Penyakit Kritikal Yang Utama

 


 Adakah anda dapat merasakan sesak nafas, tekanan darah turun naik secara tiba-tiba, sakit dada, nafas pendek, cepat penat. Anda mungkin salah terkena serangan jantung. Serangan jantung terjadi saat aliran darah ke jantung mendadak berkurang akibat pembuluh darah koroner yang tersumbat. 

Kehilangan bekalan oksigen inilah yang mengakibatkan serangan jantung dan menimbulkan berbagai gejala klinis seperti nyeri dada yang bisa menjalar, keringat dingin, napas pendek hingga tidak sadarkan diri. Umumnya penyumbatan terjadi karena penumpukan lemak, kolesterol, dan zat lain di dalam arteri jantung (koroner). Penyumbatan arteri jantung (koroner) dapat terjadi seluruhnya atau sebagian, tergantung derajat penyakit.

Siapa saja yang berisiko mengalami serangan jantung? Pria berusia 45 tahun ke atas, wanita berusia 55 tahun ke atas, perokok, memiliki tekanan darah dan kolesterol tinggi, diabetes, kondisi autoimun, dan riwayat keluarga. 

Persediaan sebelum anda terkena. "Cukup ke kalau saya dah ada kad perubatan?"

Semua sedia maklum fungsi utama kad perubatan adalah untuk menampung kos-kos rawatan jika anda dimasukkan ke hospital. Jika sekadar sakit biasa seperti patah tangan atau demam denggi, kad perubatan sahaja memang sudah memadai. Tetapi jika menghidapi penyakit kritikal bagaimana pula?

Ya, anda boleh gunakan kad perubatan untuk menampung kos rawatan yang tinggi seperti kos hospitalisasi atau kos rawatan kemoterapi. Tetapi terdapat kos-kos tersembunyi lain yang hadir bersama penyakit kritikal, seperti menjalankan rawatan di rumah samaada hospital, rawatan tradisional, pembelian makanan berkhasiat tambahan. 

Kebiasaannya penyakit kritikal seperti barah, strok dan sakit buah pinggang memerlukan tempoh rawatan yang panjang dan mengambil masa berbulan-bulan lamanya, malah terdapat juga kes yang mengambil masa bertahun lamanya untuk menjalani rawatan. Jika ada usaha tidak mustahil anda akan sembuh sepenuhnya. Jadi sebelum terkena berbagai penyakit buatlah persediaan keewangan untuk merawat diri dan membayar segala urusan perbelanjaan rumahtangga.

Anda boleh lihat fungsi pelan ini lebih kurang sama seperti insurans nyawa yang memberikan wang pampasan dalam bentuk sekaligus. Secara amnya, pelan perlindungan penyakit kritikal memberi pampasan dalam bentuk sekaligus (lump sum) kepada anda dan keluarga sekiranya didiagnosis dengan penyakit kritikal, tanpa mengira kos rawatan di hospital.

Wang pampasan yang diterima ini boleh membantu anda dari segi kewangan agar anda boleh tempuhi proses pemulihan dan penyesuaian hidup semasa sakit sekiranya anda menghidap penyakit kritikal yang mengancam nyawa. Ini bermakna wang pampasan yang diterima ini harus diperuntukkan oleh anda sendiri sama ada untuk digunakan bagi tujuan kegunaan rawatan, ubat-ubatan dan juga boleh digunakan untuk tujuan lain seperti meringankan beban kewangan tanggungan anda semasa tempoh sakit. 

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan manfaat yang diterima untuk membayar kos rawatan susulan atau peralatan perubatan yang tidak dilindungi di bawah pelan perlindungan perubatan. Selain itu, anda juga boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan rawatan alternatif atau membayar pembiayaan untuk kelangsungan hidup keluarga anda.

Contoh Penyakit Kritikal

  • Serangan jantung
  • Kanser
  • Koma
  • Alzheimer
  • Pembedahan otak
  • Parkinson
  • Strok
  • Sakit buah pinggang 
  • Angioplasti dan rawatan pembedahan lain untuk penyakit arteri koronari utama
  • Anemia Aplasia kronik
  • Penyakit paru-paru tahap akhir
  • Kegagalan buah pinggang peringkat akhir
  • Pembedahan pintasan bagi arteri koronari
  • Tumor otak benigna
  • Buta atau hilang penglihatan
  • Penyakit neuron motor
  • Hipertensi arteri pulmonari primer
  • Kehilangan upaya diri sendiri
  • Penyakit arteri koronari lain yang serius
  • Melecur teruk
  • Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
  • Meningtis bakteria
  • AIDS peringkat teruk
  • Trauma kepala utama
  • Hilang pertuturan
  • HIV akibat transfusi darah
  • Paraplegia atau kelumpuhan
  • Kegagalan hati tahap akhir
  • Hepatitis virus fulminan
  • Pekak atau hilang pendengaran
  • Kardiomiopati teruk
  • Pembedahan aorta
  • Ensefalitis
  • AIDS peringkat teruk
  • Sklerosis berbilang
  • Pembedahan injap jantung



Rugi guna duit dan asset sendiri untuk bayar kos perubatan sedangkan ada banyak kemudahan yang disediakan.
Hubungi saya 014 6377649 - Siti

No comments:

Post a Comment