Pentingnya Takaful Dalam Lindungi Asset dan Pelaburan


Takaful Dapat Lindungi Asset Rumah Dan Kereta

Kalau kita beli kereta baru ataupun memperbaharui cukai jalan (road tax),  kita wajib untuk mengambil insurans/takaful kenderaan. Begitu juga jika membeli rumah menggunakan pinjaman/pembiayaan bank, diwajibkan untuk mengambil insurans/takaful tertentu.

Pernah terfkir mengapa?



Kerana insurans/takaful ini akan melindungi harta-harta tadi jika berlaku musibah atau sesuatu perkara yang tidak diingini, contohnya kemalangan, kecurian dan kebakaran. Insurans/takaful bukan sahaja penting untuk melindungi diri, tetapi juga harta bernilai yang kita ada. Harta yang perlu dilindungi bukan sahaja yang berbentuk fizikal, malah yang bukan fizikal juga. Kebakaran ni adalah suatu yang tak dapat dijangka. Tiba-tiba boleh terbakar akibat litar pintas, tiba-tiba boleh pula banjir. 


Apa yang terjadi kalau kita tak ambil insuran? kalau berlaku kemalangan kita pula yang bersalah langgar kereta mewah porche, alangkah ruginya kalau kita tak ambil insuran kan... 


Contoh utama aset bukan fizikal adalah perniagaan yang dijalankan, mesti dilindungi dengan insurans/takaful secukupnya. Maka sebab itu ramai yang ambil perlindungan insurans/takaful untuk melindungi aset-aset yang ada supaya kerugian yang akan dialami atas sesuatu musibah dapat dikurangkan.


Takaful Dapat  Melindungi pelaburan

Bayangkan kita baru memulakan pelaburan ASB, atau pembelian saham KLSE dengan menggunakan duit simpanan yang ada. Biasalah apabila baru memulakan pelaburan, kebanyakannya akan rugi sedikit terlebih dahulu. Maklumlah, masih belum berpengalaman dan banyak caj-caj yang perlu dibayar. Lagipun, pelaburan kebiasaannya untuk jangka masa yang panjang, barulah boleh dapatkan keuntungan yang baik.


Tetapi malangnya, ketika baru bermula ini, kita berhadapan dengan sesuatu musibah yang tidak diingini. Tiba-tiba kita kemalangan atau ditimpa penyakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi. Tambah malang lagi, walaupun mempunyai dana kecemasan tetapi masih tidak mencukupi, dan kita tidak mempunyai simpanan lain kecuali yang telah dilaburkan tadi.

Jadi, tidak dapat tidak, terpaksalah mencairkan pelaburan tadi untuk menampung kos yang diperlukan. Jika ini berlaku, bukan sahaja berdepan risiko kerugian kerana tempoh pelaburan yang belum matang, malah sedikit sebanyak boleh menjejaskan perjalanan matlamat kewangan yang ingin dicapai.


Kalaulah diambil perlindungan insurans/takaful sewajarnya lebih awal, pasti situasi sebegini boleh dielakkan. Tapi hakikatnya ramai orang melayu yang kembali miskin akibat kehabisan wang yang sudah digunakan untuk biaya kos rawatan. Sebab ramai orang yang kaya ada insuran, bukan mereka tak mampu nak biaya kos rawatan, tapi mereka nak lindungi duit mereka supaya tak bocor muflis akibat biaya kos perubatan. 


Hubungi Saya untuk dapatkan quotation, hibah dan medikal kad mengikut bajet dan keperluan anda. Jangan tunggu lama, musibah dan kematian tak akan menunggu kita.



No comments:

Post a Comment