Cuma satu perkara yang kena ambil perhatian; jangan sampai lalai dengan peluang “duit mudah” hari ini, hingga memperjudikan masa depan yang lebih panjang. Ramai yang tersangkut dengan kerjaya ini, tapi tak fikirkan masa depan 10 tahun akan datang.
Kerja macam Grab Driver / Rider, pada saya ia bahaya kalau kita jadikan sebagai kerjaya jangka panjang.
Walaupun boleh dapatkan duit yang jauh lebih lumayan berbanding masuk kerja sebagai fresh grad (dengan kelulusan Diploma atau Ijazah), tapi ia akan merugikan dalam jangka panjang. Kerja sebagai Grab Driver, hakikatnya adalah “driver” (pemandu) sahaja, sama macam pemandu teksi. Untuk bayar upah kepada pemandu teksi, adakah kita sanggup bayar upah yang lebih mahal kepada pemandu teksi yang sudah 15 tahun berpengalaman berbanding yang baru 5 tahun? Tentu sekali "Tidak". Sebab ianya tak ada beza.
Makin tinggi jawatan seseorang, makin ringan kudrat yang digunakan untuk bekerja, tetapi makin berat beban untuk berfikir dan memimpin.
Apa yang setiap orang yang bekerja makan gaji kena tahu, pekerja yang ada pengalaman kerja yang bagus, majikan bayar mahal bukan kerana KUDRAT, tetapi kerana OTAK dan SKILL (khususnya dalam memimpin pasukan).
Tak lama lagi pula ada Artificial Intelligent. Orang akan guna drone nak hantar barang, makanan. Teksi pula jadi driver less.
Tambahan pula ramai di kalangan anak muda bawa grab, teksi, motor tak ada insuran medikal kad. Tapi bila kita tengok depa bawa motor bahaya woiiii..... silap sikit aja boleh patah kaki, tangan.
Kalau dah ada famili tu, eloklah beli hibah, takaful, kalau terjadi kemalangan ada cover untuk belanja isteri dan anak-anak.
No comments:
Post a Comment