Perlindungan Takaful bolehkan anda mendapat bantuan ketika menghadapi musibah seperti sakit, kemalangan, lumpuh mahupun kematian. Memanglah dah kena musibah, kalau ada takaful, kuranglah sikit beban anda.
Perlindungan Takaful juga membantu uruskan masa depan ahli keluarga terutama isteri dan anak-anak sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada diri sendiri sebagai main income dalam keluarga.
Sekiranya kita tidak dilindungi oleh perlindungan Takaful, besar kemungkinan segala perbelanjaan kos perubatan terpaksa ditanggung menggunakan wang simpanan sendiri, tiba-tiba jadi pokai sebab bayar bil hospital.
Bayangkan, sekarang ni, bila demam aja nak cepat dapatkan ubat, pergi swasta biasa-biasa aja dah cecah RM100. Itu biasa-biasa ja... belum lagi operation. Tak kan nak tangguh2 kan...
Jangan tangguh-tangguh, nanti tiba-tiba terkena musibah sendiri yang menyesal. Anda nak mendapatkan perlindungan perubatan mahupun perlindungan hayat, ia bukanlah sesuatu yang patut ditangguhkan. Namun, ramai yang mengambil masa yang lama untuk memiliki perlindungan takaful, mungkin kerana kurang kesedaran atau akan mengalami pengurangan pendapatan setiap bulan atau ianya bukan keutamaan mereka. Mengikut statistik Bank Negara pada tahun 2018, hanya 50% rakyat Malaysia yang bekerja mempunyai pelan perlindungan.
Dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, mengira belanjawan dan bajet untuk seluruh isi rumah adalah satu perkara yang mencabar. Justeru, pembiayaan terhadap perlindungan Takaful haruslah dilihat sebagai antara aspek yang perlu dititik beratkan.
Malah, sekiranya anda mempunyai orang lain yang bergantung kepada anda, anda perlu mengutamakan perlindungan Takaful sebelum berfikir untuk menambahkan pendapatan anda.
Berikut adalah tips untuk membeli perlindungan Takaful dengan bajet yang terhad untuk memastikan semua ahli keluarga mendapat perlindungan yang maksima.
- MENGUTAMAKAN PERLINDUNGAN TAKAFUL MENGIKUT KEPERLUAN KEHIDUPAN ANDA.
-DAPAT GAJI TOLAK TERUS DIRECT DEBIT TAKAFUL
- MEMAHAMI DASAR PERLINDUNGAN TAKAFUL YANG BERBEZA DAN MEMBELI POLISI YANG SESUAI UNTUK BAJET ANDA.
-JANGAN BELANJA LEBIH UNTUK MAKANAN
-JANGAN BELANJA LEBIH UNTUK MAINAN ANAK-ANAK
-JANGAN BELANJA LEBIH UNTUK PAKAIAN
-KURANGKAN MAKAN DI LUAR
-BANYAKKAN MAKAN YANG BERKHASIAT
- MENGURANGKAN PERBELANJAAN KECIL.
- MENGEKALKAN KESIHATAN BAGI MENGURANGKAN KOS PERLINDUNGAN TAKAFUL.
- MENIMBANGKAN BAJET PERLINDUNGAN TAKAFUL UNTUK MASA DEPAN.
- PERLINDUNGAN UNTUK SEMUA.
Contohlah Dahulu, mereka yang disahkan menghidap kanser ibarat mautlah kerana peluang untuk penyakit terbabit sembuh sangat tipis dan ada yang tidak mampu diubati. Tapi sekarang dah lain, kemajuan teknologi dalam bidang perubatan mengubah tanggapan negatif itu dan semakin ramai pesakit kanser dapat dipulihkan, malah kadar peluang untuk mereka terus hidup masih tinggi.
Rawatan hospital dan alternatif bolehkan anda cepat sembuh dari kanser. Tapi ongkosnya perlu wak....
Sebab sekarang, kanser bukan lagi penyakit yang menakutkan sebaliknya kos bagi membiayai rawatan penyakit terbabit yang menghantui hidup pesakit kanser. Kembali lagi sebab tulah... kalau setakat RM100 setiap bulan tu beban untuk anda, fikirkan beban nak bayar kos rawatan anda nanti.
Kos rawatan hospital kerajaan dan swasta pula semakin meningkat. Hospital kerajaan pun tak mampu tanggung dah... Kalau anda kena kemalangan patah kaki, besi, tongkat, semua kena beli sendiri. Lepas tu bila dah sakit, siapa nak sara bayar keperluan rumah dan anak2 kalau anda ambil takaful hibah dapat RM10,000 minima bro boleh cover anak-anak. Bila dah sihat boleh sambung kerja.
Ingat, jangan tambah beban cari along untuk buat pinjaman. Kesian pada anak-anak nanti bro
No comments:
Post a Comment