Mengapa Takaful Medikal Kad Penting Walaupun Kerja Kompeni Besar Ada Benefit

pic: istock

Sebenarnya ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih tidak tahu tentang kepentingan Medikal Kad atau kad perubatan takaful dan hibah. Ramai orang bila nak ambil insuran bila time dah ada lebihan income, kalau sekarang pun sesak, tak mampu nak bagi komitmen rasa rugi sebab tiap-tiap bulan bayar tak nampak faedah-faedah yang disediakan, rasa terbeban dengan komitmen keewangan. Rasa rugi, duit tu boleh guna untuk keperluan lain atau enjoy dengan hobi bersama keluarga.

Walaupun kerja di syarikat besar, biasanya ada limit tersendiri untuk setiap individu. Boleh check di HR berapa limit insuran yang di cover. 

Tapi kita perlu ingat setiap manusia akan berdepan dengan kesusahan, serangan penyakit, kemalangan pada suatu masa. Kan dah namanya manusia, pasti akan diuji oleh Allah. Tidak kira orang itu berpangkat apa sekali pun, ulamak, rajin solat pasti akan diuji oleh Allah dengan bermacam masalah apatah lagi orang yang tidak solat.

Kisah kali ini suami isteri bekerja di kompeni besar yang ada tawarkan health benefits. Tapi akhirnya simpanan peribadi, KWSP habis, kerja pun tak dapat, sakit dah pulih, tapi terpaksa pula kena tanggung bebanan hutang. 



Kisah Benar 1 

Ajis dimasukkan kehospital swasta akibat terjatuh dari tangga sehingga mengakibatkan fracture ankle (patah pergelangan tulang kaki). Beliau dimasukkan keward dan doktor mengesahkan bahawa Ajis ni boleh lah discharge esoknya. Namun, Eton mengatakan pada doktor agar diberikan satu malam lagi agar dirinya berpuas hati. Namun, peristiwa malang tu terjadi pada malam tersebut. 

Secara tiba-tiba, Ajis telah didapati mengalami sesak nafas yang agak terok. Rentetan dari incident tesebut, beliau telah di masukkan ke ward ICU untuk menjalani rawatan. Hasil daripada ujian ECG, doktor mengesahkan beliau mengalami serangan jantung. Bukan itu sahaja, doktor juga mengatakan bahawa Ajis telah lama mengalami serangan jantung berdasarkan pada pattern ECG report tersebut. Namun tidak disedari oleh Ajis sendiri. 

Lantas para doctor terus menjalankan rawatan yang sewajarnya. Namun keadaan Ajis bertambah terok dimana pada malam tersebut setelah rawatan untuk penyakit jantungnya itu, dia meraung kesakitan dibahagian bawah perut. Doktor dan jururawat menjadi bingung dan pelbagai pemeriksaan dijalankan keatasnya. Apa yang memeranjatkan para doktor hasil dari CT Scan keatas Ajis, terdapat limpahan darah yang cukup banyak memenuhi dikawasan perut. Ajis disahkan mengidap keadaan yang dipanggil Abdominal Aorta Aneurysm (AAA). Pada malam itu juga Ajis ditolak ke bilik pembedahan. 

Doktor mengesahkan peluang Ajis untuk hidup adalah teramat tipis. 8 daripada 10 orang yang mendapat AAA menemui ajal semasa dibilik pembedahan. Doktor telah mengarahkan Eton untuk memanggil semua sanak saudara, serta ahli keluarga dan bersedia terhadap apa jua kemungkinan yang akan berlaku. Apabila mendengar khabar tersebut, Eton menjadi lemah. Disaat itu tiada siapa yang berada disisinya. Setelah hampir sejam, barulah Eton menghubungi semua ahli keluarganya dan memberitahu situasi suaminya Ajis. 

Setelah hampir 4 jam berada didalam bilik pembedahan, Ajis diusung keluar dari bilik pembedahan namun doktor mengatakan dan mengesahkan peluangnya amat nipis memandangkan darah dari salur pembuluh darah telah pecah dan memasuki ruang organ lain dalam badan Ajis. Kemungkinan, buah pinggangnya juga akan menghadapi masalah. 

Keesokkan harinya, hal yang ditakuti oleh doktor terjadi juga. Ajis mengalami simptom dimana buah pinggangnya mulai rosak akibat dari pendarahan AAA tersebut. Ketika dalam keadaan tidak sedar itu, doktor terpaksa membawa Ajis kebilik pembedahan bagi merawat buah pinggangnya itu. Doktor mengesahkan buah pinggang Ajis terjejas teruk akibat dari pendarahan tersebut namun berita baiknya, Ajis stabil dan dalam keadaan yang baik. 

Setelah Ajis ditahan selama 44 hari dihospital tersebut, akhirnya Ajis dibenarkan keluar dari hospital. Satu lagi hal yang mengerikan oleh Ajis dan Eton adalah bil hospital. Bil hospital utk rawatan dari hari pertama Ajis adalah sebanyak RM240,000.00. Terkejut dengan perkhabaran tersebut, namun ianya tetap harus dilunaskan. Lebih malang, Ajis dan Eton tidak mempunyai sebarang medical kad tetapi benefit dari majikan yang mereka ada. 

RM240,000.00 tersebut dilunaskan dari majikan Ajis dan Eton melalui medical benefit, wang KWSP mereka berdua dan juga simpanan yang mereka ada termasuk didalam tabung haji. 

Apa yang agak mengecewakan adalah, mereka sebelum ini menolak sama sekali sesiapa sahaja yang call berkenaan atau menawarkan mereka medical card dan juga insurance. Hal ini secara jujur diceritakan Eton kepada wife saya. Sehingga kini, mereka masih berhutang dengan hospital swasta berkenaan sebanyak RM85,000.00 dan menunggu tahun hadapan kerana menggunakan medical benefit daripada majikan masing-masing untuk melangsaikan bil hospital Ajis. Kini, duit simpanan KWSP (akaun 2) telah habis digunakan untuk membayar bil rawatan. Mereka juga tidak mempunyai simpanan sama sekali. 

Walapun begitu, ajis kini semakin pulih namun harus menjalani rawatan susulan di hospital swasta berkenaan. Rawatan tetap rawatan, setiap rawatan susulan juga harus dibayar dengan duit. Untuk Ajis memohon kad perubatan juga adalah mustahil dengan keadaan kesihatan yang tidak terjamin tersebut. Apa kan daya, mereka berdua bertindak untuk tidak percaya dan berkehendak kepada kad perubatan dan insurance. Andai kata, mereka berdua memohon kad perubatan meskipun tidak sampai setahun, untuk kes seperti AAA ni, pasti mereka akan menggunakan medical card sebagai medium untuk melunaskan bill hospital.  - www.khairulnizamtrustedinsurance.com

Kisah Benar 2

Ini kisah dari saudara aku sendiri, pergi melawat raya bila tengok dia dah lama tak sihat. Yelah, umur pun dah masuk 50+ . Tapi abang K, seorang pegawai besar di syarikat MNC. Bila dah sakit macam ni, susah la dia nak kerja, prestasi kerja dia pun terganngu dan terpaksa banyak habiskan masa di hospital. Dia mengalami sakit di jantung dan organ yang berdekatan dengan jantung. Selama beberapa bulan dia kena ambil steriod untuk mengurangkan kesakitan yang dialaminya. 

Disebabkan dia pegawai besar di syarikat besar, dia ada kelebihan perubatan yang ditanggung 100% oleh syarikatnya, dia pun di rawat di hospital swasta Gleneagle dengan doktor pakar di Malaysia. Alahmdulillah dia semakin sembuh, tapi dia merasakan rugi, taklama lagi dia akan berhenti kerja, kerana atas faktor kesihatan, nak tak nak kenalah gunakan duit KWSP untuk menampung kos rawatan susulan yang selanjutnya. Dia pun tak pasti samaada duit simpanan itu cukup atau tidak untuk mendapakan rawatan yang dia alami sekarang. 

Dia cuba untuk apply medical card, sudah pastilah kena reject, sebab dah kena sakit kronik. Nak buat camne kalau dia boleh putarkan masa sudah pasti dia akan ambil komitmen untuk bayar medical card setiap bulan kerana dia sememangnya lebih dari mampu.

Hakikatnya, kita semua berhadapan dengan risiko kematian, kelumpuhan dan penyakit (3D; death, diasbility & diseases). Cuma, bila dan bagaimana sahaja yang kita tak tahu. Tapi, kena ingat kebarangkalian untuk ketiga-tiga ini menjengah diri kita akan meningkat semakin bila semakin usia kita meningkat. Macam bom jangka yang kita tak boleh kawal. 


Bertambahnya usia, ubah dah banyak semakin mendekat dengan kematian yang telah ditentukan-Nya.Semakin banyak kita bergerak dengan kenderaan di atas jalan-raya, terutama motorsikal, semakin tinggi kebarangkalian untuk kemalangan yang bukan sahaja boleh menyebabkan kematian, tetapi juga kelumpuhan (minta dijauhkan-Nya). Bila dah kudrat pun kurang, kita nak kawal kenderaan pun jadi tak larat, jadi risiko kemalangan itu semakin tinggi bila kita semakin berusia.


Semakin bertambah usia, semakin tinggi kemerosotan kesihatan. Dulu boleh lari, berenang, dah meninkat usia, ramai jadi tukang tengok budak2 beraktiviti sukan. Alasan tak larat, malas dan gaya hidup yang tidak sihat.... penyakit yang biasa dialami di zaman moden ni adalah masalah jantung, paru-paru dan juga kanser. Jadi, perlindungan insurans/takaful boleh menyediakan diri anda dari segi kewangan untuk berhadapan dengan ketiga-tiga risiko utama ini. Apabila kematian, sekurang-kurangnya ada pampasan untuk isteri dan anak-anak.


Apabila kelumpuhan, ada pampasan untuk menggantikan punca pendapatan yang terjejas. Apabila diserang penyakit, ada pampasan untuk membayar bil-bil dan keperluan-keperluan rawatan.


Samaada hibah atau medikal kad/ kad perubatan semuanya ada kelebihan, dari tak ada langsung.

Hubungi Saya untuk dapatkan quotation, hibah dan medikal kad mengikut bajet dan keperluan anda. Jangan tunggu lama, musibah dan kematian tak akan menunggu kita.



No comments:

Post a Comment