Kenapa Mama Perlu Kerja?

 


“Mama, Mama ni asyik kerja je. Kenapa Mama kena kerja? Papa kan dah kerja. Mama duduk rumah sajalah dengan Nini dan Abang. Kita main sama-sama, buat aktiviti sama-sama, baca buku sama-sama, kan seronok.” Siapa yang tak mahu duhai anakku... tapi di zaman ini wanita terdedah dengan berbagai masalah.

Aduhai anakku, soalan begini memang menusuk jantung. Susahnya nak menerangkan pada kamu yang masih belum kenal dunia. Bukan mudah melalui hari-hari yang sukar apabila kamu menangis dan tak mahu dihantar ke pengasuh. Mama juga berasa sayu dan terasa diri ini ‘kejam’ apabila terpaksa meninggalkan kamu dalam keadaan sedemikian.


Disebabkan itu, Mama dulu pernah berhenti kerja untuk menjaga kamu semasa kecil, mungkin waktu itu kamu terlalu kecil untuk mengingatnya. Tapi kini, kamu sudah semakin besar dan Mama rasa lebih mudah untuk kembali bekerja. Tapi, kenapa Mama mahu bekerja? Kenapa tidak terus menjadi surirumah?

5 SEBAB MAMA INGIN JADI WANITA BEKERJA

Di sini Mama coretkan dahulu dengan harapan mungkin suatu hari nanti kamu akan faham mengapa Mama mahu menjadi seorang wanita bekerja.


1. KEJAR CITA-CITA

Setiap manusia mempunyai cita-cita sejak kecil. Impian adalah sesuatu yang amat peribadi dan ia banyak mempengaruhi keyakinan diri dan haluan hidup seseorang. Mama telah melalui perjalanan yang agak panjang semasa pengajian sehinggalah kini.


Mama berhenti seketika apabila keadaan tidak mengizinkan, namun kini Mama diperlihatkan peluang untuk kembali menjadi wanita bekerja. Tambahan pula, Mama bersyukur kerana mendapat sokongan yang padu daripada Papa. Jadi, Mama ingin bangkit dan mengambil peluang untuk meneruskan misi Mama yang telah terbuku sejak dahulu.

2. BELAJAR BERDIKARI

Semasa muda dahulu, Mama akui bahawa Mama kurang berpengalaman dan tidak bijak dalam merebut peluang biasiswa dan membuat pilihan hidup. Waktu belajar memang seronok, tapi kami tak pernah sedar betapa besarnya hutang pengajian yang akan berbaki selepas tamat pengajian.

Selepas berhenti kerja, barulah kami ‘rasa’ bagaimana beban hutang ini mengganggu fikiran siang dan malam. Walaupun Papa kamu sanggup membantu melunaskan hutang tersebut apabila Mama berhenti kerja, Mama tahu Mama boleh berbuat sesuatu untuk menyelesaikannya. Mama tidak mahu menyusahkan sesiapa dalam hal ini selagi termampu. Papa terlalu banyak komitmen, hingga insuran untuk keluarga pun tak mampu. Jika apa2 berlaku pada papa, apa nasib kita?

3. MENERUSKAN LEGASI

Mama harap ia juga menjadikan kamu faham bahawa seorang wanita juga boleh memiliki impian yang besar walaupun telah berkeluarga. Dalam zaman Rasulullah sekalipun, bukannya semua wanita duduk di rumah menjadi surirumah sepenuh masa. Ada yang menjadi pedagang hebat seperti Saidatina Khadijah RA dan ramai yang telah merevolusikan peranan wanita dalam pelbagai bidang khususnya pendidikan dan politik seperti Saidatina Aishah RA.


4.BAYAR PREMIUM INSURAN TAKAFUL, HIBAH 

1. Semua orang berhadapan dengan risiko,Hakikatnya, kita semua berhadapan dengan risiko kematian, kelumpuhan dan penyakit (3D; death, diasbility & diseases).  Cuma, bila dan bagaimana sahaja yang kita tidak ketahui.Jadi mama perlukan perlindungan untuk diri mama dan anak-anak mama.Semakin bertambah usia, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit.

Jadi, perlindungan insurans/takaful boleh menyediakan diri mama dan anak2 dari segi kewangan untuk berhadapan dengan ketiga-tiga risiko utama ini.

Apabila kematian, sekurang-kurangnya ada pampasan untuk suami dan anak-anak. Apabila kelumpuhan, ada pampasan untuk menggantikan punca pendapatan yang terjejas. Apabila diserang penyakit, ada pampasan untuk membayar bil-bil dan keperluan-keperluan rawatan.



Maka, persiapkan diri sebelum penyakit itu menjadi semakin terkesan dan anda sudah tidak layak untuk memiliki takaful hibah ataupun medikal kad. Jadi dapatkan perlindungan untuk anda dan keluarga. Hubungi saya.



No comments:

Post a Comment