Apa Beza Takaful Pelan Perubatan dan Pelan Penyakit Kritikal?



Nampak macam sama, tetapi pelan perubatan dan pelan penyakit kritikal sebenarnya menawarkan perlindungan yang berbeza.Sebut saja tentang perlindungan kesihatan, pasti pelan-pelan ini menjadi keutamaan orang ramai:

Pelan Perubatan dan Pelan Penyakit Kritikal.

Adakah anda hanya memerlukan satu atau kedua-duanya sekali? Jom kita kupas persoalan ini secara ringkas. Seperti yang anda mungkin sudah tahu, insurans perubatan atau insurans kesihatan memainkan peranan yang penting dalam melindungi anda dari segi kos-kos berkaitan perubatan. Manakala, insurans penyakit kritikal pula akan membantu pemegang polisi jika menghadapi sebarang penyakit kronik. Sekiranya anda didiagnosis dengan salah satu penyakit yang dilindungi pelan penyakit kritikal anda, anda akan menerima bayaran sekali gus yang mana jumlahnya bergantung pada pelan anda. Pembayaran ini akan membantu anda menyara diri anda sepanjang proses pemulihan. Anda berhak menggunakan wang itu untuk apa sahaja, tetapi kebiasaannya ia digunakan sebagai pengganti sumber pendapatan yang hilang atau terjejas, menyelesaikan hutang atau mengubah gaya hidup supaya dapat pulih dengan lebih baik.

Jika anda perlu dimasukkan ke hospital untuk prosedur perubatan seperti menjalani pembedahan, pelan perubatan dapat membantu mengurangkan kos sekali gus menyelesaikan bil hospital anda, supaya anda boleh fokus untuk pulih dengan tenang.Pelan perubatan melindungi sebahagian atau keseluruhan kos rawatan atau kemasukan ke hospital. Sijil takaful anda akan menentukan jumlah perlindungan maksimum yang layak diterima sekiranya perlu.

Jika anda perlu membuat tuntutan daripada sijil takaful anda, pelan perubatan anda secara lazimnya akan membayar balik selepas rawatan atau membayar kos pendahuluan dahulu, bergantung pada terma dan syarat sijil tersebut. Terdapat pelbagai keadaan kesihatan yang mungkin menyebabkan anda perlu mendapatkan rawatan di hospital. Kerana itu, pelan perubatan yang diperkenalkan kini meliputi pelbagai kemungkinan. Perlindungan perubatan yang lebih meluas biasanya didatangkan dengan caruman bulanan yang lebih tinggi, selari dengan peningkatan usia.


Pelan Penyakit Kritikal



Anda boleh lihat fungsi pelan ini lebih kurang sama seperti insurans nyawa yang memberikan wang pampasan dalam bentuk sekaligus. Secara amnya, pelan perlindungan penyakit kritikal memberi pampasan dalam bentuk sekaligus (lump sum) kepada anda dan keluarga sekiranya didiagnosis dengan penyakit kritikal, tanpa mengira kos rawatan di hospital.

Wang pampasan yang diterima ini boleh membantu anda dari segi kewangan agar anda boleh tempuhi proses pemulihan dan penyesuaian hidup semasa sakit sekiranya anda menghidap penyakit kritikal yang mengancam nyawa. Ini bermakna wang pampasan yang diterima ini harus diperuntukkan oleh anda sendiri sama ada untuk digunakan bagi tujuan kegunaan rawatan, ubat-ubatan dan juga boleh digunakan untuk tujuan lain seperti meringankan beban kewangan tanggungan anda semasa tempoh sakit. 

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan manfaat yang diterima untuk membayar kos rawatan susulan atau peralatan perubatan yang tidak dilindungi di bawah pelan perlindungan perubatan. Selain itu, anda juga boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan rawatan alternatif atau membayar pembiayaan untuk kelangsungan hidup keluarga anda.

Contoh Penyakit Kritikal

  • Serangan jantung
  • Kanser
  • Koma
  • Alzheimer
  • Pembedahan otak
  • Parkinson
  • Strok
  • Sakit buah pinggang 
  • Angioplasti dan rawatan pembedahan lain untuk penyakit arteri koronari utama
  • Anemia Aplasia kronik
  • Penyakit paru-paru tahap akhir
  • Kegagalan buah pinggang peringkat akhir
  • Pembedahan pintasan bagi arteri koronari
  • Tumor otak benigna
  • Buta atau hilang penglihatan
  • Penyakit neuron motor
  • Hipertensi arteri pulmonari primer
  • Kehilangan upaya diri sendiri
  • Penyakit arteri koronari lain yang serius
  • Melecur teruk
  • Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
  • Meningtis bakteria
  • AIDS peringkat teruk
  • Trauma kepala utama
  • Hilang pertuturan
  • HIV akibat transfusi darah
  • Paraplegia atau kelumpuhan
  • Kegagalan hati tahap akhir
  • Hepatitis virus fulminan
  • Pekak atau hilang pendengaran
  • Kardiomiopati teruk
  • Pembedahan aorta
  • Ensefalitis
  • AIDS peringkat teruk
  • Sklerosis berbilang
  • Pembedahan injap jantung





Stop! Please jangan gadaikan segala asset rumah, tanah, simpanan untuk bayar kos perubatan. Jadilah orang yang bijak menguruskan keewangan.Kita jangan hanya pentingkan diri sendiri. Ya, kita ingin sihat. Kerapkali pasangan atau waris yang menjaga kita waktu kita sakit akan mengalami tekanan yang tinggi dalam menguruskan segala perbelanjaan dan anak-anak. Jika anda kasihan pada isteri/suami serta waris anda. Masa sakit kita sangat perlukan support dari ahli keluarga, apa salahnya kita ringankan bebanan mereka. Buatlah persediaan agar anda dapat mengurangkan tekanan keewangan serta emosi mereka untuk dapatkan quotation takaful, hibah dengan bajet keewangan dan komitment anda
Belajarlah dari kesilapan orang lain. Rugi guna duit dan asset sendiri untuk bayar kos perubatan sedangkan ada banyak kemudahan yang disediakan.
Hubungi saya 014 6377649 - Siti


No comments:

Post a Comment