Apa Beza Insuran dan Takaful?

Takaful atau Insurans?

Kedua-dua pelan perlindungan ini berkongsi prinsip asas dan objektif yang sama. Ia melindungi seseorang dengan meringankan beban kewangan mereka akibat kerugian dan kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan, penyakit kritikal atau kematian. Takaful dan insurans keduanya penting dalam perlindungan kewangan sekiranya perkara yang tidak diduga berlaku kepada anda, seperti mengidap penyakit kritikal, kemalangan, tiba-tiba mengalami kerugian harta benda, atau kematian. Ya! semua orang akan merasa mati dan pasti akan sakit bila tiba masanya.



Secara amnya, Takaful boleh dianggap seperti insurans versi Islamik, namun terdapat perbezaan pada prinsip dan kaedah bagaimana Takaful beroperasi. Takaful bukan sahaja terhad untuk orang Islam, malah ia juga terbuka kepada orang bukan Islam yang ingin melanggan dan menerima manfaat Takaful.

Apakah perbezaannya?

Dari segi asasnya, insurans melibatkan persetujuan antara orang yang dijamin (anda) dan syarikat insurans (yang akan menanggung risiko). Persetujuan ini dikenali sebagai polisi, dan untuk anda menerima perlindungan sebagai pemegang polisi, anda perlu membuat bayaran, juga dipanggil premium, kepada syarikat insurans yang berkenaan.



Premium yang dibuat akan dilaburkan oleh syarikat insurans. Anda tidak boleh memilih bagaimana pelaburan tersebut dibuat dan ini mungkin melibatkan perniagaan yang tidak mematuhi prinsip syariah, termasuk perniagaan yang mempunyai unsur perjudian, riba dan berisiko tinggi/ketidaktentuan.



Pertolongan Bersama dalam Takaful

Sama seperti insurans, pengendali Takaful akan melaburkan sumbangan anda juga. Walau bagaimanapun, hanya perniagaan patuh syariah sahaja yang berkelayakan. Oleh itu, beban fikiran anda dapat diringankan jika anda ingin memastikan langganan Takaful anda adalah patuh syariah.


1. Akad

Perbezaan pertama yang kita boleh lihat adalah akad yang digunakan untuk kedua transaksi ini adalah berbeza. Akad yang digunakan untuk takaful adalah akad menderma manakala akad yang digunakan untuk transaksi insurans konvensional adalah akad jual beli.

Apakah yang membezakan kedua- dua akad tersebut?

Akad menderma 

Akad menderma di dalam konteks takaful adalah peserta yang mendapatkan perlindungan takaful haruslah ikhlas menderma ke tabung Tabarru’ dengan niat untuk membantu penyumbang lain yang menderma ke tabung Tabarru’ yang sama jika mereka dilanda sebarang musibah seperti kemalangan, kehilangan upaya ataupun penyakit- penyakit kronik. Dalam erti kata lain, penyumbang yang ingin mendapatkan perlindungan takaful haruslah mempersetujui sumbangan yang diberikan bolehlah diguna pakai dengan niat membantu sesama sendiri jika berlaku sebarang musibah. 


Akad jual beli 

Akad jual beli di dalam konteks insurans pula adalah anda beli polisi yang ditawarkan oleh pihak insurans dengan jaminan sekiranya anda terlibat dalam sesuatu musibah seperti terkena sakit jantung, kemalangan, kehilangan upaya ataupun penyakit kritikal, syarikat insurans terbabit akan memberikan pampasan berlipat kali ganda dari jumlah yang anda bayar untuk membeli polisi dari syarikat insurans tersebut. Jadi, apakah isunya dengan akad yang digunakan oleh syarikat insurans yang menyebabkan insurans dilabelkan sebagai tidak patuh syariah?

Antara sebab utama yang mengharamkan insurans konvensional adalah melihat kepada akad transaksinya iaitu akad jual beli yang mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan prinsip asas jual beli dalam islam seperti gharar (ketidaktentuan), riba, dan perjudian.

Gharar(ketidakpastian)

Di dalam konsep jual beli Islam, jika kita membeli sesuatu produk, ianya haruslah pasti dan jelas. Pasti yang dimaksudkan dalam konsep jual beli islam termasuklah rupa, nilai dan tempoh. 

Kembali kepada insurans, bila kita membeli polisi insurans, anda membayar sejumlah wang setiap bulan dengan jaminan yang anda akan diberi pampasan berlipat kali ganda jika berlaku sebarang musibah. Tapi adakah kita tahu bilakah kita akan dibayar jumlah pampasan tersebut? Bilakah kita akan meninggalkan ataupun sakit? Ketidakpastian ini yang menimbulkan isu kerana dalam hukum jual beli, kedua dua penjual dan pembeli mesti mengetahui jelas keadaan barang dibeli, bila akan diberikan dan sebagainya. Jadi, dalam sudut pandang insurans, kita tidak tahu bilakah kita akan mendapat pampasan berlipat kali ganda yang telah dijanjikan oleh pihak insurans. 

3. Maisir (perjudian)

Beza takaful dan insurans yang seterusnya adalah Maisir ataupun perjudian. Maksud judi adalah anda mendapat untung secara mudah tanpa perlu usaha yang banyak ataupun tidak mendapat sebarang untung. Selain itu, insurans mempunyai unsur judi kerana dengan membeli insurans, anda hanya perlu membayar jumlah yang kecil seperti RM100 tetapi pampasan yang akan diberikan kepada anda adalah RM100,000. Bayar sedikit tetapi untungnya banyak. Percanggahan nilai belian dan dapatan adalah sangat ketara dalam insurans. Mengikut konsep jual beli dalam islam, jika sesuatu produk yang dibeli berharga RM100, maka haruslah sama nilai RM100 barang yang diterima. 



Itulah unsur judi yang ada didalam insurans. Jadi apa bezanya dengan Takaful? Takaful menggunakan akad menderma yang berkonsepkan tolong menolong antara penyumbang yang menyumbang kepada tabung Tabarru’ yang mana bukan sahaja berbeza dengan akad jual beli yang diguna pakai oleh syarikat insurans tetapi juga satu amalan yang sangat terpuji dalam islam iaitu membantu sesama saudara yang dilanda musibah dan kesusahan. 

4. Riba

Unsur yang seterusnya yang kita dapat lihat dalam beza takaful dan insurans adalah unsur riba. Riba dalam sudut bahasa bermaksud penambahan ataupun lebihan. Riba didalam islam terbahagi kepada dua jenis riba iaitu riba hutang dan riba jualan. Di dalam konteks perbincangan harini, riba yang ingin dikemukakan adalah riba jualan. 

Riba jualan 

Jadi, apa itu riba jualan? Riba jualan adalah bermaksud ada berlaku lebihan bagi satu pihak dalam pertukaran ataupun jual beli yang dilakukan. Di dalam konteks insurans, jumlah yang kita bayar tidak setimpal dengan jumlah pampasan yang dijanjikan oleh syarikat insurans jika kita terlibat dalam kemalangan ataupun musibah lain yang menimpa. 

Selain daripada itu, unsur riba yang lain yang menjadi isu adalah syarikat insurans konvensional bebas untuk melabur duit yang mereka dapat ke atas mana mana syarikat yang membawa untung kepada mereka termasuk lah syarikat perjudian ataupun syarikat penjual beli arak dan mana- mana syarikat yang melanggar syariat dalam Islam. 

Manakala untuk takaful, setiap pelaburan yang hendak dibuat oleh syarikat yang menawarkan takaful, haruslah melalui Majlis Penasihat Syariah dan medium yang digunakan haruslah patuh dan memenuhi syarat syariat Islam termasuklah tidak mempunyai unsur riba seperti perjudian, jual beli arak dan sebagainya.


Percayalah Kos Perubatan Hospital akan sentiasa meningkat. Jangan biarkan simpanan anda habis disebabkan oleh membayar bil kesihatan. Saya percaya anda pasti ada matlamat dan berkehendak untuk sesuatu. Samaada anda merancang pendidikan anak, berkahwin, membeli rumah dan menunaikan haji dan umrah. Ada perlu bijak dalam merancangan keewangan. Perancangan legasi  yang baik dan berkesan adalah amat penting buat keluarga kerana ia memudahkan waris untuk menguruskan harta peninggalan tanpa perlu melalui proses pembahagian harta yang rumit, sekaligus dapat meneruskan kehidupan seharian dengan tenang.Hubungi saya 014 6377649 - Siti untuk dapatkan quotation takaful, hibah dengan bajet keewangan dan komitment anda. 

 

No comments:

Post a Comment