AIA Life Ikhtiar Child Solution Apa Kelebihannya? Takaful Untuk Anak


Pentingkah takaful untuk anak? Menjadi satu kerugian sekiranya ibu dan ayah tidak memberikan yang terbaik buat anak. Beringat dan berjaga-jaga, anak juga perlu perlindungan takaful. Bukan untuk dewasa sahaja. Amat jarang kita lihat ibu bapa yang mengambil takaful perubatan untuk anak mereka. Kebanyakan ibu bapa mementingkan hal keperluan dan kemahuan anak seperti makanan, susu formula, pakaian dan sebagainya lagi. Tidak dinafikan, itu memang keperluan penting.

Sebagai ibu bapa atau bakal ibu bapa, menyediakan titik permulaan kehidupan yang baik untuk anak anda menjadi keutamaan anda. Oleh itu, anda berhasrat untuk memberi anak anda perlindungan takaful seawal mungkin, kerana musibah akan melanda tidak mengenal usia. Tuhan pasti menguji hambaNya, kita hendaklah berusaha dan bertawakal.














A-Plus ParentCare Xtra-i melindungi anda sebagai Ibu / Bapa dengan memberikan sokongan
kewangan yang sangat diperlukan kepada anak anda dengan membayar faedah sekali gus
sekiranya berlaku Kematian atau HUMK yang tidak dijangka sebelum anak anda mencapai
usia 25 tahun.









Bertindak sekarang lindungi anak-anak anda. 



Pelan ini tidak melindungi kejadian-kejadian berikut: 

Kematian disebabkan oleh: • Bunuh diri, sama ada semasa waras atau tidak waras, dalam tempoh satu (1) tahun dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, mana-mana yang lebih kemudian. 

Kematian Akibat Kemalangan disebabkan oleh:

• Mendedahkan diri kepada bahaya dengan sengaja atau perbuatan yang dilakukan ke atas diri sendiri semasa waras atau tidak waras; atau

• Serangan atau pembunuhan atau akibat peperangan (yang diisytiharkan atau tidak), revolusi, rusuhan dan kekacauan awam, mogok atau aktiviti pengganas; atau 

• Perbuatan salah seperti melanggar undang-undang atau cubaan untuk melanggar undangundang atau melawan penahanan, penglibatan di dalam pergaduhan, perlumbaan melibatkan kenderaan beroda atau kemalangan yang diakibatkan oleh pengaruh alkohol atau dadah; atau 

• Memasuki, keluar daripada, mengoperasi, menyelenggara atau diangkut oleh sebarang alatan atau kenderaan udara melainkan apabila Orang Yang Dilindungi merupakan seorang penumpang yang membayar tambang atau seorang anak kapal di atas penerbangan komersil yang membawa penumpang menggunakan laluan penumpang yang biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal disebabkan oleh: 

• Mendedahkan diri kepada bahaya dengan sengaja atau perbuatan yang dilakukan ke atas diri sendiri semasa waras atau tidak waras; atau 

• Serangan atau pembunuhan atau akibat peperangan (yang diisytiharkan atau tidak), revolusi, rusuhan dan kekacauan awam, mogok atau aktiviti pengganas; atau 

• Perbuatan salah seperti melanggar undang-undang atau cubaan untuk melanggar undangundang atau melawan penahanan, penglibatan di dalam pergaduhan, perlumbaan melibatkan kenderaan beroda atau kemalangan yang diakibatkan oleh pengaruh alkohol atau dadah; atau 

• Memasuki, keluar daripada, mengoperasi, menyelenggara atau diangkut oleh sebarang alatan atau kenderaan udara melainkan apabila Orang Yang Dilindungi merupakan seorang penumpang yang membayar tambang atau seorang anak kapal di atas penerbangan komersil yang membawa penumpang menggunakan laluan penumpang yang biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan; atau 

• Hilang upaya yang telah sedia ada yang disebabkan keadaan fizikal atau mental dan keadaankeadaan sedia ada yang telah wujud sebelum Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana lebih kemudian. • Sebarang kecacatan kongenital yang telah muncul atau telah didiagnos sebelum Orang Yang Dilindungi mencapai umur tujuh belas (17) tahun untuk Sijil Takaful yang diluluskan semasa Orang Yang Dilindungi masih dalam kandungan.


Penyakit Kritikal disebabkan oleh: 

• Keadaan sedia ada sebelum Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana kemudian; atau 

• Kanser, Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Arteri Koronari, Penyakit Arteri Koronari Serius, dan Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari, dengan tanda-tanda atau gejala-gejala, yang pertama kali berlaku dalam tempoh 60 hari selepas Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana kemudian; atau 

• Semua penyakit kritikal lain dengan tanda-tanda atau gejala-gejala, yang pertama kali berlaku dalam tempoh 30 hari selepas Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana kemudian; atau 

• Penyakit kritikal yang didiagnosis secara langsung atau tidak langsung yang disebabkan oleh kecacatan kongenital atau penyakit yang ditunjukkan dengan jelas atau didiagnosis sebelum umur 17 tahun; atau 

• Diagnosis dengan Hepatitis Viral Fulminan, Kanser, Ensefalitis, Meningitis Bakteria, Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk atau Penyakit Terminal (Membawa Maut) disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), atau jangkitan oleh sebarang Virus Kurang Daya Tahan Penyakit (HIV). 


No comments:

Post a Comment