Pertama sekali, kita perlu merancang perbelanjaan yang kita tetapkan. Contohnya, tetapkan berapa jumlah untuk disimpan dan untuk kita berbelanja! Tip paling mudah… cuba simpan 10% daripada pendapatan anda terlebih dahulu, selebihnya baru gunakan untuk berbelanja…. atau sebelum “shopping” tu, buat senarai barang supaya tak terlebih membeli. Jangan beli sebelum buat perancangan. Sentiasa ada list to buy.
Kedua, tetapkan jumlah simpanan dan tentukan target anda realistik. Ramai yang boleh buat bajet tapi tak ramai boleh ikut bajet.. Jadi, selain jumlah yang realistik, disiplin diri juga penting apabila berbelanja. Apabila anda ikut bajet yang telah ditetapkan pada setiap bulan, ianya membolehkan anda untuk terus “enjoy”, sama ada nak beli pakaian baharu, alat solek, modify kereta, hias rumah, memanjakan diri di spa atau mendandan rambut di salon, makan di restoran yang viral dan “fancy”, takda masalah, boleh je teruskan asalkan ia tidak melebihi jumlah yang telah anda tetapkan.
Perkara ketiga, Jangan guna kad kad kredit, elakkan terperangkap dengan penggunaan kad kredit yang melampau dan membuat pinjaman peribadi untuk berbelanja berlebihan, seperti renovasi rumah, beli handbag branded dan sebagainya. Lebih merisaukan sekali jika perbelanjaan anda telah melebihi pendapatan anda kerana ini akan membawa kepada banyak perkara negatif. Bak peribahasa, ukur baju di badan sendiri. Kalau tak mampu buat apa nak tunjuk2 kat orang. Ambil gambar dah la....
No 4, catatkan perbelajaan setiap kali anda pulang dari berbelanja. Dengan adanya rekod duit keluar dan masuk, anda tahu dan sedar berapa duit yang telah dihabiskan dan berapa baki yang anda boleh belanjakan dalam bulan tersebut. Contohnya, daripada rekod tersebut, ia menunjukan anda selalu berbelanja lebih untuk kopi, apa kata anda buat sendiri dari rumah, ianya lebih menjimatkan dan gunakan lebihan itu untuk simpanan kecemasan dan sebagainya. Untuk kurangkan pembelian secara “impulsive” pula, utamakan barang yang perlu, jadi tidaklah berlaku perbelanjaan yang berlebihan atau tidak terkawal.
Mudah saja kan?
Mula-mula mungkin anda akan rasa janggal untuk memulakan sesuatu yang berbeza. Tapi bila dah biasa menguruskan kewangan dengan baik, anda akan menjadi seorang yang berhemah berbelanja dan pada masa sama melalui kehidupan gembira serta cukup bermakna! Nak hidup bahagia kenalah pasang strategi, kan? Semuanya tak mustahil jika kita menambah sedikit pengetahuan.
Ini adalah cara anda untuk jadi orang yang bijak uruskan wang peribadi anda.
1. Automate transfer pada akaun saving anda. Anda boleh lakukun dengan menggunakan apps MAE dari Maybank sekarang.
2. Masukkan duit syiling dalam balang syiling
3. Buatkan senarai barang untuk dibeli di pasar dan anggaran harga total mengikut bajet bulanan anda. Jangan beli luar dari senarai yang telah ditulis.
4. Jangan masuk restoran, kecuali ada tujuan untuk bisnes sampingan atau untuk berikan ganjaran diri sendiri dan keluarga atas peningkatan pendapatan anda
5. Kena pandai cari tempat-tempat discount, percuma, barang percuma untuk dapatkan hiburan
6. Rancang perbelanjaan anda secara detail.
7. Jangan tengok barang2 online shopping
8. Lambatkan belian online anda, tangguhkan pembelian baju, kasut, barang make up, handbag, kereta, motor, basikal dalam 30 hari.
9. Jangan beli kereta mewah walaupun mampu. Beli kereta yang sederhana ikut kemampuan anda. Kalau ada lebih beli hartanah, rumah untuk buat sewa.
11. Elakkan keluar dan habiskan duit minyak dan tol touch and go anda. Banyak habiskan masa di rumah atau di taman yang tak memerlukan belanja yang tinggi.
12. Kurangkan penggunaan bil elektrik dan air
13. Tukar plan telephone pada yang murah.
14. Pastikan anda dahulukan bayar premium takaful insuran. Jangan berhutang untuk dapatkan rawatan. Ini penting kerana ramai yang tak ada hutang, boleh berhutang disebabkan bayar bil hospital.
15. Simpan duit di tempat yang dapat pulangan yang tinggi dan patuh syariah, seperti Tabung Haji, Unit Trust, Takaful Link Investment. Jangan melabur di tempat yang tidak mendapat lulusan dari Bank Negara. Jangan melabur di skim cepat kaya seperti crypto, pelaburan emas bukan fizikal, dan bermacam-macam skim
16. Belajar meniaga sambilan untuk tambah pendapatan. Cari perniagaan yang boleh jana pendapatan secara santai seperti MLM (jual barangan kesihatan), menjadi agen insuran, affiliate marketing online, dropship, agen barang kesihatan. Hadkan pelaburang dalam RM1-3ribu saja. Kalau hilang kena terima nasib sebab ianya satu pelaburan kan...
17. Dapat duit lebih, pastikan bayar RUMAH, beli RUMAH, property untuk disewakan, Jangan beli kereta mewah, kerana kereta adalah barang yang akan susut nilai. Beli barang yang boleh jual di masa depan dengan harga yang lebih tinggi.
18. Beli kereta lelong dari kastam, bank atau sambung bayar. Elakkan beli yang baru.
Jangan bertangguh untuk dapatkan pelindungan takaful dan diversify pelaburan anda dalam takaful investment link. Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi percuma.
Hubungi
Siti Rahmah, Financial Servis Consultant, 0146377649 atau tekan link di bawah
No comments:
Post a Comment