Beza Hospital Kerajaan dan Swasta


Bila tiba time raya hospital jadi penuh dengan pesakit. Itulah yang berlaku setiap kali musim raya. Jadi Pada 12 April 2023 video oleh doktor perubatan, Dr. Malar Santhi Santherasegapan di TikTok berkata, selain keadaan katil di hospital penuh, jumlah mereka yang menunggu di jabatan kecemasan juga ramai berikutan rakyat Malaysia tidak sihat.

“Anda semua tahu tak hospital seluruh Malaysia penuh, katil penuh. Seorang keluar pukul 2 petang, pukul 2.05 petang dah ada pesakit baharu masuk. Yang tunggu di jabatan kecemasan saja saya rasa 20, 30 orang atau 30, 40 orang.

“Nak tampung kesesakan ini, klinik kesihatan dibuka sampai… saya tak tahu 9 atau 10 malam. Anda semua tahu kenapa? Sebab rakyat sangat-sangat tak sihat. Batuk, demam, selesema, sakit tekak, muntah, cirit-birit selain sakit perut.

“Tak cukup dengan itu, denggi, tifoid, gula tinggi, gula terlampau rendah, pengsan, bergaduh di rumah dan macam-macam. Hospital dah penuh, anda semua kena jaga kesihatan sendiri kalau tak nak bersesak beratur menunggu,” tegasnya dalam hantaran video semalam.

Pernahkah kita terfikir yang duit simpanan kita mungkin terpaksa dikeluarkan apabila kita menghidap penyakit yang memerlukan pembedahan. Ya memang benar Hospital Kerajaan mengenakan caj yang minimum untuk merawat penyakit. Tetapi ini bermakna Hospital Kerajaan juga sangat sesak. Terdapat keadaan di mana pesakit-pesakit terpaksa menunggu untuk ditempatkan di wad kerana wad masih penuh. Bila dah terdesak adakah kita masih lagi mampu menunggu atau nak cari solusi di private hospital?




Penyanyi popular Elyana dalam kenyataannya kepada media sebelum ini turut menyarankan orang ramai yang berkemampuan dan mempunyai masalah kesihatan supaya mengambil pakej insurans tertentu untuk pembiayaan kos rawatan ketika di hospital.

“Bila ada insurans, percayalah kita tak akan tertekan mana nak cari duit untuk bayar segala bil hospital nanti. Nak masuk hospital pun senang tak perlu tunggu lama. Insurans banyak membantu dan menyokong saya dalam pelbagai aspek hidup. Saya bersyukur mempunyai insurans,” katanya.



Senada dengan pelantun lagu Kalis Rindu itu ialah perunding kewangan peribadi, Afyan Mat Rawi yang menyifatkan masih ­ramai dalam kalangan masyarakat mengabaikan kepentingan perlindungan ­insurans kesihatan.

“Walaupun mereka sedar kos kesihatan semakin hari semakin tinggi, namun tidak meletakkannya sebagai prioriti.

“Jika insurans kesihatan dibeli pada usia muda ketika kita masih sihat, maka jumlah premium akan menjadi lebih rendah berbanding di usia dewasa.

“Tidak semua perlindungan insurans kesihatan itu mahal, malah masih ada syarikat insurans yang menawarkan pelan komprehensif dengan harga mampu milik dan boleh ­dinikmati semua peringkat ­demografi masyarakat,” katanya.

Tuntasnya, tepuk dada tanyalah selera. Jangan sampai terlalu mengejar kemewahan dan materialistik, soal kesihatan diletak ke tepi. Kita letakkan perlindungan kesihatan didahulukan sebelum belanja yang lain. Sama ada kita pilih hibah atau medikal kad, sekurannya ada juga perlindungan tatkala kecemasan. Samaada dari aspek rawatan atau wang pampasan semuanya membantu tatkala kita berada dalam terdesak. Jadi jangan bertangguh, lambat laun kita bakal diuji dengan musibah satu masa nanti. 

Perbezaan dari sudut Kos


Hospital Kerajaan




Hakikatnya, layanan di hospital kerajaan memanglah kurang baik berbanding dengan swasta. 

1) Tunggu lama untuk jumpa doktor
2) Tidak boleh terus jumpa doktor pakar
3) Tunggu lebih lama untuk operation - tanya sendiri pada orang yang dah alami operation pembedahan di hospital kerajaan berapa lama mereka tunggu. Ada yang sampai berbulan. 
4) Doktor Pakar banyak di hospital swasta sebab bayaran gaji lebih lumayan. 
5) Banyak doktor pelatih di hospital kerajaan menyebabkan banyak ujian klinikal dan ubatan. 
6) Doktor di hospital kerajaan banyak adalah tempat housemanship, tempat para pelajar doktor yang baru, mereka tidak berpengalaman, tapi ada bimbingan dari doktor pakar. Mereka bekerja lebih masa dan ada yang tak cukup tidur, sebab itu kita tak boleh nak expect mereka boleh layan kita macam di hotel ya. Jadi berpada-padalah kesian pada mereka. 

Kalau kita nak rawatan yang pantas dari doktor pakar, maka kita boleh ke hospital swasta. Tapi kalau kita tak mampu, hospital kerajaan pun boleh yang penting kita dapat rawatan. Takaful bukan saja untuk anda pergi ke hospital swasta, tapi pampasan diri sendiri bila terkena penyakit kritikal seperti jantung, paru-paru dan kanser, kita boleh dapat RM50k min untuk uruskan keluarga dan diri kita yang dah tak boleh kerja berat atau terlantar di hospital atau rumah.





No comments:

Post a Comment