalah punca penceraian yang tinggi. 


  

BINCANG SOAL WANG SEBELUM BERKAHWIN

Hari perkahwinan adalah hari paling penting dalam kehidupan anda bersama. Walaubagaimanapun, realiti hanya akan datang selepas majlis indah itu berakhir. Jadi, anda harus berbincang tentang soal komitmen jangka masa panjang sebelum anda melangkah ke pelamin. Elakkan dari berhutang untuk bermewahan di masa perkahwinan, permulaan ini adalah penting untuk mengelakkan pertelingkahan berkait keewangan dengan pasangan anda selepas menikah. 


Bolehkah anda berdua mahu menjadi rakan kongsi yang setara dalam hal kewangan atau perkongsian setara itu mustahil?  Tidak ada salahnya ada kita buat satu penjanjian suami isteri tentang tanggungjawap dan perkongsian.
Apa yang penting di sini ialah komunikasi yang kerap dan jujur. Bincangkan sejarah dan matlamat kewangan masing-masing, termasuklah topik yang digeruni iaitu hutang bersama. Lebih awal anda mencapai kata sepakat dengan pasangan anda, lebih senang hubungan anda untuk maju kehadapan. 


BINCANGKAN MATLAMAT KEWANGAN JANGKA MASA PANJANG

Matlamat kewangan boleh berubah dari masa ke semasa. Ia bukan satu ketetapan pasti yang dicapai dengan hanya satu perbincangan. Luangkan masa setiap bulan untuk “janji temu kewangan” bagi anda duduk berbincang soal wang, menilai keadaan dan mengatur semula matlamat kewangan bersama. Bincangkan apa perancangan anda dalam 10 tahun akan datang, memiliki rumah anda sendiri, mengerjakan haji bersama, Jika berlaku masalah penyakit kritikal, sudahkah anda bersedia dari aspek keewangan. Persediaan keewangan untuk pembiyaan anak-anak dan lain-lain. 

MULAKAN BAJET YANG REALISTIK (DAN BERPEGANG PADANYA)


Memulakan satu bajet yang konsisten mampu menolong anda di masa hadapan. Langkah pertama ialah dengan melihat gaji bulanan dan perbelanjaan masing-masing. Campurkan nombor-nombor tersebut untuk jumlah pendapatan dan perbelanjaan isi rumah. 



Jika anda sedang merancang perkahwinan, fikirkan berapa banyak yang mampu dibelanjakan dan putuskan di mana anda boleh menyimpan. Cara terbaik untuk membajet bagi perkahwinan ialah dengan mengurangkan jumlah pendapatan dan melebihkan anggaran kos di dalam bajet anda. Di samping bajet tersebut, anda juga masih perlu menyimpan untuk hari kecemasan. Jadi pasangan hendaklah sama-sama saling ingat mengingati tentang matlamat anda jangka masa panjang. 

Bajet ini perlu digunakan secara berterusan untuk jangka masa yang panjang agar anda mendapat manfaatnya nanti. Untuk berpegang pada bajet sebegini juga memerlukan sokongan dan galakan. Anda akan lihat pelbagai barangan “jualan murah” yang anda “perlukan” dan “telefon pintar terbaru” yang “semua orang ada”. Dalam waktu sebegini, anda memerlukan pasangan anda untuk menyokong dan memberi galakan supaya anda membuat keputusan kewangan yang tepat, dan anda juga perlu memberi sokongan dan galakan yang sama. 

Sokongan dan galakan sebegini dari pasangan yang penyayang mampu menolong anda menolak ke tepi segala “keinginan” jangka masa pendek itu untuk manfaat yang lebih besar di masa hadapan.  

Jika, pasangan bijak dalam menguruskan keewangan, anda tidak akan ada masalah besar jika isteri berhenti kerja untuk menguruskan rumah tangga, pendapatan dari premium pelaburan insuran misalan dapat mengantikan gaji yang berterusan pada surirumah begitu juga jika salah seorang dari pasangan anda tiba-tiba perlukan penjagaan akibat sakit dan diberhentikan kerja. 

Saya punyai kawan surirumah yang punyai berbagai pendapatan dari hartanah, pelaburan insuran dan dia tidak punyai masalah keewangan dan sekatan seperti mana suri rumah yang lain. Jadi anda perlu persiapkan diri pada jangka masa akan datang. 


SEJAJARKAN PELAN SIMPANAN PERSARAAN ANDA

Percayalah anda boleh bersara selesa dengan merancang lebih awal. Setiap pasangan perlu meneliti pelan persaraan daripada majikan masing-masing dan pastikan setiap manfaat yang ada daripada pelan tersebut digunakan. Ini termasuk, isteri yang ingin berhenti kerja untuk menjadi surirumah, merancangan untuk pendidikan anak, menunaikan haji dan umrah dan lain-lain.

Anda mungkin belum bersedia untuk menimang cahaya mata. Namun begitu, kos membesarkan anak di Malaysia agak tinggi. Anda memerlukan RM400,000 untuk membesarkan anak sehingga ke peringkat pengajian universiti di dalam negara, atau RM1.1 juta jika anak itu melanjutkan pelajaran di luar negara. Perancangan yang ideal perlu bermula sebelum anak dilahirkan agar anda mempunyai masa untuk membina kekuatan kewangan sebelum anda memerlukannya.

Kadangkala anda akan menghadapi situasi yang tidak dijangka seperti dapur, peti sejuk yang rosak, kerosakan di rumah kerana banjir, atau soal kesihatan yang merosot tiba-tiba tak boleh kerja. Amat penting bagi anda memiliki sejumlah wang yang mampu menolong anda dalam situasi “kemalangan” yang lazimnya muncul entah dari mana.  



Apabila anda merancang untuk berkahwin dan memulakan keluarga, soal kematian juga perlu difikirkan. Seeloknya anda memiliki insurans nyawa agar pasangan anda dapat dilindungi jika anda tiada. Jadilah suri rumah yang bijak dalam menguruskan rumah tangga.

Memulakan sesuatu pelaburan tidak memerlukan modal jutaan ringgit di dalam bank. Bagaimanapun, ia memerlukan fokus jangka masa panjang untuk anda membina aset bersama. Pelaburan anda mungkin bermodal serendah RM5,000 tetapi pastikan anda melaburkan jumlah yang anda selesa setiap bulan. Ini termasuk membina jaring keselamatan dengan jumlah gaji selama enam bulan sebelum anda memulakan portfolio pelaburan anda. Masa mudalah anda ada kekuatan dan semangat untuk berkerja. Jadi jangan boros mulakan dengan melakukan simpanan secara paksa dan pelaburan untuk jangka masa 10-20 tahun akan datang 

Dengan cara ini, anda akan lebih bersedia untuk melihat pulangan maksima dengan pelan simpanan dan pelaburan kami seperti pelan A-EnrichGold.

Kesimpulannya, dengan mengambilkira sembilan tips kewangan ini, anda kini berada di jalan yang baik untuk membina masa depan yang lebih cerah.

Maka, persiapkan diri sebelum penyakit itu menjadi semakin terkesan dan anda sudah tidak layak untuk memiliki takaful hibah ataupun medikal kad. Jadi dapatkan perlindungan untuk anda dan keluarga. 
Dapatkan quotation dengan bajet keperluan anda

Kematian Akibat Tibi di Malaysia Meningkat



Penyakit tibi muncul sebagai pembunuh nombor satu di Malaya di antara tahun 1945 hingga 1957. Pada waktu itu, sebahagian besar katil-katil di hospital dipenuhi oleh pesakit berkenaan.

Sebelum ditemui penawar mujarab bagi wabak berkenaan yang turut melanda dunia ketika itu, pesakit tibi diasingkan di satu tempat terpencil 'sonatorium' bagi mengelak jangkitan berlaku. Ubat yang diberikan kepada mereka hanyalah berupa makanan berkhasiat bagi membina ketahanan tubuh yang kuat.Program kebangsaan Pencegahan Penyakit Tibi yang dilancarkan pada tahun 1961 telah berjaya mengurangkan kes-kes tibi. Penyakit yang berbahaya ini telah dianggap terkawal dan Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara dengan beban penyakit tibi sederhana.





Wujud sejak 1940-an lagi, tibi sangat digeruni akibat kuman Mycobacterium bacillus. Mudahnya ia disebarkan hanya dengan titisan kecil melalui batuk atau bersin. Lebih menakutkan, sekiranya penyakit yang sepatutnya perlu mengambil beberapa jenis ubat selama beberapa bulan untuk membasmi jangkitan dan mencegah perkembangan rintangan antibiotik itu tidak dirawat dengan segera.
Implikasinya boleh sampai ke peringkat mencabut nyawa!







Stop! Please jangan gadaikan segala asset rumah, tanah, simpanan untuk bayar kos perubatan. Jadilah orang yang bijak menguruskan keewangan.Kita jangan hanya pentingkan diri sendiri. Ya, kita ingin sihat. Kerapkali pasangan atau waris yang menjaga kita waktu kita sakit akan mengalami tekanan yang tinggi dalam menguruskan segala perbelanjaan dan anak-anak. Jika anda kasihan pada isteri/suami serta waris anda. Masa sakit kita sangat perlukan support dari ahli keluarga, apa salahnya kita ringankan bebanan mereka. Buatlah persediaan agar anda dapat mengurangkan tekanan keewangan serta emosi mereka untuk dapatkan quotation takaful, hibah dengan bajet keewangan dan komitment anda
Belajarlah dari kesilapan orang lain. Rugi guna duit dan asset sendiri untuk bayar kos perubatan sedangkan ada banyak kemudahan yang disediakan.
Hubungi saya 014 6377649 - Siti



 



Hibah Vs Medikal Kad Mana Satu Yang Penting?

 



Antara medikal kad, kad perubatan dan takaful hibah yang mana satu penting? Adakah kita perlukan kedua-duanya? Kalau tak cukup bajet nak beli dua-dua yang mana satu lagi penting?

Kad perubatan dan hibah takaful. Ia adalah dua perkara yang sering dan biasa kita dengar dalam industri insurans mahupun takaful.

Ada individu yang memilih untuk memiliki kad perubatan sahaja buat diri dan keluarga, namun ada juga yang merasakan bahawa memberikan hibah takaful buat kesayangan adalah lebih penting, justeru memilih untuk mendapatkan perlindungan takaful nyawa dan meletakkan waris sebagai penerima hibah. Namun, pernahkah terdetik, antara kad perubatan dengan hibah takaful, yang manakah lebih baik dan bagus untuk perlindungan diri sendiri dan keluarga?



Adakah kad perubatan boleh melindungi semua jenis rawatan?
Ia bergantung kepada pelan yang dipilih oleh anda. Pada kebiasaannya, kad perubatan akan memberikan manfaat seperti:

Kos kemasukan hospital dan pembedahan – Ia termasuk segala kos yang berkenaan dengan kemasukan ke hospital, pembedahan, bilik dan penginapan, perkhidmatan ambulan, ubat-ubatan dan lain-lain.
Penyakit kritikal – Sebanyak 36 jenis penyakit kritikal pada kebiasaannya disenaraikan oleh syarikat insurans termasuk kanser, serangan jantung, strok, dan lain-lain (sila lihat dalam polisi masing-masing mengenai penyakit kritikal yang disenaraikan).
Rawatan jangka panjang – Berguna terutama untuk individu yang mempunyai penyakit kronik yang memerlukan rawatan dan penjagaan untuk tempoh masa yang lama. Contoh: Pesakit kanser yang perlu menjalani kemoterapi.

Adakah kad perubatan boleh melindungi keluarga jika anda meninggal dunia?
Tidak. Kad perubatan tidak akan melindungi keluarga anda sekiranya anda sebagai pencarum meninggal dunia suatu hari nanti. Tiada sebarang pampasan akan diberikan oleh syarikat insurans hasil daripada premium yang dibayar ketika hayat anda kerana kad perubatan hanya berfungsi untuk menanggung kos rawatan dan lain-lain kos yang berkaitan ketika hayat anda sahaja. 


Secara mudahnya, hibah membawa maksud pemberian atau ‘hadiah’ yang dibuat secara terus oleh pemberi hibah ketika hayatnya kepada penerima sebagai tanda kasih sayang.

Melalui hibah, penerima tidak lagi perlu melalui proses faraid dan harta/ barang tersebut menjadi milik penerima secara terus. Bagaimanapun, manfaat hibah hanya akan diperoleh oleh penerima setelah pemberinya meninggal dunia.

Apakah pula hibah takaful? 

Antara manfaat hibah apabila pemegang polisi MENINGGAL DUNIA, pampasan Hibah Takaful akan terus diberi kepada PENAMA HIBAH 100%. Orang luar yang TIADA penama dalam Hibah Takaful TIADA HAK untuk menuntut. Jika kita mempunyai tanggungan yang harapkan wang dengan cepat bagi meneruskan kehidupan, Hibah dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera

Tetapi, hibah takaful adalah kaedah bagaimana manfaat daripada pampasan itu akan diagihkan. 
Dengan kata mudahnya, melalui hibah Takaful, sekiranya pemegang polisi Takaful meninggal dunia, pengagihan wang pampasan oleh syarikat Takaful akan diberikan secara hibah iaitu secara terus kepada penerima manfaat.

Bagaimana untuk menghantar tuntutan pampasan kematian dari takaful?




Mati itu pasti. Mati juga boleh datang secara tiba-tiba, tidak mengira waktu, tempat dan usia. Maka sementara masih hidup buatlah persediaan agar kita akan aman di alam barzah. Tinggalkan hibah yang mencukupi pada keluarga. Buatlah wasiat beramal selagi masih lagi hidup. 

Ada persolan bagaimana untuk menghantar pampasan kematian kepada takaful untuk pampasan?

Ikuti tips di bawah. Sediakan dokumen -dokumen yang penting di bawah. 

1. Borang Tuntutan dilengkapkan oleh Penerima/Penuntut (dikecualikan untuk e-

         tuntutan)

     2. Salinan Sijil Kematian asal atau yang yang telah disahkan (oleh kakitangan atau

         eksekutif/Pengurus Perkembangan Perniagaan di cawangan PruBSN atau Prudential

         Assurance Malaysia Berhad)

     3. Salinan Kad Pengenalan (jika tiada penama)

     4. Salinan bukti hubungan yang diperakui (Sijil Perkahwinan, Sijil Kelahiran, Anak-

         anak yang Menuntut, Ibu Bapa yang Meninggal Dunia) untuk semua pihak yang

         menuntut (jika tiada sebarang pencalonan)

5. Agen anda akan sedia membantu.



     5. Borang e-Kredit yang telah diisi oleh Penama/Penuntut


i. Keperluan tambahan untuk Kematian Semula jadi (Penyakit):


     1. Sijil Perawat Perubatan (sekiranya jangka masa sijil kurang dari 5 tahun)


ii. Keperluan tambahan untuk Kematian Bukan Semula jadi/kemalangan:


     1. Laporan Polis yang disahkan benar

     2. Laporan Post-mortem terperinci yang disahkan benar

     3. Laporan Toksikologi yang disahkan benar (jika ada)


iii. Sekiranya kematian berlaku di luar Malaysia:


     1. Surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara

     2. Sijil Perakuan penempatan untuk kematian warga asing yang diperakui

         *Sijil Perakuan penempatan yang bermaksud sijil kebenaran untuk membawa jenazah (mayat)

             pulang ke Malaysia

     3. Salinan buku pasport penuh yang disahkan benar


Nota Penting:

Sijil kematian adalah syarat wajib untuk penyerahan tuntutan kematian. Sekiranya tiada sijil kematian, pihak kami tidak akan dapat meneruskan tuntutan tersebut. Permit pengebumian adalah tidak boleh diterima.


Sila simpan dokumen fizikal yang asal kerana pihak Syarikat berhak meminta dokumen asal untuk tujuan audit. Kegagalan memberikan dokumen asal atas permintaan boleh menyebabkan Syarikat mendapatkan kembali tuntutan yang telah dibayar. 



Percayalah Kos Perubatan Hospital akan sentiasa meningkat. Jangan biarkan simpanan anda habis disebabkan oleh membayar bil kesihatan. Saya percaya anda pasti ada matlamat dan berkehendak untuk sesuatu. Samaada anda merancang pendidikan anak, berkahwin, membeli rumah dan menunaikan haji dan umrah. Ada perlu bijak dalam merancangan keewangan. Perancangan legasi  yang baik dan berkesan adalah amat penting buat keluarga kerana ia memudahkan waris untuk menguruskan harta peninggalan tanpa perlu melalui proses pembahagian harta yang rumit, sekaligus dapat meneruskan kehidupan seharian dengan tenang.Hubungi saya 014 6377649 - Siti untuk dapatkan quotation takaful, hibah dengan bajet keewangan dan komitment anda. 

Apa Beza Insuran dan Takaful?

Takaful atau Insurans?

Kedua-dua pelan perlindungan ini berkongsi prinsip asas dan objektif yang sama. Ia melindungi seseorang dengan meringankan beban kewangan mereka akibat kerugian dan kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan, penyakit kritikal atau kematian. Takaful dan insurans keduanya penting dalam perlindungan kewangan sekiranya perkara yang tidak diduga berlaku kepada anda, seperti mengidap penyakit kritikal, kemalangan, tiba-tiba mengalami kerugian harta benda, atau kematian. Ya! semua orang akan merasa mati dan pasti akan sakit bila tiba masanya.



Secara amnya, Takaful boleh dianggap seperti insurans versi Islamik, namun terdapat perbezaan pada prinsip dan kaedah bagaimana Takaful beroperasi. Takaful bukan sahaja terhad untuk orang Islam, malah ia juga terbuka kepada orang bukan Islam yang ingin melanggan dan menerima manfaat Takaful.

Apakah perbezaannya?

Dari segi asasnya, insurans melibatkan persetujuan antara orang yang dijamin (anda) dan syarikat insurans (yang akan menanggung risiko). Persetujuan ini dikenali sebagai polisi, dan untuk anda menerima perlindungan sebagai pemegang polisi, anda perlu membuat bayaran, juga dipanggil premium, kepada syarikat insurans yang berkenaan.



Premium yang dibuat akan dilaburkan oleh syarikat insurans. Anda tidak boleh memilih bagaimana pelaburan tersebut dibuat dan ini mungkin melibatkan perniagaan yang tidak mematuhi prinsip syariah, termasuk perniagaan yang mempunyai unsur perjudian, riba dan berisiko tinggi/ketidaktentuan.



Pertolongan Bersama dalam Takaful

Sama seperti insurans, pengendali Takaful akan melaburkan sumbangan anda juga. Walau bagaimanapun, hanya perniagaan patuh syariah sahaja yang berkelayakan. Oleh itu, beban fikiran anda dapat diringankan jika anda ingin memastikan langganan Takaful anda adalah patuh syariah.


1. Akad

Perbezaan pertama yang kita boleh lihat adalah akad yang digunakan untuk kedua transaksi ini adalah berbeza. Akad yang digunakan untuk takaful adalah akad menderma manakala akad yang digunakan untuk transaksi insurans konvensional adalah akad jual beli.

Apakah yang membezakan kedua- dua akad tersebut?

Akad menderma 

Akad menderma di dalam konteks takaful adalah peserta yang mendapatkan perlindungan takaful haruslah ikhlas menderma ke tabung Tabarru’ dengan niat untuk membantu penyumbang lain yang menderma ke tabung Tabarru’ yang sama jika mereka dilanda sebarang musibah seperti kemalangan, kehilangan upaya ataupun penyakit- penyakit kronik. Dalam erti kata lain, penyumbang yang ingin mendapatkan perlindungan takaful haruslah mempersetujui sumbangan yang diberikan bolehlah diguna pakai dengan niat membantu sesama sendiri jika berlaku sebarang musibah. 


Akad jual beli 

Akad jual beli di dalam konteks insurans pula adalah anda beli polisi yang ditawarkan oleh pihak insurans dengan jaminan sekiranya anda terlibat dalam sesuatu musibah seperti terkena sakit jantung, kemalangan, kehilangan upaya ataupun penyakit kritikal, syarikat insurans terbabit akan memberikan pampasan berlipat kali ganda dari jumlah yang anda bayar untuk membeli polisi dari syarikat insurans tersebut. Jadi, apakah isunya dengan akad yang digunakan oleh syarikat insurans yang menyebabkan insurans dilabelkan sebagai tidak patuh syariah?

Antara sebab utama yang mengharamkan insurans konvensional adalah melihat kepada akad transaksinya iaitu akad jual beli yang mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan prinsip asas jual beli dalam islam seperti gharar (ketidaktentuan), riba, dan perjudian.

Gharar(ketidakpastian)

Di dalam konsep jual beli Islam, jika kita membeli sesuatu produk, ianya haruslah pasti dan jelas. Pasti yang dimaksudkan dalam konsep jual beli islam termasuklah rupa, nilai dan tempoh. 

Kembali kepada insurans, bila kita membeli polisi insurans, anda membayar sejumlah wang setiap bulan dengan jaminan yang anda akan diberi pampasan berlipat kali ganda jika berlaku sebarang musibah. Tapi adakah kita tahu bilakah kita akan dibayar jumlah pampasan tersebut? Bilakah kita akan meninggalkan ataupun sakit? Ketidakpastian ini yang menimbulkan isu kerana dalam hukum jual beli, kedua dua penjual dan pembeli mesti mengetahui jelas keadaan barang dibeli, bila akan diberikan dan sebagainya. Jadi, dalam sudut pandang insurans, kita tidak tahu bilakah kita akan mendapat pampasan berlipat kali ganda yang telah dijanjikan oleh pihak insurans. 

3. Maisir (perjudian)

Beza takaful dan insurans yang seterusnya adalah Maisir ataupun perjudian. Maksud judi adalah anda mendapat untung secara mudah tanpa perlu usaha yang banyak ataupun tidak mendapat sebarang untung. Selain itu, insurans mempunyai unsur judi kerana dengan membeli insurans, anda hanya perlu membayar jumlah yang kecil seperti RM100 tetapi pampasan yang akan diberikan kepada anda adalah RM100,000. Bayar sedikit tetapi untungnya banyak. Percanggahan nilai belian dan dapatan adalah sangat ketara dalam insurans. Mengikut konsep jual beli dalam islam, jika sesuatu produk yang dibeli berharga RM100, maka haruslah sama nilai RM100 barang yang diterima. 



Itulah unsur judi yang ada didalam insurans. Jadi apa bezanya dengan Takaful? Takaful menggunakan akad menderma yang berkonsepkan tolong menolong antara penyumbang yang menyumbang kepada tabung Tabarru’ yang mana bukan sahaja berbeza dengan akad jual beli yang diguna pakai oleh syarikat insurans tetapi juga satu amalan yang sangat terpuji dalam islam iaitu membantu sesama saudara yang dilanda musibah dan kesusahan. 

4. Riba

Unsur yang seterusnya yang kita dapat lihat dalam beza takaful dan insurans adalah unsur riba. Riba dalam sudut bahasa bermaksud penambahan ataupun lebihan. Riba didalam islam terbahagi kepada dua jenis riba iaitu riba hutang dan riba jualan. Di dalam konteks perbincangan harini, riba yang ingin dikemukakan adalah riba jualan. 

Riba jualan 

Jadi, apa itu riba jualan? Riba jualan adalah bermaksud ada berlaku lebihan bagi satu pihak dalam pertukaran ataupun jual beli yang dilakukan. Di dalam konteks insurans, jumlah yang kita bayar tidak setimpal dengan jumlah pampasan yang dijanjikan oleh syarikat insurans jika kita terlibat dalam kemalangan ataupun musibah lain yang menimpa. 

Selain daripada itu, unsur riba yang lain yang menjadi isu adalah syarikat insurans konvensional bebas untuk melabur duit yang mereka dapat ke atas mana mana syarikat yang membawa untung kepada mereka termasuk lah syarikat perjudian ataupun syarikat penjual beli arak dan mana- mana syarikat yang melanggar syariat dalam Islam. 

Manakala untuk takaful, setiap pelaburan yang hendak dibuat oleh syarikat yang menawarkan takaful, haruslah melalui Majlis Penasihat Syariah dan medium yang digunakan haruslah patuh dan memenuhi syarat syariat Islam termasuklah tidak mempunyai unsur riba seperti perjudian, jual beli arak dan sebagainya.


Percayalah Kos Perubatan Hospital akan sentiasa meningkat. Jangan biarkan simpanan anda habis disebabkan oleh membayar bil kesihatan. Saya percaya anda pasti ada matlamat dan berkehendak untuk sesuatu. Samaada anda merancang pendidikan anak, berkahwin, membeli rumah dan menunaikan haji dan umrah. Ada perlu bijak dalam merancangan keewangan. Perancangan legasi  yang baik dan berkesan adalah amat penting buat keluarga kerana ia memudahkan waris untuk menguruskan harta peninggalan tanpa perlu melalui proses pembahagian harta yang rumit, sekaligus dapat meneruskan kehidupan seharian dengan tenang.Hubungi saya 014 6377649 - Siti untuk dapatkan quotation takaful, hibah dengan bajet keewangan dan komitment anda.