5 Tips Memilih Medikal Kad

 

"Kesedaran saya untuk ambil medical card ni sangat tinggi sehinggakan saya cuba sebaiknya untuk memilikinya seawal mungkin walaupun waktu tu saya masih dalam tempoh belajar (master) di UPM dan tidak bekerja tetap. Bukan kerana takut akan sakit semata, tapi kesedaran bahawa jika berlaku perkara yang memerlukan rawatan perubatan di hospital kelak ia sudah semestinya akan memakan belanja yang besar. Jadi, ini adalah salah satu usaha saya untuk tidak membebankan siapa-siapa especially keluarga saya jika apa-apa berlaku kepada saya"



Hospital kerajaan kan ada, kenapa perlu ada medical card ?

Yes betul tak dinafikan Hospital kerajaan mempunyai kepakaran dan servis yang baik TETAPI tak semua rawatan di Hospital kerajaan PERCUMA dan tak semua rawatan hanya perlu bayar kos minima sahaja.

Apa kelebihan kalau ada medical card? 

Banyak kelebihannya. Katakan anda sakit, berapa kilometer kah Hospital yang terdekat dari rumah anda ? adakah hospital kerajaan atau swasta. Jika anda mempunyai medical card anda ada pilihan samada mahu ke kerajaan atau swasta. 

Hospital Kerajaan mempunyai servis yang baik oleh itu jumlah pesakit adalah ramai, jadi waktu menunggu agak lama dan jumlah katil wad mungkin tidak mencukupi. 

Adakah medical card cover rawatan pesakit luar seperti demam biasa, sakit perut ringan dan penyakit-penyakit yang hanya rawatan di klinik ?

TIDAK, medical card hanya cover inpatient treatment, boleh digunakan apabila pemegang kad memerlukan rawatan untuk kemasukan wad sahaja. walau pun begitu masih ada rawatan pesakit luar yang boleh claim semula jika ada medical kad ini antara contoh rawatan yang dibenarkan untuk rawatan pesakit luar adalah kes kemalangan.


Apakah rawatan pesakit luar yang boleh claim jika ada medical card?

Bil rawatan 60 hari sebelum masuk wad, Bil rawatan 150 hari selepas keluar wad, bil rawatan kemalangan,bil rawatan kanser,bil rawatan dialisis buah pinggang. Bil-bil rawatan ini adalah berdasarkan "pay & claim".

Jika tak boleh guna untuk rawatan pesakit luar di klinik baik tak payah, apa gunanya ada medical card ni ?.

Harus diingat, Medical card adalah digunakan waktu kecemasan yang mana jika kita memerlukan rawatan yang memerlukan kos yang tinggi contoh appendik, sakit jantung, demam denggi, demam panas, kanser, kemalangan. Jika masuk wad semestinya kos rawatannya tinggi.

Jika dalam setahun anda hanya demam 2-3 kali, yang mana rawatan di klinik hanya RM70-RM80 sekali rawatan atau hanya makan ubat yang berharga RM1.00 sebiji, perlukah anda mempersoalkan kenapa medical card tak boleh guna di klinik untuk rawatan pesakit luar. 


Selain di atas apa lagi pentingnya perlu ada medical card?

Jika ada kemampuan dan mahukan keselesaan, ganjaran untuk diri anda dan keluarga, mahukan rawatan terbaik untuk diri dan keluarga, tak mahu duit simpanan habis kerana membayar kos rawatan di hospital, ambillah medical card, sebab ianya penting sangat. Dan yang penting sekali bantulah mengurangkan bebanan di hospital kerajaan yang sesak, kurangkan waktu menunggu pakcik makcik yang tak mampu ambil medical card. Anda yang mampu ambillah medical card buat rawatan di hospital swasta.


Rugilah saya jika ada medical card tapi tak pernah pakai. Ada apa-apa cash back tak kalau tak claim ?.

Tiada apa-apa cash back. Yes, tersangatlah rugi tak claim sebab tak sakit kan macam mana nak claim. Yang mengeluh rugi ni dia rugi sangat sebab tak bersyukur yang dia dikurniakan Allah kesihatan yang baik tapi masih mengeluh rugi. Sepatutnya orang yang tak pakai atau claim berasa beruntung sebab dikurniakan kesihatan. kesihatan itu adalah sebahagian dari rezeki. Malah beruntung kerana caruman kita digunakan untuk membantu orang lain kita secara tak sengaja bersedekah.



Berapa yang harus saya bayar untuk dapatkan medical card ni. mahal ke ?

Murah atau mahal sangat subjektif tapi cuba bandingkan berapa yang anda perlu bayar vs berapa perlindungan yang akan disediakan untuk anda. Bayaran bulanan anda itu perlukan berapa bulan untuk mendapat jumlah RM150,000 , RM300, 000 untuk kos barah, kos sakit jantung?

Maka cepatlah buat perlindungan sementara masih lagi sihat. Sekirannya sudah sakit kritikal, memang sudah tidak layak mendapatkan medikal kad



Stop! jangan gadaikan segala asset rumah, tanah, simpanan untuk bayar kos perubatan. Jadilah orang yang bijak menguruskan keewangan.Kita jangan hanya pentingkan diri sendiri. Ya, kita ingin sihat. Kerapkali pasangan atau waris yang menjaga kita waktu kita sakit akan mengalami tekanan yang tinggi dalam menguruskan segala perbelanjaan dan anak-anak. Jika anda kasihan pada isteri/suami serta waris anda. Masa sakit kita sangat perlukan support dari ahli keluarga, apa salahnya kita ringankan bebanan mereka. Buatlah persediaan agar anda dapat mengurangkan tekanan keewangan serta emosi mereka untuk dapatkan quotation takaful, hibah dengan bajet keewangan dan komitment anda
Hubungi saya 014 6377649 - Siti



No comments:

Post a Comment