Orang Melayu Paling Ramai Keluar Duit KWSP untuk tujuan perubatan

 


Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), hanya 18% daripada golongan pekerja yang mempunyai akaun KWSP akan mempunyai simpanan yang cukup apabila tiba masa mereka bersara. Malah, hanya 48% saja daripada tenaga pekerja mempunyai akaun KWSP yang aktif. Kita semua perlu merancang untuk persaraan kita dan tak pernah terlalu awal untuk kita memulakannya. Setelah berpuluh tahun berhempas pulas mencari rezeki demi kelangsungan hidup, sudah tentu hari persaraan tatkala umur menjangkau 55 atau 60 tahun adalah sesuatu yang dinantikan. Selepas bersara, anda boleh menikmati hidup yang yang lebih tenang tanpa terikat dengan kesibukan kerjaya.



SEKIRANYA DIKAJI PINJAMAN YANG MENJADI PUNCA UTAMA MUFLIS, SECARA UMUMNYA BOLEH DIKATAKAN IA DISEBABKAN OLEH PINJAMAN YANG MUDAH DIPEROLEH DAN MENGENAKAN CAJ FAEDAH YANG AGAK TINGGI. OLEH KERANA IA MUDAH DIPEROLEH, KEMUNGKINAN BESAR PINJAMAN BERKENAAN DIAMBIL UNTUK MEMBELI PERKARA TIDAK PERLU ATAU DI LUAR KEMAMPUAN.

Antara punca utama seseorang itu bankrap ialah kegagalan mengurus dan mengambil hutang berdasarkan kemampuan semasa dan tidak melihatnya sebagai satu komitmen jangka panjang. Malah, ada yang mengambil pinjaman peribadi dan menggunakan kad kredit untuk tujuan bermewah-mewah semata-mata. 

Kita jangan sesekali buat pinjaman untuk bayar kos perubatan. Buatlah persediaan dari sekarang. Bila musibah melanda pampasan minima dari takaful RM10,000 pun dah banyak membantu. 


No comments:

Post a Comment