AIA Mediflex Pelan Perubatan



Pada masa di mana kos perubatan meningkat, kami percaya dalam menyediakan anda dengan penyelesaian perubatan yang bukan sahaja memenuhi keperluan perlindungan perubatan anda tetapi juga berada dalam kemampuan kewangan anda. Kami memahami bahawa keperluan penjagaan kesihatan setiap individu adalah unik, dan kami berusaha untuk menawarkan penyelesaian yang mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan kewangan anda.

A-Life MediFlex-i, penyelesaian perubatan yang fleksibel dan mampu milik yang bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat tetapi juga menyediakan perlindungan perubatan yang lengkap semasa menghadapi penyakit dan mengutamakan pemulihan pelanggan.

Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh kami dibina di atas 3 tiang penting - Hidup Sebaiknya, Lindungi Sebaiknya dan Pulih Sebaiknya yang mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan anda. Anda boleh HIDUP SEBAIKNYA dengan menjaga kesihatan anda secara proaktif, LINDUNGI SEBAIKNYA dengan mempunyai perlindungan yang mencukupi terhadap perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka dan PULIH SEBAIKNYA dengan menerima perkhidmatan segera dan berkualiti. Dengan pelan kami, anda boleh berasa tenang, mengetahui bahawa anda dilindungi daripada beban kewangan akibat peningkatan kos perubatan.


A-Life MediFlex-i menyediakan Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh yang lengkap dan mampu dimiliki

Takaful ialah skim saling bantu-membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan, persaudaraan dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk membuat sumbangan berdasarkan Tabarru‘ (derma) ke dalam dana, iaitu Dana Risiko Peserta (DRP), yang akan digunakan untuk saling bantu-membantu di saat diperlukan. AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC Takaful) sebagai Pengendali Takaful diamanahkan untuk melabur dengan sewajarnya dan menguruskan dana ini dengan baik berdasarkan strategi pelaburan yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah.

A-Life MediFlex-i merupakan pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan dengan caruman berkala yang menyediakan perlindungan bagi penghospitalan dan perbelanjaan pembedahan dengan tiada had seumur hidup sehingga Orang Dilindungi berumur 100 tahun.

Health Rewards dengan AIA Vitality

Sertai AIA Vitality i  untuk menikmati faedah tambahan Health Rewards tanpa perlu membayar caruman tambahan. Dapatkan mata AIA Vitality untuk setiap usaha yang anda lakukan untuk kekal sihat. Lebih banyak mata yang anda perolehi, lebih tinggi status AIA Vitality anda, sekaligus memberi anda ganjaran yang lebih baik. Health Rewards yang boleh anda nikmati termasuk:


 Pelanggan boleh mendaftar keahlian untuk AIA Vitality dengan yuran RM10 sebulan. Jadi, lebih banyak usaha yang anda lakukan untuk menjaga kesihatan anda, lebih baik faedah Health Rewards yang anda akan nikmati!





Pelan fleksibel sesuai dengan belanjawan dan keperluan anda





















Maka, persiapkan diri sebelum penyakit itu menjadi semakin terkesan dan anda sudah tidak layak untuk memiliki takaful hibah ataupun medikal kad. Jadi dapatkan perlindungan untuk anda dan keluarga. Hubungi saya.




No comments:

Post a Comment