Semakin hari semakin ramai yang sedar kos rawatan hospital dan penyakit kritikal semakin hari semakin meningkat. Kos hidup juga semakin mendesak. Kita tidak akan dapat mampu bertahan lama dengan membayar segala kos perubatan dan kos sara hidup bila masa musibah datang secara tiba-tiba.
Sekarang ni pun dah sesak hospital- hospital milik kerajaan serta kos perubatan yang tinggi di hospital swasta antara faktor utama orang ramai mahu memiliki kad perubatan sendiri. Lebih selesa dan menjimatkan. Kalau ada salah faham atau kurang pengetahuan tentang polisi yang diambil. Oleh itu, sebagai seorang pelanggan kad perubatan, anda harus tahu beberapa ‘tempoh penting’ yang wujud di dalam polisi anda secara am.
1. TEMPOH BERTENANG (Free Look Period)
Tempoh bertenang ini juga disebut sebagai cooling period. Tempoh sepanjang 15 hari ini bermula sebaik sahaja permohonan anda diluluskan oleh pihak takaful. Dalam tempoh ini, anda haruslah membaca dan memahami pelan takaful yang sudah anda ambil seperti yang tertulis di dalam buku polisi anda.
Jika anda tidak berpuas hati atau tidak bersetuju dengan mana-mana terma yang wujud di dalam buku polisi, anda berhak untuk membuat aduan kepada syarikat pengendali takaful seterusnya membatalkan polisi tersebut. Untuk makluman anda, caruman yang telah dibayar akan dipulangkan semula.
Sebelum ambil mana-mana kad perubatan yang ditawarkan, fahami dulu ‘faktor-faktor penting dalam memilih kad perubatan.’
2. TEMPOH MENUNGGU (Waiting Period)
Tempoh kedua dan yang paling penting dalam polisi takaful anda ialah tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kad perubatan anda di hospital panel masing-masing. Secara amnya, kebanyakan pengendali takaful meletakkan 120 hari tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kemudahan ini.
Tujuan tempoh ini diwujudkan adalah untuk memastikan anda benar-benar sihat ketika memohon pelan takaful sekaligus mengelakkan cubaan menipu oleh peserta yang sudah ada penyakit-penyakit spesifik.
TEMPOH MATANG MEDICAL CARD
( *Waiting Period* ).
1. *Accident & emergency*
- Dah boleh guna lepas polisi approve
2. Demam ( biasa shj ) cover selepas 30 hari sijil - pay & claim
*Cashless (GL) akan berkuatkuasa selepas 90 hari sijil. Jika AIA issue GL sebelum tu kira bonus. Untuk lebih confident selepas 120 hari @ 4 bulan*
3. *36 penyakit kritikal*
- cover selepas 90 hari
- tapi dari 90 hari - 2 tahun, jika ada keraguan berdasarkan report attending physician, pihak AIA akan jalankan siasatan bagi mengesahkan sama ada penyakit/simptom tu dah ada sebelum ambil polisi atau tidak. So client kena pay & claim.
4. *Specified illnesses*
- cover lepas 120 hari
- sama juga macam no.3, dalam tempoh 120 hari - 2 tahun jika ada keraguan maka client kena pay & claim.
------–---------------------------------------------
*2 Years Incontestable Clause 😘
Clause ini digunapakai oleh semua syarikat insurans & takaful untuk melindungi syarikat daripada kes penipuan dan misconduct.
Kebiasaan untuk 1st time claim; jika laporan Dr. untuk claim menimbulkan keraguan ( suspicious penyakit lama ); syarikat akan *decline GL for investigation* ( bukan tak cover terus ).
Pesakit perlu pay & claim - Jika tiada sebarang rekod lampau samada di mana2 hospital atau klinik di temui, *AIA akan bayar balik 100% claim*
Credit: @nurulillianaAia
No comments:
Post a Comment