Pelan Takaful & Pelaburan Enrich Gold

 


Kita mempunyai harapan dan impian untuk masa depan. Sama ada melibatkan pembelian kereta baru, rumah baru, pendidikan anak-anak anda atau rancangan persaraan, anda perlu mempunyai penyelesaian kewangan yang membantu anda menzahirkan matlamat anda. 

A-EnrichGold-i adalah pelan simpanan dengan tempoh bayaran pendek yang menyediakan perlindungan Takaful dan keuntungan pelaburan berpotensi, yang membolehkan anda memaksimumkan pulangan ke atas wang anda.

Adakah anda mencari simpanan jangka masa pendek untuk memberi anda pendapatan bagi menampung keperluan peringkat kehidupan yang berbeza? Adakah anda mempunyai impian-impian tertentu untuk dicapai di dalam peringkat kehidupan anda, seperti persaraan awal, menghantar anak-anak anda ke kolej, menunaikan ibadah Haji, Umrah atau ziarah? Realisasikan matlamat anda melalui A-EnrichGold-i, pelan pertama seumpamanya di dalam industri Takaful yang menawarkan pelan simpanan dan tempoh pembayaran caruman singkat yang menawarkan kedua-dua Faedah Gaya Hidup dan potensi pertumbuhan dalam dana yang dilaburkan. Digabungkan dengan perlindungan Takaful sekurang-kurangnya 200% dari Jumlah Dilindungi Asas atas kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal dan Faedah Matang, A-EnrichGold-i direka untuk membantu keperluan kewangan anda untuk mencapai matlamat kehidupan yang diimpikan.

Tempoh Pembayaran Caruman Singkat

Terdapat 2 jenis pelan untuk pilihan anda:

 Jenis 1 : Dengan 10 tahun Caruman, anda boleh menikmati faedah perlindungan sehingga 25 tahun, 10Pay25. 

 Jenis 2 : Dengan 20 tahun Caruman, anda boleh menikmati faedah perlindungan sehingga 30 tahun, 20Pay30.

Peningkatan Faedah Gaya Hidup

Anda boleh menikmati peratusan dari Jumlah Dilindungi Asas untuk Faedah Gaya Hidup berjadual bermula dari akhir Tahun Sijil ke-2, dan ia akan meningkat sehingga sijil anda mencapai tempoh matang. • Peningkatan Faedah Gaya Hidup adalah seperti berikut:







Apa Yang Best??
  • Anda boleh menokok simpanan bila anda punyai wang lebihan
  • Anda boleh mengeluarkan wang anda apabila diperlukan












Asas kepada kontrak
Pelan ini adalah berdasarkan konsep Syariah iaitu Tabarru’ di mana Peserta-peserta menyumbang sebahagian dari Caruman Takaful mereka ke dalam Dana Risiko Peserta (DRP) bagi bantuan bersama.

• Mengikut kontrak Ju’alah, Lebihan yang wujud (jika ada) dari DRP akan diagihkan kepada peserta-peserta yang layak (50%) dan AIA PUBLIC (50%) sebagai Ujrah (yuran prestasi) bagi menguruskan dana secara efektif hingga menjana Lebihan.
• Pelan ini juga berdasarkan kontrak Syariah iaitu Wakalah bi al-Istithmar dimana Peserta melantik AIA PUBLIC untuk menjalankan aktiviti pelaburan bagi Dana Pelaburan Peserta (DPP). Sekiranya Peserta memilih Faedah Gaya Hidup Terkumpul, AIA PUBLIC akan memperuntukkan Faedah Gaya Hidup tersebut ke dalam DTP untuk pengumpulan dan pelaburan 

Apakah itu A-EnrichGold-i?

A-EnrichGold-i merupakan produk perlindungan Takaful yang patuh Syariah yang terdiri daripada Takaful Keluarga Biasa dan bahagian berkaitan pelaburan yang memberikan anda Faedah Gaya Hidup yang meningkat dan nilai matang. Ia juga memberikan anda potensi pulangan pelaburan yang meningkat dan fleksibiliti di dalam menguruskan simpanan anda.

 Tambahan daripada itu, ia juga memberikan perlindungan ke atas kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) dan perlindungan Takaful berganda bagi kematian dan HUMK akibat kemalangan.

Siapa yang layak dilindungi di bawah A-EnrichGold-i?
Pelan ini boleh disertai oleh individu yang berumur di antara 14 hari sehingga 65 tahun.

Apakah tempoh caruman dan perlindungan untuk A-EnrichGold-i?

Jenis 1 : Tempoh caruman selama 10 tahun dan faedah perlindungan selama 25 tahun, 10Pay25. 

Jenis 2 : Tempoh caruman selama 20 tahun dan faedah perlindungan selama 30 tahun, 20Pay30.

Apakah Jumlah Dilindungi minimum untuk A-EnrichGold-i?
Jumlah Dilindungi minimum untuk A-EnrichGold-i ialah RM15,000

Berapakah jumlah caruman tahunan saya?

Sila rujuk jadual dibawah untuk beberapa kadar caruman tahunan indikatif (untuk setiap RM1,000 Jumlah Dilindungi Asas) bagi lelaki bukan perokok dengan kesihatan standard.


 Adakah caruman saya akan meningkat apabila umur saya meningkat?
Tidak, kami menjangka caruman anda akan mengikut kadar yang ditetapkan sepanjang tempoh caruman kerana ia berdasarkan umur pada tarikh penyertaan pelan ini. Walau bagaimanapun, kadar caruman tidak terjamin. AIA PUBLIC berhak untuk mengubah kadar caruman dengan memberi 3 bulan notis terdahulu sebelum tarikh perubahan.

Adakah saya layak untuk menerima Lebihan?
Lebihan akan ditentukan dan diumumkan, jika ada, sekurang-kurangnya sekali setahun oleh Pengendali Takaful. Sebarang Lebihan yang wujud dari DRP, jika ada, akan dikongsi oleh Pengendali Takaful dengan Peserta yang layak mengikut nisbah berikut:


Berapakah dana-dana yang terdapat untuk pelan ini?
Terdapat 3 Dana Pelaburan untuk pelan ini. Anda boleh merujuk kepada Lembaran Fakta Dana untuk maklumat lanjut

Bolehkah saya menukar dana dan berapakah yuran pertukaran dana?
Ya, anda dibenarkan untuk menukar dana-dana mengikut tahap toleransi risiko.

AIA PUBLIC berhak untuk menyemak semula caj dengan memberi Peserta-peserta notis bertulis 3 bulan terlebih dahulu.

Adakah caruman untuk A-EnrichGold-i layak mendapat pelepasan cukai? 
Ya, caruman-caruman untuk pelan ini melayakkan anda mendapat pelepasan cukai perseorangan sehingga RM6,000 di bawah kategori insurans nyawa dan KWSP, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Jika anda  berpuas hati bahawa pelan ini adalah yang terbaik untuk memenuhi
keperluan anda dan anda mampu membayar caruman di bawah sijil ini.

2. Jika anda menamatkan sijil ini pada tahun-tahun awal, anda mungkin mendapat pulangan kurang daripada amaun yang dicarum. Walau bagaimanapun, jika sijil ini dibatalkan dalam tempoh percubaan 15 hari, caruman asas sepenuhnya, nilai akaun (jika ada), dan caruman yang tidak diperuntukkan, selepas ditolak dengan perbelanjaan perubatan (jika ada) akan dipulangkan.

3. Ini adalah satu produk Takaful dan terikat pada prestasi aset-aset asas, dan ia bukan suatu produk pelaburan semata-mata seperti unit amanah.

4. Anda hendaklah terus membayar caruman anda secara tetap sehingga pelan anda matang bagi memastikan bahawa anda dilindungi sepenuhnya di bawah pelan ini pada setiap masa. Kegagalan untuk berbuat demikian mungkin menyebabkan perlindungan anda tamat sebelum masanya.

5. Pelan Takaful ini menyediakan Nilai Matang apabila sijil anda matang dan Nilai Serahan jika sijil ditamatkan sebelum Tarikh Matang. Kedua-dua nilai ini adalah dibayar dari Dana Risiko Peserta (DRP). Pelan anda mungkin tidak akan mempunyai sebarang Nilai Serahan sehinggalah caruman 3 tahun telah dicarum sepenuhnya. Anda juga layak untuk menerima Faedah Gaya Hidup Terkumpul (jika ada) dan Nilai Akaun apabila sijil diserahkan atau matang.

6. Anda dinasihatkan supaya merujuk kepada ilustrasi produk untuk maklumat lanjut. 

7. Pelan ini tidak melindungi kematian yang disebabkan membunuh diri dalam tahun pertama dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula sijil, yang mana kemudian.

Pengecualian standard bagi HUMK akan dikenakan seperti:

8. Penyertaan dalam Sijil Takaful Keluarga Caruman Berkala adalah satu komitmen jangka panjang. Anda tidak digalakkan untuk memegang Produk ini untuk tempoh yang singkat memandangkan kos-kos permulaan yang tinggi.

9. Risalah ini menyediakan ringkasan mengenai ciri-ciri utama produk ini. Ia bukan merupakan Sijil Takaful. Sila rujuk kepada Sijil Takaful untuk butiran lebih lanjut atau terma-terma dan syarat-syarat yang tepat.

10. Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai Takaful Keluarga, sila rujuk kepada buku kecil maklumat insuran berkenaan ‘Takaful Keluarga’ dan ‘Takaful Perubatan dan Kesihatan', atau layari laman web, www.insuranceinfo.com.my.


i_pendedahan kepada bahaya secara sengaja, cubaan pemusnahan diri atau kecederaan diri semasa siuman ataupun tidak siuman;
ii_perkhidmatan dalam angkatan bersenjata semasa peperangan diisytiharkan atau tidak diisytiharkan atau semasa menjalani perintah untuk operasi yang menyerupai peperangan atau pemulihan ketenteraman awam.

 Sila ambil perhatian bahawa caruman yang dibayar oleh organisasi perniagaan adalah tertakluk kepada cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada kadar semasa. Pendedahan Berkaitan Dana

Sebelum melabur ke dalam Dana Berkaitan Pelaburan ("Dana”), anda perlu mengambil kira sama ada Dana ini memenuhi objektif pelaburan dan tahap risiko anda.

 Anda harus sedia maklum bahawa mana-mana pelaburan mempunyai risiko pelaburan yang akan ditanggung sepenuhnya oleh Peserta.

Nilai Akaun dalam Dana Peserta tidak dijamin dan akan menaik turun berdasarkan kepada prestasi Dana, dan pulangan mungkin kurang daripada jumlah caruman yang disumbangkan kepada Dana.

Pulangan Dana (jika ada) akan berdasarkan kepada prestasi sebenar daripada Dana. Aset yang mendasari setiap Dana dinilai pada setiap hari perniagaan untuk menentukan harga unit.

Prestasi Dana ini tidak dijamin dan nilai pelaburan dan pendapatan yang diperoleh mereka boleh meningkat atau berkurangan. Prestasi masa lalu bukan panduan kepada prestasi akan datang atau berkemungkinan.

AIA PUBLIC berhak untuk menggantung penerbitan atau penebusan unit-unit dalam mana-mana keadaan luar biasa seperti penutupan sementara mana-mana bursa berdaftar yang berkaitan atau kemungkinan kesan buruk kesan jualan umum pelaburan dalam tempoh yang singkat.

Risalah ini hanya mengandungi penerangan ringkas produk dan tidak menyeluruh. Anda disyorkan untuk meminta salinan Ilustrasi Produk dan Helaian Pendedahan Produk untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini. Untuk penjelasan terperinci tentang faedah-faedah, pengecualian-pengecualian, terma-terma dan syarat-syarat, sila rujuk kepada Sijil Takaful.



Mulakan perlindungan dan pelaburan anda

1 comment:

  1. Pernah invest di crypto, gagal, saham pun gagal, invest sini insha Allah ada untung walaupun ciput dapat coverage cacat kekal, kematian dpat di hibahkan.

    ReplyDelete