Apa itu Harta Pusaka Kecil?
Tak payahlah buat wasiat, bukannya banyak harta pun...? Sebenarnya ramai orang berpendapat seperti anda. Hakikatnya Menteri Tenaga dan Sumber Asli Malaysia, Datuk Seri Takiyuddin Hasan berkata bahawa jumlah kes tunggakan pembahagian harta pusakakini mencecah 72,348, kata Menteri Tenaga dan Sumber, Datuk Seri Takiyuddin Hasan.
Daripada jumlah itu, beliau berkata, kes tunggakan tertinggi dicatatkan di Kedah dengan 13,423 kes diikuti Selangor (10,358) dan Kelantan (7,414).
Harta Pusaka Kecil merupakan harta yang ditinggalkan oleh Si Mati tanpa meninggal Wasiat.
Ciri-ciri Harta Pusaka Kecil adalah:
1) Jumlah nilaian keseluruhan harta kurang daripada RM 2 Juta.;
2) Terdiri daripada harta tak alih (tanah/rumah) sahaja; atau
3) Campuran harta tak alih (tanah/rumah) dan harta alih (wang tunai/ saham/ kenderaan/Takaful/insuran)
(Sumber Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) Sek. 3(2) Akta 98)
Kes Harta Pusaka Kecil
10 Aliran Proses Pentadbiran Harta Pusaka Kecil:
1) Berlaku kematian.
2) Harta milik si mati dibekukan.
4) Penyediaan dokumen dan borang permohonan surat kuasa mentadbir dan pembahagian. Perbicaraan (Borang A dan Borang P) di Unit Pembahagian Pusaka (UPP) di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)
5) Unit Pembahagian Pusaka memproses permohonan.
6) Mendapat Notis Perbicaraan.
7) Hadiri perbicaraan dan membawa dokumen asal.
8) Dapat Perintah Pembahagian / Surat Kuasa Mentadbir (Distribution Order).
9) Penyelesaian hutang, pembahagian dan pindahmilik harta pusaka kepada ahli waris.
10) Pentadbiran Harta Pusaka Selesai.
Proses Pengurusan Harta Pusaka Kecil ini mengambil masa minimum 4 bulan dan tertakluk kepada:
(1) Kelancaran penyediaan dokumen.
(2) Tarikh perbicaraan.
Perkhidmatan as-Salihin Trustee Berhad dalam Pentadbiran Harta Pusaka Kecil :
1) Membantu waris untuk permohonan Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).
2) Memberi panduan kepada waris tentang kaedah pentadbiran dan pengagihan harta pusaka.
3) Memberi panduan dan nasihat kepada waris Si Mati mengenai prosedur dan proses perbicaraan di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).
Apabila seseorang meninggal dunia tanpa Wasiat, seorang pentadbir atau beberapa orang pentadbir mestilah dilantik untuk mentadbir harta simati.
Pentadbir akan menghimpunkan semua harta serta menyelesaikan hutang si mati termasuklah hutang dunia dan akhirat serta mengagihkan lebihan harta si mati menurut hukum Syariah.
Prosedur-prosedur yang ditetapkan untuk permohonan perlantikan Pentadbir dan tugas-tugas serta tanggungjawabnya adalah tertakluk kepada undang-undang berkenaan, dimana yang paling utama adalah Akta Probet dan Pentadbiran 1959.
Dapatkan khidmat As Salihin sebagai wakil anda untuk mentadbir Harta Pusaka. Klik link
No comments:
Post a Comment