Medical card pada zaman ini bukan lagi kehendak tetapi ia merupakan satu keperluan buat kita, mengapa ? Kos perubatan meningkat saban tahun dan buktinya kita sudah disaksikan di hospital kerajaan peningkatan caj dan kebanyakkan servis bukan lagi percuma pada masa kini. Inflasi kos perubatan sebanyak 15% setahun dan di dalam pembentangan bajet setiap tahun ada dinyatakan inflasi perubatan.
Kerajaan dah tak mampu lagi menanggung kos perubatan yang meningkat. Jadi kita dah tak ada pilihan lain selain dari mengambil insuran takaful untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Adakah kita faham maksud Inflasi?
Cuba tengok zaman dulu duit RM1 boleh beli macam-macam, zaman sekarang camne?
Macam kita bayar kad prepaid untuk dapatkan servis line, zaman sekarang ni kita sudah masuk fasa bayar bil insuran perubatan setiap bulan untuk dapatkan servis hospital, kita tak akan guna setiap bulan, tapi dalam masa 1-10 tahun kita berkemungkinan besar untuk dapatkan rawatan hospital, yang mana kalau kita tak ada insuran kita bakal kehilangan banyak simpanan, bakal meminjam, bakal meminta derma utk kos rawatan, bakal muflis itu belum lagi masuk keruntuhan rumah tangga akibat tidak dapat menanggung beban menjaga orang sakit pada masa sama kena cari nafkah untuk menanggung hidup.
Pertama sekali , anda harus jelas apakah fungsi medical card ?
Medical card merupakan salah satu alat kewangan (financial tools) yang di jadi kan sebagai perlindungan (safety net) bagi melindungi kewangan anda apabila anda menghidapi penyakit dan perlu mendapatkan rawatan di hospital. Orang yang kaya, faham kepentingan medikal kad, kerana mereka nak jaga asset mereka agar tidak rugi walhal mereka sebenarnya mampu bayar kos perubatan secara cash. Tapi orang yang tak faham, orang biasa-biasa pertengahan yang mengangap takaful medikal kad tak penting, bila dah sakit baru nak cari takaful agen biasanya dah terlambat. Terpaksalah menanggung kos rawatan sendiri.
Medical card akan mengambil alih risiko untuk anda ‘terpaksa’ mengeluarkan simpanan atau meleburkan aset sedia ada bagi menanggung kos dan bil hospital anda. Dengan ini, medical card akan menanggung kesemua kos dan bil hospital anda tanpa memberi impak kepada kewangan, simpanan dan aset anda.
Medikal kad adalah kad yang dikeluarkan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful anda yang membolehkan anda mendapatkan perkhidmatan perubatan tertentu, di hospital yang telah ditetapkan oleh pelan insurans anda. Perkhidmatan perubatan juga boleh didapati tanpa perlu membuat bayaran tunai, selagi premium bagi pelan anda berterusan.
Pelan perlindungan Medikal Kad terbaik menawarkan apa yang anda perlu pada harga yang berbaloi dan mampu milik ikut bajet keewangan anda. Tetapi, kita perlu diambil kira sebelum pilih pelan medikal kad terbaik yang sesuai dengan keperluan anda. Pelan yang terbaik yang kita nak mesti ada perlindungan yang komprehensif, pelan Medikal Kad terbaik memainkan peranan dalam melindungi anda dan ahli keluarga daripada pelbagai risiko selain menjamin keselesaan dan kesenangan masa depan.
No comments:
Post a Comment