Dapatkan hibah dari Suami Anda Sebelum Jadi Ibu Tunggal


Hibah tidak boleh dicabar....

“Mengapakah mahu mencabar hibah sedangkan ia sudah jelas dan ada bukti hitam putih? Sekiranya ada penipuan, orang yang menipu itulah yang menanggung dosanya. Selagi penerima mempunyai bukti hitam putih yang sah, kita kenalah terima,” katanya.


Walaupun ada ketikanya berlaku hibah secara mulut sebagai contoh, suami memberitahu isterinya dia mahu menghibahkan rumahnya kepada si isteri, ia sebenarnya sudah sah. Jadi tidak perlu pertikai lagi.


“Saya terkenangkan ramai ibu tunggal yang kematian suami akhirnya hidup dalam keadaan sengsara sebab tidak tahu hak mereka dalam faraid. Paling utama, mereka tidak tahu boleh menerima hibah sebelum berlaku kematian. Mereka pula disuruh meninggalkan rumah walhal suami pernah beritahu, rumah itu diberi kepadanya.


“Ingatlah, hibah perlu dilakukan sewaktu hidup. Apa yang dibuat selepas kematian memanglah tidak boleh menjadi hibah kerana selepas kematian, semua harta menjadi harta pusaka dan ia tertakluk kepada faraid. Hibah diberi daripada seorang yang hidup, sedar dan berakal sihat kepada seorang yang sihat, sedar dan berakal juga. Ia sudah sah. Orang lain tidak boleh lawan sebab ia hibah dan berlaku ketika pemberi hidup,” katanya.


Ini bermaksud, apabila harta sudah dihibah secara sah, tetapi jika ada yang mahu merampasnya maka mereka yang terbabit itu melakukan dosa.


Makna hibah


Hibah ialah pemberian sukarela daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharap sebarang bentuk balasan. Ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita ingini sama ada waris atau bukan waris.


Perlu diingat, kesan daripada hibah, semua harta yang sudah dihibah akan terkeluar daripada harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut hukum faraid.


Semua orang wajar mempelajari hukum faraid dan hibah dengan mendalam secara berguru dan dapatkan nasihat daripada mereka yang bertauliah serta tidak menggunakan perkara ini untuk mencari keuntungan.


Hibah ada dua jenis iaitu:


1.Hibah mutlak


2.Hibah bersyarat (umra dan ruqba)


Di bawah hibah mutlak, ia berkuat kuasa serta-merta. Sekiranya penukaran hak milik sudah dibuat, ia terus menjadi hak si penerima. Penerima berhak membuat apa saja dengan haknya termasuk menjualnya. Dari sudut faraid pula, sekiranya penerima meninggal dunia, ia menjadi harta pusaka penerima.


Hibah bersyarat pula penghibah meletakkan sesuatu syarat sampingan bersama-sama.


“Boleh menggunakan hibah bersyarat. Sekali lagi, kita buatlah surat hitam putih sebagai bukti. Saksi adalah pilihan. Dalam surat hitam putih itu ditulis, hibah ini berkuatkuasa sebaik pemberinya meninggal dunia dan sekiranya penerima yang dipilih itu mati dahulu, ia kembali kepada pemberi supaya boleh diberikan kepada penerima baru. Jadi tidak wujud kerisauan sekiranya penerima mati dahulu daripada pemberi dengan menggunakan hibah bersyarat ini,” kata Ustaz Khairul.

Islam menggalakkan penganutnya menggunakan kaedah ini bagi mengelakkan sebarang pertikaian yang mungkin terjadi di antara keluarga, saudara mara dan pewaris apabila berlakunya kematian. Apabila hartanah seperti rumah telah dihibahkan kepada pasangan, sekurang-kurangnya tempat berteduh itu akan menjadi hak mutlak pasangan.

Perlu diingat yang harta hibah tak termasuk di dalam kategori harta pusaka. Di Malaysia, hibah boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

Hibah Mutlak - Harta menjadi milik si penerima sepenuhnya berkuat kuasa serta merta.

Hibah bersyarat (Umra dan Ruqba) - Hibah Umra adalah hibah yang bersifat sementara Hibah Ruqba adalah hibah bersyarat apabila berlaku kematian salah seorang pemberi atau penerima hibah.

Hibah amanah - Menggunakan khidmat pemegang amanah yang dilantik sebagai pemegang kuasa seperti orang perseorangan, badan berkanun atau institusi sehinggalah penghibah bersedia menyediakan hibah atau meninggal dunia.

---------------iklan------------------
Anda mengalami Masalah Pengurusan Keewangan? Dapatkan khidmat konsultasi Takaful, Hibah, Wasiat dan Perancangan Persaraan secara percuma sebelum anda buat keputusan. Buat keputusan yang bijak! Survey dahulu.
Hubungi (Rahmah Financial Service Consultant) 014 6377649 atau tekan link bawah

No comments:

Post a Comment