Hibah Vs Medikal Kad Mana Satu Yang Penting?

 



Antara medikal kad, kad perubatan dan takaful hibah yang mana satu penting? Adakah kita perlukan kedua-duanya? Kalau tak cukup bajet nak beli dua-dua yang mana satu lagi penting?

Kad perubatan dan hibah takaful. Ia adalah dua perkara yang sering dan biasa kita dengar dalam industri insurans mahupun takaful.

Ada individu yang memilih untuk memiliki kad perubatan sahaja buat diri dan keluarga, namun ada juga yang merasakan bahawa memberikan hibah takaful buat kesayangan adalah lebih penting, justeru memilih untuk mendapatkan perlindungan takaful nyawa dan meletakkan waris sebagai penerima hibah. Namun, pernahkah terdetik, antara kad perubatan dengan hibah takaful, yang manakah lebih baik dan bagus untuk perlindungan diri sendiri dan keluarga?



Adakah kad perubatan boleh melindungi semua jenis rawatan?
Ia bergantung kepada pelan yang dipilih oleh anda. Pada kebiasaannya, kad perubatan akan memberikan manfaat seperti:

Kos kemasukan hospital dan pembedahan – Ia termasuk segala kos yang berkenaan dengan kemasukan ke hospital, pembedahan, bilik dan penginapan, perkhidmatan ambulan, ubat-ubatan dan lain-lain.
Penyakit kritikal – Sebanyak 36 jenis penyakit kritikal pada kebiasaannya disenaraikan oleh syarikat insurans termasuk kanser, serangan jantung, strok, dan lain-lain (sila lihat dalam polisi masing-masing mengenai penyakit kritikal yang disenaraikan).
Rawatan jangka panjang – Berguna terutama untuk individu yang mempunyai penyakit kronik yang memerlukan rawatan dan penjagaan untuk tempoh masa yang lama. Contoh: Pesakit kanser yang perlu menjalani kemoterapi.

Adakah kad perubatan boleh melindungi keluarga jika anda meninggal dunia?
Tidak. Kad perubatan tidak akan melindungi keluarga anda sekiranya anda sebagai pencarum meninggal dunia suatu hari nanti. Tiada sebarang pampasan akan diberikan oleh syarikat insurans hasil daripada premium yang dibayar ketika hayat anda kerana kad perubatan hanya berfungsi untuk menanggung kos rawatan dan lain-lain kos yang berkaitan ketika hayat anda sahaja. 


Secara mudahnya, hibah membawa maksud pemberian atau ‘hadiah’ yang dibuat secara terus oleh pemberi hibah ketika hayatnya kepada penerima sebagai tanda kasih sayang.

Melalui hibah, penerima tidak lagi perlu melalui proses faraid dan harta/ barang tersebut menjadi milik penerima secara terus. Bagaimanapun, manfaat hibah hanya akan diperoleh oleh penerima setelah pemberinya meninggal dunia.

Apakah pula hibah takaful? 

Antara manfaat hibah apabila pemegang polisi MENINGGAL DUNIA, pampasan Hibah Takaful akan terus diberi kepada PENAMA HIBAH 100%. Orang luar yang TIADA penama dalam Hibah Takaful TIADA HAK untuk menuntut. Jika kita mempunyai tanggungan yang harapkan wang dengan cepat bagi meneruskan kehidupan, Hibah dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera

Tetapi, hibah takaful adalah kaedah bagaimana manfaat daripada pampasan itu akan diagihkan. 
Dengan kata mudahnya, melalui hibah Takaful, sekiranya pemegang polisi Takaful meninggal dunia, pengagihan wang pampasan oleh syarikat Takaful akan diberikan secara hibah iaitu secara terus kepada penerima manfaat.

No comments:

Post a Comment