Apa itu Medikal Kad dan Cara Nak Guna


 

1. Apa itu Medikal Kad? Kad Perubatan? Apa itu?

Kad perubatan adalah kad yang dikeluarkan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful anda yang membolehkan anda mendapatkan perkhidmatan perubatan yang layak, di hospital yang telah ditetapkan oleh pelan insurans anda, tanpa perlu membuat bayaran tunai, selagi premium bagi pelan anda berterusan. Kini terdapat berbagai kemudahan medikal kad dari berbagai syarikat insuran yang ternama seperti AIA, Prudential, Great Eastern, Etiqa

Sebelum anda memilih syarikat insuran, perlu anda meminta quotation sebut harga dari semua syarikat agensi dengan berdaftar agen yang berdekatan dengan anda. 


2. Macam mana nak guna kad medikal?

Syarikat insurans atau takaful akan menyediakan beberapa pelan perlindungan perubatan yang berlainan dari segi liputan perlindungan seperti jumlah perlindungan, jumlah elaun hospital dan lain-lain. Ini pula akan menentukan harga bayaran premium bulanan. Syarikat insurans akan isukan kad perubatan bagi polisi perubatan yang dipilih yang boleh digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan di hospital.

Pendaftaran masuk ke hospital menjadi mudah dengan hanya menunjukkan kad medikal ini selagi perkhidmatan yang diperlukan terkandung di dalam liputan pelan. Bayaran juga tidak perlu dibuat kerana pihak hospital akan dapatkan bayaran perubatan terus daripada syarikat insurans.


10 LANGKAH CARA GUNA MEDICAL CARD

Dapatkan diognos kesihatan anda di bahagian kecemasan hospital ataupun klinik yang didaftarkan oleh agensi insuran anda.

Jika dinasihatkan oleh doktor untuk masuk ke hospital, anda perlu dapatkan surat rujukan kepada hospital swasta berdekatan. 

Bawa surat rujukan (refer letter) tersebut ke hospital swasta dan pergi ke kaunter admission.Tunjukkan medical card anda/kad pengenalan dan kenalkan syarikat Takaful anda.

Penting! bawa kad medikal anda.

Dapatkan pengesahan surat jaminan (Guarantee Letter) daripada syrikat Takaful anda..Urusan ini akan diuruskan oleh pihak hospital dengan syarikat Takaful anda.



Sebelum admit, pastikan GL telah dikeluarkan. Berdasarkan banyak pengalaman AiA lebih mudah untuk dapat claim dan urusan sangat mudah dan pantas.

Jika belum, sebaiknya elakkan dari terus admit melainkan kes kemalangan/kecemasan supaya tidak timbul kes yang tidak diingini seperti GL reject.

Gagal hubungi ejen? Boleh mesej/wasap ejen anda untuk memaklumkan.

Andai kata langkah 1-9 ini anda terlupa. PASTIKAN PANDUAN TERAKHIR INI ANDA INGAT! Iaitu simpan nombor BANTUAN KECEMASAN 24JAM MEDIKAL KAD SYARIKAT ANDA.

 Nombor bantuan kecemasan ini biasanya akan tertera di belakang halaman medikal kad anda.

 Cepat-cepat simpan dalam phone korang untuk kegunaan akan datang.

Untuk memudahkan korang juga, aku selitkan juga nombor BANTUAN KECEMASAN 24JAM ni mengikut syarikat Takaful yang aku tahu :

AIA Public Takaful (1-300-88-8922)

Prudential BSN Takaful (03-20537188)

Takaful Ikhlas (1-300-80-0020)

Zurich Takaful  (1-300-80-0020)

Great Eastern Takaful (1-300-13-0018)

Takaful Malaysia (masih mencari)

Medisaver Ehsan Takaful (03-76283600)

Etiqa Takaful (1-800-88-9998)

Hong Leong MSIG Takaful (03-79653911 / 03-76283878)





Kerapkali pasangan atau waris yang menjaga kita waktu kita sakit akan mengalami tekanan yang tinggi dalam menguruskan segala perbelanjaan dan anak-anak. Jika anda kasihan pada isteri/suami serta waris anda. Buatlah persediaan agar anda dapat mengurangkan tekanan keewangan serta emosi mereka. Hubungi saya 014 6377649 - Siti untuk dapatkan quotation takaful, hibah dengan bajet keewangan dan komitment anda. 

No comments:

Post a Comment