Berapa Kos Rawatan Patah Tangan, Kaki?



Anda seorang rider motosikal? pemamdu kereta. Anda mungkin terdedah pada risiko kemalangan. Jadi jika ada saudara mara anda yang sudah patah kaki, tangan. Anda pun nak tahu berapa agak2 kos rawatan mereka kan? Sebelum ambik sikit ilmu dahulu dari Dr pakar.

Pembedahan penyambungan tulang menggunakan implan atau kerangka besi merupakan satu prosedur dalam memulihkan kembali struktur tulang yang patah selepas berlakunya kemalangan.

Sebelum prosedur pembedahan ortopedik ini dilakukan, setiap pesakit harus dinilai secara menyeluruh untuk memastikan mereka cukup sihat untuk menjalani pembedahan. Proses ini biasanya dilakukan oleh pakar-pakar yang berkaitan seperti pakar bius. Ini perlu bagi memastikan pesakit tidak terdedah kepada bahaya ketika pembedahan dilakukan.

Ia berdasarkan keperluan dan keutamaan pesakit, andainya situasi berkenaan boleh merisikokan nyawa terutama anggota vital seperti jantung, saraf dan saluran darah, ada kemungkinan pembedahan penyambungan tulang akan ditangguhkan.

Dalam pembedahan tulang akibat kecelakaan atau kemalangan, terdapat dua kaedah pembedahan yang sering dipraktikkan oleh doktor ortopedik iaitu implan yang diletakkan di dalam tulang atau di pasang di luar anggota badan.Kedua-dua kaedah tersebut digunakan mengikut keperluan atau syarat tertentu bergantung kepada tahap kecederaan pesakit.

Menurut Pakar Ortopedik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (PPUKM), Prof Madya Dr Mohd Yazid Bajuri.

Tambah Dr Yazid lagi, tempoh pemulihan tulang yang patah juga bergantung kepada anggota yang terbabit sama ada di bahagian atas atau pinggul dan ke bawah.

“Pesakit juga perlu ketahui bahawa tulang yang patah di bahagian atas lebih mudah sembuh berbanding bahagian anggota pinggul ke bawah kerana ia tidak membawa beban tubuh.

“Berlainan dengan bahagian pinggul dan kaki, bahagian ini memerlukan tidak kurang dari 12 minggu hingga ke enam bulan untuk sembuh. Sementara itu, anggota bahagian atas seperti tangan atau bahu mampu pulih lebih cepat iaitu di antara enam minggu hingga ke tiga bulan.

“Perlu diingatkan, ia juga bergantung kepada komitmen pesakit ketika menjalani rawatan termasuklah menghadiri sesi fisioterapi. Patah tulang tidak bermakna pesakit hanya mampu terbaring, sebaliknya mereka perlu melakukan pergerakan ringan yang dibenarkan bagi mengelakkan fungsi otot dan sendi menjadi kaku,” katanya.

Faktor lain yang mempengaruhi proses pemulihan tulang patah akibat kemalangan antaranya termasuklah pesakit yang mempunyai gaya hidup sihat selain bebas penyakit.

Setelah pembedahan berikut adalah Kos rawatan fisiologi di hospital kerajaan


https://www.moh.gov.my/




Kos tambahan yang juga perlu anda bayar

Perlu diingat bahawa kos rawatan yang dinyatakan seperti di atas hanyalah untuk kos servis rawatan semata-mata. Anda masih perlu membayar kos-kos berkaitan yang lain seperti yuran konsultasi, yuran pendaftaran, caj harian wad, bayaran X-ray, ujian darah dan lain-lain lagi.

Jika di hospital kerajaan, anda hanya perlu membayar RM1 bagi yuran konsultasi, tetapi anda perlu membayar antara RM30 hingga RM250 bagi perkhidmatan yang sama di hospital swasta.

Bagi yuran pendaftaran kemasukan ke hospital, anda hanya perlu membayar antara RM15 hingga RM35 bagi kemasukan di hospital kerajaan. Manakala jika di hospital swasta, anda perlu membayar yuran kemasukan antara RM500 hingga RM2,000, atau 6% hingga 10% daripada kos keseluruhan pembedahan anda. 






Akibat mengalami sakit, ramai yang bakal kehilangan pekerjaan dan menyebabkan penurusan taraf kehidupan yang drastik. Bijaklah dalam merancang keewangan. Semasa anda masih lagi sihat dan boleh bekerja. Masa inilah yang terbaik untuk anda buat perancangan bila andan terkena kemalangan, diserang berbagai jenis penyakit virus, kanser dan berbagai lagi.





No comments:

Post a Comment