Dapatkan hibah dari Suami Anda Sebelum Jadi Ibu Tunggal


Hibah tidak boleh dicabar....

“Mengapakah mahu mencabar hibah sedangkan ia sudah jelas dan ada bukti hitam putih? Sekiranya ada penipuan, orang yang menipu itulah yang menanggung dosanya. Selagi penerima mempunyai bukti hitam putih yang sah, kita kenalah terima,” katanya.


Walaupun ada ketikanya berlaku hibah secara mulut sebagai contoh, suami memberitahu isterinya dia mahu menghibahkan rumahnya kepada si isteri, ia sebenarnya sudah sah. Jadi tidak perlu pertikai lagi.


“Saya terkenangkan ramai ibu tunggal yang kematian suami akhirnya hidup dalam keadaan sengsara sebab tidak tahu hak mereka dalam faraid. Paling utama, mereka tidak tahu boleh menerima hibah sebelum berlaku kematian. Mereka pula disuruh meninggalkan rumah walhal suami pernah beritahu, rumah itu diberi kepadanya.


“Ingatlah, hibah perlu dilakukan sewaktu hidup. Apa yang dibuat selepas kematian memanglah tidak boleh menjadi hibah kerana selepas kematian, semua harta menjadi harta pusaka dan ia tertakluk kepada faraid. Hibah diberi daripada seorang yang hidup, sedar dan berakal sihat kepada seorang yang sihat, sedar dan berakal juga. Ia sudah sah. Orang lain tidak boleh lawan sebab ia hibah dan berlaku ketika pemberi hidup,” katanya.


Ini bermaksud, apabila harta sudah dihibah secara sah, tetapi jika ada yang mahu merampasnya maka mereka yang terbabit itu melakukan dosa.


Makna hibah


Hibah ialah pemberian sukarela daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharap sebarang bentuk balasan. Ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita ingini sama ada waris atau bukan waris.


Perlu diingat, kesan daripada hibah, semua harta yang sudah dihibah akan terkeluar daripada harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut hukum faraid.


Semua orang wajar mempelajari hukum faraid dan hibah dengan mendalam secara berguru dan dapatkan nasihat daripada mereka yang bertauliah serta tidak menggunakan perkara ini untuk mencari keuntungan.


Hibah ada dua jenis iaitu:


1.Hibah mutlak


2.Hibah bersyarat (umra dan ruqba)


Di bawah hibah mutlak, ia berkuat kuasa serta-merta. Sekiranya penukaran hak milik sudah dibuat, ia terus menjadi hak si penerima. Penerima berhak membuat apa saja dengan haknya termasuk menjualnya. Dari sudut faraid pula, sekiranya penerima meninggal dunia, ia menjadi harta pusaka penerima.


Hibah bersyarat pula penghibah meletakkan sesuatu syarat sampingan bersama-sama.


“Boleh menggunakan hibah bersyarat. Sekali lagi, kita buatlah surat hitam putih sebagai bukti. Saksi adalah pilihan. Dalam surat hitam putih itu ditulis, hibah ini berkuatkuasa sebaik pemberinya meninggal dunia dan sekiranya penerima yang dipilih itu mati dahulu, ia kembali kepada pemberi supaya boleh diberikan kepada penerima baru. Jadi tidak wujud kerisauan sekiranya penerima mati dahulu daripada pemberi dengan menggunakan hibah bersyarat ini,” kata Ustaz Khairul.

Islam menggalakkan penganutnya menggunakan kaedah ini bagi mengelakkan sebarang pertikaian yang mungkin terjadi di antara keluarga, saudara mara dan pewaris apabila berlakunya kematian. Apabila hartanah seperti rumah telah dihibahkan kepada pasangan, sekurang-kurangnya tempat berteduh itu akan menjadi hak mutlak pasangan.

Perlu diingat yang harta hibah tak termasuk di dalam kategori harta pusaka. Di Malaysia, hibah boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

Hibah Mutlak - Harta menjadi milik si penerima sepenuhnya berkuat kuasa serta merta.

Hibah bersyarat (Umra dan Ruqba) - Hibah Umra adalah hibah yang bersifat sementara Hibah Ruqba adalah hibah bersyarat apabila berlaku kematian salah seorang pemberi atau penerima hibah.

Hibah amanah - Menggunakan khidmat pemegang amanah yang dilantik sebagai pemegang kuasa seperti orang perseorangan, badan berkanun atau institusi sehinggalah penghibah bersedia menyediakan hibah atau meninggal dunia.

---------------iklan------------------
Anda mengalami Masalah Pengurusan Keewangan? Dapatkan khidmat konsultasi Takaful, Hibah, Wasiat dan Perancangan Persaraan secara percuma sebelum anda buat keputusan. Buat keputusan yang bijak! Survey dahulu.
Hubungi (Rahmah Financial Service Consultant) 014 6377649 atau tekan link bawah

AIA-Life Idaman


 In life, we try to plan ahead and make the best choices for ourselves and our loved ones. While we aspire to chart our future, the reality is that our lives are filled with uncertainties which typically happens when we least expect it. Ensuring that we are well-protected against life uncertainties should remain a priority, especially to safeguard the future of our loved ones.

Introducing A-Life Idaman, a Family Takaful plan that meets your protection needs and provides a financial safety net for your loved ones should anything unfortunate happens to you.




SHARIAH COMPLIANT SOLUTIONS

Meeting your Shariah-compliant protection needs. Helps you to achieve your financial goals through Shariah compliant investments.


HOW DOES IT WORK?

Mr. Izian, a 30-year-old male non-smoker participate in A-Life Idaman with a coverage amount of RM150,000, attach A-Plus WaiverExtra-i and A-Plus Saver-i with an additional contribution of RM200 a month. Mr Izian choose to be covered until age of 70 with auto-extension to age 100. He nominated his wife to receive the money as Hibah. Mr Izian pays RM323.07 a month as the takaful contribution.

DURING THE CERTIFICATE TENURE, WHAT ARE THE BENEFITS PAYABLE UPON MR IZIAN?

DEATH Izian’s family will receive a lump sum payment of RM150,000 in the form of Hibah (gift). His family will also receive additional RM5,000 for religious pilgrimage Hajj. 


SUFFER FROM TOTAL AND PERMANENT DISABILITY 

Mr. Izian will receive a lump sum payment of RM150,000 as an income replacement to support his living expenses contributions will be excluded until age 70.

DEATH DUE TO ACCIDENT 

Mr. Izian’s family will receive a lump sum payment of RM300,000 in the form of Hibah (GIFT LIFE)


DIAGNOSED WITH ANY ONE OF THE 44 CRITICAL ILLNESSES 

The contribution of Mr Izian will be waived until the age of 70.


NO CLAIMS MADE UNTIL CERTIFICATE MATURITY

Mr Izian will receives 100% of his account value, including the savings that he has contributed on a monthly basis upon expiry of his certificate.


In life, we try to plan ahead and make the best choices for ourselves and our loved ones. While we aspire to chart our future, the reality is that our lives are filled with uncertainties which typically happens when we least expect it. With our plan, you can have peace of mind, knowing that you’re protected from the financial burden of rising medical costs. Contact me for free consultation


Tips Bijak Uruskan Keewangan Peribadi Anda

 


Pertama sekali, kita perlu merancang perbelanjaan yang kita tetapkan. Contohnya, tetapkan berapa  jumlah untuk disimpan dan untuk kita berbelanja! Tip paling mudah… cuba simpan 10% daripada pendapatan anda terlebih dahulu, selebihnya baru gunakan untuk berbelanja…. atau sebelum “shopping” tu, buat senarai barang supaya tak terlebih membeli. Jangan beli sebelum buat perancangan. Sentiasa ada list to buy.

 

Kedua, tetapkan jumlah simpanan dan tentukan target anda realistik. Ramai yang boleh buat bajet tapi tak ramai boleh ikut bajet.. Jadi, selain jumlah yang realistik, disiplin diri juga penting apabila berbelanja. Apabila anda ikut bajet yang telah ditetapkan pada setiap bulan, ianya membolehkan anda untuk terus “enjoy”,  sama ada nak beli pakaian baharu, alat solek, modify kereta, hias rumah, memanjakan diri di spa atau mendandan rambut di salon, makan di restoran yang viral dan “fancy”, takda masalah, boleh je teruskan asalkan ia tidak melebihi jumlah yang telah anda tetapkan.   

 

Perkara ketiga, Jangan guna kad kad kredit, elakkan terperangkap dengan penggunaan kad kredit yang melampau dan membuat pinjaman peribadi untuk berbelanja berlebihan, seperti renovasi rumah, beli handbag branded dan sebagainya. Lebih merisaukan sekali jika perbelanjaan anda telah melebihi pendapatan anda kerana ini akan membawa kepada banyak perkara negatif. Bak peribahasa, ukur baju di badan sendiri. Kalau tak mampu buat apa nak tunjuk2 kat orang. Ambil gambar dah la.... 

 

No 4, catatkan perbelajaan setiap kali anda pulang dari berbelanja. Dengan adanya rekod duit keluar dan masuk, anda tahu dan sedar berapa duit yang telah dihabiskan dan berapa baki yang anda boleh belanjakan dalam bulan tersebut. Contohnya, daripada rekod tersebut, ia menunjukan anda selalu berbelanja lebih untuk kopi, apa kata anda buat sendiri dari rumah, ianya lebih menjimatkan dan gunakan lebihan itu untuk simpanan kecemasan dan sebagainya. Untuk kurangkan pembelian secara “impulsive” pula, utamakan barang yang perlu, jadi tidaklah berlaku perbelanjaan yang berlebihan atau tidak terkawal.

 

Mudah saja kan? 

 

Mula-mula mungkin anda akan rasa janggal untuk memulakan sesuatu yang berbeza. Tapi bila dah biasa menguruskan kewangan dengan baik, anda akan menjadi seorang yang berhemah berbelanja dan pada masa sama melalui kehidupan gembira serta cukup bermakna! Nak hidup bahagia kenalah pasang strategi, kan? Semuanya tak mustahil jika kita menambah sedikit pengetahuan.  

Ini adalah cara anda untuk jadi orang yang bijak uruskan wang peribadi anda.

 1. Automate transfer pada akaun saving anda. Anda boleh lakukun dengan menggunakan apps MAE dari Maybank sekarang. 


2. Masukkan duit syiling dalam balang syiling 


3. Buatkan senarai barang untuk dibeli di pasar dan anggaran harga total mengikut bajet bulanan anda. Jangan beli luar dari senarai yang telah ditulis.


4. Jangan masuk restoran, kecuali ada tujuan untuk bisnes sampingan atau untuk berikan ganjaran diri sendiri dan keluarga atas peningkatan pendapatan anda


5. Kena pandai cari tempat-tempat discount, percuma, barang percuma untuk dapatkan hiburan


6. Rancang perbelanjaan anda secara detail.


7. Jangan tengok barang2 online shopping 


8. Lambatkan belian online anda, tangguhkan pembelian baju, kasut, barang make up, handbag, kereta, motor, basikal dalam 30 hari. 


9. Jangan beli kereta mewah walaupun mampu. Beli kereta yang sederhana ikut kemampuan anda. Kalau ada lebih beli hartanah, rumah untuk buat sewa. 


11. Elakkan keluar dan habiskan duit minyak dan tol touch and go anda. Banyak habiskan masa di rumah atau di taman yang tak memerlukan belanja yang tinggi. 


12. Kurangkan penggunaan bil elektrik dan air


13. Tukar plan telephone pada yang murah. 


14. Pastikan anda dahulukan bayar premium takaful insuran. Jangan berhutang untuk dapatkan rawatan. Ini penting kerana ramai yang tak ada hutang, boleh berhutang disebabkan bayar bil hospital.


15. Simpan duit di tempat yang dapat pulangan yang tinggi dan patuh syariah, seperti Tabung Haji, Unit Trust, Takaful Link Investment. Jangan melabur di tempat yang tidak mendapat lulusan dari Bank Negara. Jangan melabur di skim cepat kaya seperti crypto, pelaburan emas bukan fizikal, dan bermacam-macam skim


16. Belajar meniaga sambilan untuk tambah pendapatan. Cari perniagaan yang boleh jana pendapatan secara santai seperti MLM (jual barangan kesihatan), menjadi agen insuran, affiliate marketing online, dropship, agen barang kesihatan. Hadkan pelaburang dalam RM1-3ribu saja. Kalau hilang kena terima nasib sebab ianya satu pelaburan kan...

17. Dapat duit lebih, pastikan bayar RUMAH, beli RUMAH, property untuk disewakan, Jangan beli kereta mewah, kerana kereta adalah barang yang akan susut nilai. Beli barang yang boleh jual di masa depan dengan harga yang lebih tinggi. 

18. Beli kereta lelong dari kastam, bank atau sambung bayar. Elakkan beli yang baru. 


Jangan bertangguh untuk dapatkan pelindungan takaful dan diversify pelaburan anda dalam takaful investment link. Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi percuma. 


Hubungi

Siti Rahmah, Financial Servis Consultant, 0146377649 atau tekan link di bawah

 

Tips Simpan Duit dan Bebas Hutang


Statistik menunjukkan lebih separuh daripada rakyat Malaysia berdepan kesukaran untuk mempunyai simpanan yang bertahan lebih dari tiga bulan apabila kehilangan sumber pendapatan. Ini menunjukkan segelintir rakyat Malaysia masih tidak bersedia untuk berhadapan dengan situasi kecemasan kewangan. Akibatnya, ramai yang terpaksa menanggung komitmen hutang yang banyak dan gagal untuk capai matlamat kewangan.😊

Buat anggaran belanjawan berdasarkan formula pengurusan kewangan yang mudah untuk diikuti. Contohnya, formula rule 50/30/20. Bahagikan pendapatan kepada tiga kategori – 

50% untuk keperluan dan mustahak seperti bayar rumah, bil api, air, internet, takaful, perbelanjaan sekolah anak-anak 

30% untuk kehendak seperti percutian, makan di restoren dan sebagainya.

20% untuk simpanan atau bayaran hutang, pelaburan dalam tabung haji, unit trust, investmentlink takaful, atau pelaburan emas. (Pastikan pelaburan yang disahkan oleh Bank Negara saja) Elakkan pelaburan cryto, emas bukan fizikal dan pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi. 

Penting untuk anda mempunyai simpanan dan pengurusan kewangan peribadi yang bijak, namun jangan dilupa tanggungjawab anak terhadap ibu bapa. Sebagai anak, duit ibu bapa juga salah satu komitmen yang anda kena masukkan dalam pelan belanjawan anda. Macam orang selalu cakap ciri ciri lelaki idaman wanita bukan sahaja bijak dalam cara pengurusan kewangan peribadi tapi tak lupa dengan tanggungjawab mereka sebagai anak.😊

  • Rekod Perbelanjaan
  • Mula Bina Simpanan Secara Paksa
  • Diversify, Pelbagaikan Simpanan
  • Bijak Bezakan Keperluan dan Kehendak Kemewahan Pembaziran Nafsu Semata
  • Lunaskan Hutang-Hutang Anda Mengikut Jadual 


Diversify pelaburan anda pelbagaikan simpan di banyak tempat. Antara tempat yang selamat di sahkan oleh Bank Negara adalah dengan takaful investment link. Anda boleh dapat perlindungan dan pada masa sama anda boleh dapat pulangan dari pelaburan anda. 

Hubungi

Siti Rahmah, Financial Servis Consultant 0146377649 atau tekan link di bawah

AIA Life Legacy


Peristiwa yang tidak menentu dalam kehidupan sering menjadi peringatan untuk sentiasa bersiap sedia. Mula merancang hari ini untuk masa depan yang lebih cerah buat anda dan orang tersayang dengan A-Life Legasi Beyond, pelan takaful berkaitan pelaburan dengan caruman berkala yang menyediakan sehingga 6 kali ganda jumlah perlindungan. Bukan itu sahaja, A-Life Legasi Beyond turut memberi ganjaran apabila anda kekal berdisiplin dari segi kewangan dengan Legasi Rewards dan Legasi Booster.

Encik Ahmad adalah ahli perniagaan berusia 30 tahun dan bukan perokok. Beliau menyertai pelan A-Life Legasi Beyond untuk dirinya sendiri dengan jumlah perlindungan sebanyak RM500,000 dan membayar caruman tahunan sebanyak RM4,200 selama 20 tahun serta memilih tempoh perlindungan sehingga umur 70 tahun. Beliau telah memilih untuk memperuntukkan carumannya ke dalam dana A-Dana Strategic Dynamic. Encik Ahmad membayar carumannya secara konsisten dan tepat pada masanya dan beliau tidak pernah membuat sebarang pengeluaran daripada nilai akaun. Ini adalah bagaimana pelan ini berfungsi untuk beliau:




Legasi Yang Kukuh Bermula dengan Pelan Perlindungan yang Menyeluruh






Peristiwa yang tidak menentu dalam kehidupan sering menjadi peringatan untuk sentiasa bersiap sedia. Mula merancang hari ini untuk masa depan yang lebih cerah buat anda dan orang tersayang



Hubungi

Siti Rahmah, Financial Servis Consultant 0146377649 atau tekan link di bawah





AIA Life Legacy Protection

 

The uncertainty of life events serve as a reminder to be prepared at all times. Start planning today for a brighter future for you and your loved ones with A-Life Legasi Beyond, a regular contribution investment-linked takaful plan that provides up to 6 times the protection amount. What’s more, A-Life Legasi Beyond also rewards you for staying financially disciplined with Legasi Rewards and Legasi Booster.

Encik Ahmad is a 30-year-old businessman and non-smoker. He participates in A-Life Legasi Beyond for himself with a coverage amount of RM500,000, paying an annual contribution of RM4,200 for 20 years and chooses the coverage term of up to Age 70. He has chosen to have his contribution allocated in the A-Dana Strategic Dynamic fund. Encik Ahmad consistently pays his contributions on time and did not perform any withdrawal from his account value. This is how the plan works for him:




A Lasting Legacy Begins with a Holistic Protection Plan



Build a Better Legacy when you sign up for AIA Vitality. Unlock an
additional amount of coverage and maturity value with Vitality
Booster. When you make healthier choices, you will receive higher
Vitality Booster value.








 The uncertainty of life events serve as a reminder to be prepared at all times. With our plan, you can have peace of mind, knowing that you’re protected from the financial burden of rising medical costs. 

Contact me for free consultation

Siti Rahmah, Financial Service Consultant 0146377649 click link below



Ribuan Orang Indonesia mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara Malaysia

Sumber: mayapadahospital.com

Serangan jantung atau Acute Coronary Syndrome (ACS) adalah apabila pembuluh darah koroner tersumbat secara mendadak sehingga otot jantung tidak mendapat suplai oksigen, darah, dan makanan dari pembuluh darah koroner dan menimbulkan sensasi sakit di bahagian dada. Jika tidak segera medapatkan rawatan, maka dapat menyebabkan kerusakan otot jantung.

Sumbatan ini tidak terjadi begitu saja, namun akibat proses penimbunan lemak/plak pada dinding pembuluh darah koroner (aterosklerosis) yang terjadi selama bertahun-tahun. Semakin lama, pembuluh darah semakin sempit sehingga menimbulkan penyakit jantung. Kondisi ini yang disebut penyakit jantung koroner. Tapi dalam perjalanannya, permukaan plak yang menyumbat pembuluh darah bisa tiba-tiba pecah dan bekuan darahnya menutup total pembuluh darah dengan cepat. Hal inilah yang disebut serangan jantung.



Institut Jantung Negara (IJN) Malaysia mencatat ada 4.000 hingga 5.000 pasien penyakit jantung asal Indonesia yang berobat ke Malaysia lewat IJN untuk mendapatkan layanan kesehatan jantung.

Bahkan dibanding negara lain, pasien penyakit jantung asal Indonesia ini jumlahnya adalah yang terbanyak.

"Memang pasien luar negeri yang paling banyak itu dari Indonesia, mungkin karena populasinya juga besar. Kalau negara lain itu ada dari Pakistan, India, Bangladesh, Burma, Vietnam, Australia, hingga Jepang," kata Wakil Kepala Eksekutif IJN, Datuk Akmal Arief di Trans Studio Bandung, Kamis 1 Juni 2023.


Selama 30 tahun terakhir, IJN telah berkonsentrasi pada penanganan penyakit jantung bagi anak hingga orang dewasa.

Tak hanya itu, IJN telah meraih 8 kali penghargaan Global Health Care Travel Council dalam hal pelayanan Kardiologi terbaik asia Pasifik. Selain itu, IJN juga meraih predikat hospital yang paling inovatif 2023.


"IJN selam 30 tahun punya track record penanganan khusus jantung, dengan pengalaman itu insyaallah kita terus berinovasi, menggunakan teknik terbaru, teknologi terbaru, hingga prosedur terbaik untuk menjamin kualitas. Kita juga sudah lima kali mendapatkan penghargaan akreditasi dari Amerika Sarikat," ucapnya.


IJN merupakan salah fasilitas kesehatan rujukan untuk penanganan penyakit jantung di Malaysia. IJN menjadi prototipe penggunaan teknologi-teknologi terbaru dalam pelayanan kesehatan jantung.


"Semua teknologi ke depan (terbaru) tentang jantung akan diperkenalkan atau dimulai dari IJN, kita berkembang ke rumah sakit lain kita mengajarkan ke rumah sakit lain tentang teknologi terbaru itu," ujarnya. - sumber: www.pikiran-rakyat.com

IJN adalah hospital swasta khusus untukk rawatan jantung. Untuk mendapatkan rawatan yang terbaik, kita kenalah buat persediaan dari sekarang sementara kita masih lagi sihat. Jika kita sudah sampai masa tidak lagi sihat, darah tinggi, kita akan menghadapi kesukaran untuk dapatkan khidmat perubatan yang terbaik. Jadi mulakan sekarang dengan mendapatkan perlindungan keewangan dari takaful insuran.

Hubungi

Siti Rahmah, Financial Service Consultant 0146377649 atau tekan link di bawah

Kisah Benar Pengalaman Kanser Serviks dan Kolon

 Adalah amat sukar bagi Maisarah berkongsi kisahnya. Namun, dia menyesal tidak melakukannya lebih awal. Ketika beliau berusia 34 tahun, beliau diberitahu telah menghidap kanser serviks. Beliau masih ingat dengan jelas hari beliau didiagnosis. Hari itu adalah temujanji rutin beliau dengan pakar sakit puan kerana suami dan beliau berharap untuk mendapatkan anak kedua. Doktor memaklumkan Maisarah mempunyai tumor di kawasan serviks yang berpotensi menjadi kanser. Beliau amat terkejut. Pada mulanya, dan tidak memaklumkannya kepada suami beliau. Maisarah hanya memberitahunya pada malam sebelum beliau mendapat keputusan ujian.

sumber: Hermina Hospital


Maisarah masih ingat dia begitu tenang dan berjaga sepanjang malam meneliti kemungkinan langkah seterusnya. Keesokan harinya, pakar sakit puan beliau secara lemah lembut menjelaskan bahawa terdapat tumor kanser yang besar di kawasan serviks nya dan membuang rahim adalah satu-satunya pilihan beliau.

Maisarah merasakan hidupnya menjadi gelap gelita – seolah-olah semua impian belia telah musnah dalam sekelip mata. Maisarah juga tidak akan berpeluang untuk mendapatkan anak lagi. Beliau mempunyai tempoh seminggu bagi membuat persiapan untuk pembedahan. Beliau juga sering bertanya kepada diri sendiri:

“kenapa saya? Ini tidak berlaku kepada orang yang menjalani kehidupan yang aktif dan kerap bersenam, bukan? Saya tidak pernah fikir saya akan didiagnosis dengan kanser. Kerana itu, saya sering memberikan pelbagai alasan setiap kali saya perlu menjalani ujian Pap smear – terlalu banyak kerja, tekanan menjadi isteri dan ibu, serta berbagai alasan lain. Seminggu selepas pembedahan, saya mendapat tahu kanser saya telah merebak”.

Maisarah dirujuk kepada pakar onkologi yang menasihatkan beliau menjalani radiasi dan kemoterapi. Secara keseluruhan, Maisarah diberikan enam kitaran kemoterapi dan 25 sesi radioterapi dalaman dan luaran. Kesan sampingan yang beliau alami amat dahsyat – ia benar-benar pengalaman paling teruk dalam hidupnya. Secara emosi, Maisarah bercelaru dan berasa seperti dicampak ke dalam lubang. Walaupun beliau mendapat sokongan keluarga, entah kenapa ia tidak mencukupi kerana mereka tidak begitu memahami kesakitan yang beliau alami.

Perjuangan terbesar Maisarah ialah untuk menerima hakikat bahawa beiau menghidap kanser. Suami beliau sangat berhati-hati apabila bercakap dengannya. Anak lelakinya semakin melekap dan inginkan perhatian. Maisarah tahu beliau terpaksa melakukan sesuatu. Secara beransur-ansur, Maisarah mula mencari sokongan. Maiarah banyak melakukan penyelidikan mengenai kanser serviks, kebanyakannya dengan doktor  atau di internet kerana bercakap dengan orang lain seperti sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan. Ia tidak mencukupi. Maisarah berada di titik paling lemah dalam hidupnya dan memerlukan sokongan daripada orang yang benar-benar memahami perjuangan beliau. Saya masih ingat pada suatu malam Maisarah melihat anaknya yang sedang tidur dan beliau berfikir sejenak untuk diri sendiri.


 “Anda perlu berjuang untuk hidup kerana terdapat ramai orang di luar sana yang menyayangi anda”.

Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Sudah tiba masanya kita berhenti memberi alasan dan menyayangi diri kita sendiri dengan mengutamakan kesihatan kita terlebih dahulu. Maisarah masih dalam perjalanan untuk pemulihan, baik secara fizikal dan emosi, tetapi beliau sangat berterima kasih. Mairah telah membuang pemikiran negatif dan beliau hidup dengan baik demi keluarganya. Maisarah tahu masih terdapat sedikit stigma mengenai HPV kerana ia adalah jangkitan seksual, tetapi beliau tidak dapat mengawal apa yang difikirkan oleh orang lain. Maisarah mempunyai perspektif yang baru tentang kehidupan, dan beliau sangat berbahagia mempunyai masa ini bersama rakan-rakan dan keluarga.

sumber: sugarbombgroup.com

Sumber; OncoCare Cancer Center 

Baru berusia 27 tahun ketika ia diberi tahu menderita kanker usus besar pada Juni 2014. Namun Choo Mei Sze mencoba melawan keras dengan positif untuk membantu orang yang senasib dengannya.


Dia menceritakan bagaimana mimpi buruknya mulai dari kolonoskopi setelah pertarungan panjang melawan diare. "Dokter menyarankan saya agar tidak dikolonoskopi karena itu prosedur invasif dan karena saya masih terlalu muda untuk itu. Tapi ayah saya bersikeras," kata mahasiswa PhD dalam psikologi ini seperti dikutip dari Asiaone, Rabu(11/2/2015).


Choo syok saat diberi tahu memiliki tumor sebesar sepertiga ususnya. Untuk sesaat, kata-kata tidak bisa dimengerti, sampai ia mendengar dokter mengatakan “biopsi". Saat itulah keparahan kondisinya diketahui.


"Saat itulah saya tahu itu serius dan saya mulai menangis," kata Choo. Namun, Choo tidak membiarkan dirinya tenggelam dalam keputusasaan. Ia pun bertekad untuk melawan kanker , yang jarang diidap orang-orang di usia muda.


Choo juga tidak mengabaikan komitmen pekerjaannya. Delapan hari di antara diagnosis dan waktu operasi pertamanya, ia membawakan dua acara besar dengan senyum. Dia tidak mengatakan kliennya tentang penyakitnya dan tidak ada yang curiga.


Tapi dia terkejut ketika dia harus memakai kantung kolostomi selama hampir dua bulan, setelah komplikasi dari operasi pertamanya dialami. "Ketika saya punya kantung kolostomi, yang saya inginkan adalah berbicara dengan orang yang juga sedang mengalami pengalaman serupa," kata Choo, yang telah pulih setelah dua operasi.


Pembawa acara TV 28 tahun itu mulai merasa memiliki kekuatan dan keinginan untuk berbagi dengan survivor kanker muda di dunia online pun tidak dapat terbendung. Ia pun membagikan ceritanya dalam blog-nya dan kepositifannya dalam melawan kanker disambut baik oleh banyak orang.


"Berpikirlah positif dan hidupi hari-hari yang dijalani. Sekarang saya benar-benar menghargai hal-hal kecil, mulai saat berjalan, makan, minum, dan bahkan mengemudi," tuturnya.

Sumber: health.okezone.com

Teknologi zaman sekarang sudah boleh merawat kanser, cuma kita perlu sediakan dana yang mencukupi untuk menghadapi masa-masa sukar dalam perjalanan hidup kita. 

Dapatkan perlindungan kanser insuran. Bila masa anda sihat adalah lebih baik, jaga kesihatan dan ambil perlindungan finansial dari takaful. 

Percayalah Kos Perubatan Hospital akan sentiasa meningkat. Jangan biarkan simpanan anda habis disebabkan oleh membayar bil kesihatan.

Hubungi

Siti Rahmah, AIA Public Takaful 0146377649 atau tekan link di bawah

Kisah Benar Perebutan Harta Pusaka

Kalau berkait dengan isu harta pusaka, masyarakat kita banyak yang hanyut dengan ujian dari Allah ini, banyak balu, saudara perempuan yang tidak bela nasibnya. Isu harta pusaka sering timbul dalam sesebuah keluarga terutama jika wasiat tidak sempat diuruskan sehinggalah ibu bapa meninggal dunia. Kebanyakannya tidak berkesudahan dengan baik. Perebutan dan pergaduhan tetap berlaku sesama waris. Adik-beradik berpecah belah, bergaduh dan putus saudara hanya kerana harta pusaka peninggalan ibu ayah. Itu realitinya.

Minggu ini, saya kongsikan kisah adik beradik suami Anisah(bukan nama sebenar) yang berebut tanah sekangkang kera milik arwah bapa mereka di kampung. Cerita Anisah, bukan mudah mencapai kata sepakat dalam adik beradik. Walau dilahir dari rahim yang sama, perangai dan sikap berbeza-beza. Ada yang mudah mengalah, ada yang kuat merajuk, ada yang suka menguasai dan macam-macam perangai lagi. api dalam kebanyakan kes, kata Anisah, berebutkan harta menjadi punca putusnya ikatan persaudaraan.

Itulah yang berlaku kepada suaminya, Azizi (bukan nama sebenar) yang disisih saudara kandung kerana berebut harta pusaka. Azizi merupakan anak bongsu daripada enam beradik. Dia mempunyai tiga orang abang dan dua kakak. Masing-masing sudah berkeluarga dan tinggal di Kuala Lumpur.

Semasa hidup, bapa Azizi pernah menyampaikan hasrat di hadapan enam anaknya untuk menyerahkan tapak dan rumah yang diduduki kepada Azizi. Ketika itu, tiada sebarang bantahan daripada adik-beradik suaminya. Anisah sendiri menjadi saksi ketika bapa mentuanya menyampaikan amanat itu.

Berbanding abang-abang dan kakak-kakaknya, Azizi banyak mengurus dan menjaga bapa selepas kematian ibu mereka. Selepas menamatkan pengajian di salah sebuah universiti tempatan dalam bidang perniagaan, Azizi mengambil keputusan pulang ke kampung atas permintaan bapanya. Bapanya yang semakin uzur ketika itu mahu Azizi menguruskan kedai runcit yang diusahakan selama ini.

Anisah yang ketika itu bertugas di sekolah rendah di kampung itu, secara tidak sengaja melihat Azizi. Mereka seterusnya jatuh cinta pada pandangan pertama. Setelah hampir tiga bulan mengenali hati budi, mereka sepakat untuk mendirikan rumah tangga. Anisah bersetuju tinggal bersama Azizi dan bapa mentuanya. Sepanjang tempoh lima tahun hidup berumahtangga, Anisah dapat melihat sisi lain Azizi. 

BAPA PENYAYANG

Azizi bukan sahaja seorang suami dan bapa yang penyayang kepada dua anak mereka, bahkan juga kepada bapanya. Abang-abang dan kakak-kakaknya jarang pulang ke kampung. Hanya pada hari raya sahaja. Jika pulangpun mereka tinggal di hotel di pekan berhampiran. Pada awalnya Anisah tidak perasan mengenai sikap abang dan kakak suaminya yang bermulut manis di hadapan bapa mereka.

Sehinggalah pada satu hari dia terdengar perbualan antara abang iparnya yang tidak berpuas hati tentang hasrat bapa mereka menyerahkan tapak dan rumah di kampung kepada suaminya. Disebabkan enggan menimbulkan perbalahan sesama adik-beradik, Anisah mengambil sikap berdiam diri. Sebelum itu, Anisah pernah menasihatkan Azizi agar pembahagian harta diuruskan ketika bapanya masih hidup.

Namun Azizi menolaknya dengan alasan percaya kepada darah daging sendiri. Sehinggalah bapa mentuanya menghembuskan nafas terakhir pada pertengahan Januari tahun lalu. Sangkaan Anisah memang tepat. Kubur bapa mentua masih merah, adik-beradik suaminya berebut harta. Abang-abang dan kakak-kakak suaminya mendakwa apa yang diwasiatkan bapa mereka sebelum ini tidak sah. Mereka tetap mahu harta pusaka bapa mereka dibahagikan mengikut faraid. Suami Anisah tidak membantah kerana percaya kaedah pembahagian harta pusaka secara faraid adalah paling baik.

Ini kerana kaedah ini menetapkan siapakah waris yang layak dan berapakah bahagian yang diperoleh setiap seorang secara khusus. Azizi berharap sebaik semua mendapat bahagian masing-masing, hubungan mereka adik beradik kembali pulih. Anisah mengakui suaminya mahu perkara tersebut diselesaikan secara baik. Azizi enggan memanjangkan perkara tersebut kerana tidak mahu silaturahim dengan saudara kandungnya terputus. Hanya disebabkan harta tidak seberapa itu, Azizi tidak mahu mereka adik-beradik terus bergaduh dan bermasam muka. Bagi Azizi, masih belum terlambat untuk dia mengubah situasi itu kembali mengeratkan silaturahim yang terputus sejak kematian bapa mereka.

Islam sendiri sangat mementingkan menjaga silaturahim bukan sahaja sesama ahli keluarga malah sesama manusia. Daripada Anas bin Malik bahawa Rasullullah SAW pernah bersabda: Sesiapa yang ingin dilapangkan baginya rezeki dan dipanjangkan untuknya umur, hendaklah dia menyambung silaturahim. (Riwayat al-Bukhari (5986) dan Muslim (2557 ).

Begitulah pentingnya bagi kita menjaga silaturahim dalam Islam, malah Allah menjanjikan ganjaan besar untuk orang yang sentiasa menjaga hubungan itu. Pastinya Azizi bakal mendapat ganjaran yang besar dari Allah atas pengorbanannya dan agar saudara-saudaranya tidak terputus silatulrahim. 

Berbanding dengan kisah lain

Atirah seorang suri rumah beranak 4, semasa ayahnya sakit dia banyak bantu arwah bapanya, dan bapanya hibahkan satu-satunya rumah pusaka milik bapanya. Rumah itu bernilai tinggi kerana lokasinya di kuala lumpur. Semasa hayat bapanya masih hidup, dia sudah pun tukarkan kepada nama Atirah sebagai hibah.

Jadi tidak timbul masalah perebutan harta pusaka, namum begitu. Rumah pusaka arwah bapanya didiami oleh kakaknya dan keluarga dan juga anak saudaranya dan keluarga. Mereka sudah tinggal lama di rumah pusaka itu sejak arwah bapanya masih lagi hidup. 

Hingga sekarang, mereka tidak mahu keluar dari mendiami rumah pusaka tersebut, walaupun mereka sedar mereka hanyalah menumpang, milik sebenar rumah itu sudah tukar. 

Demi menjaga silatulrahim antara saudaranya, Atirah tidak mampu menghalau mereka keluar dari rumah pusaka, malah rumah itu juga dibahagi-bahagikan kepada 3 bahagian, masing2 punyai dapur sendiri. Sebab kelembutan Atirah, saudara-saudara yang lain ambil kesempatan. 

Sekarang Atirah semakin memakan hati kerana rumah pusaka itu sesak dengan 3 keluarga, bilik air ada satu aja pula. 

Dari sini, kesimpulannya, adik beradik yang lain tidak mahu keluar dari rumah pusaka kerana mereka merasakan tidak adil kerana satu-satunya harta arwah diwariskan pada seorang anak perempuan saja, yang lain tidak mendapat apa-apa. Sebagai ibubapa kita kenalah bijak dalam buat perancangan. 

Jika kita punyai hibah takaful, kita boleh letakkan semua anak-anak dibahagikan sama rata atau ikut budi bicara kita sewaktu kita masih lagi hidup. Jadi bila kita meninggal aja juga harta dapat diwariskan pada anak-anak, berbanding jika diwariskan rumah pusaka semata.

Dapatkan info mengenai hibah takaful, anda boleh hibahkan pada isteri dan anak-anak dari RM50k hingga RM1juta. 

Hubungi

Siti Rahmah, AIA Public Takaful 0146377649 atau tekan link di bawah


Kisah Benar Tentang Harta Pusaka

 Zaman sekarang ramai orang boleh berubah di sebabkan oleh harta. Kurangnya iman dan ilmu perancangan mengenai harta pusaka kerap menimbulkan pertelagahan dalam kalangan keluarga, suami atau isteri.




Menyediakan hibah takaful untuk keluarga tersayang selepas kematian adalah sesuatu yang sangat baik, tetapi,  dengan perancangan yang betul, pemberian hibah ini boleh menjadi satu hadiah yang paling bermakna yg boleh ditinggalkan kepada waris. 


Hubungi Siti Rahmah untuk dapatkan konsultasi tentang pembahagian wasiat dan hibah