Mengapa Orang Cina Paling Ramai Ambil Insuran Berbanding Melayu?


 Dari hasil kajian in kita dapat tahu bagaimana perniagaan orang cina lebih sustain berbanding dengan orang melayu. Kuncinya adalah duit insuran, dapat digunakan untuk meneruskan perniagaan apabila seorang usahawan itu mati. 

Lagipun didikan budaya masyarakat itu sendiri budaya menabung itu sendiri bukanlah suatu tabiat sejak dulu lagi. Apatah lagi mengenai pemilikan insurans dalam isi rumah keluarga Melayu.

Nabi Muhamad saw, juga mengajar kita "Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan mereka meminta-minta." 



Keadaan bagaimanapun berbeza bagi masyarakat Cina. Mereka menjadikan budaya menabung serta tabiat memiliki polisi insurans sejak anak-anak masih kecil. Selain itu, timbul juga pandangan negatif memiliki insurans mengikut pandangan Islam sedangkan pakej seperti Skim Takaful yang berteraskan Islam sudah ada di pasaran.

Satu lagi aspek, orang cina lelaki sebagai ketua keluarga menyedari kepentingan dirinya sebagai tunggak masa depan diri serta keluarga, insurans adalah jawapan terbaik dalam memastikan nasib keluarga terjamin. Bayangkan apabila diri tidak dilindungi, apa yang akan terjadi kepada nasib diri serta keluarganya pada masa depan?

Ini yang berlaku, orang melayu suka buat personal loan untuk hidup dalam kemewahan. Jadi pada anda yang dah ada personal loan, lebih baik ambil insuran, jika terjadi sesuatu pada kita, atau kematian, tidaklah menyusahkan waris untuk menbayar hutang-hutang kalian. 

Sebelum kita dikebumikan ada pengumuman di masjid. Jika si mati ini ada berhutang dengan sesiapa, sila tuntut dengan waris. Tak kan kita nak menyusahkan waris kita, sedangkan kita tak tahu nasib kita di kubur nanti. 


Adalah lebih baik kita mulakan dengan caruman yang kecil daripada tak ada langsung. 
Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Takaful AIA Medical Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga


No comments:

Post a Comment