Perbezaan Antara Insurans Berkaitan Pelaburan vs Insurans Tradisional


Jika anda sedang mencari produk insurans yang menawarkan lebih daripada sekadar perlindungan, pelan insurans berkaitan pelaburan mungkin jawapan yang anda cari. Insurans berkaitan pelaburan adalah pilihan insurans yang semakin popular yang menggabungkan perlindungan insurans dengan peluang pelaburan.

Perbezaan Antara Insurans Berkaitan Pelaburan vs Insurans Tradisional

You nak bayar insuran untuk pelindungan dari sakit kritikal dan juga kematian, tapi you tak nak la bayar saja-saja, nak juga merasa apa yang dah dibayar balik. Jika you tak kisah, boleh bayar lebih you boleh guna pelan perlindungan insurans berkaitan pelaburan kini menjadi pilihan popular bagi mereka yang merancang persaraan, pendidikan anak-anak, haji dan umrah. Pelan perlindungan ini bukan hanya memberikan perlindungan kepada anda, tetapi turut membantu anda mencapai matlamat kewangan anda seperti menunaikan haji atau umrah.

Insurans Tradisional Hibah Takaful

Pertamanya kenalah tahu, Insurans tradisional atau insurans biasa sedia ada di pasaran biasanya hanya memberikan perlindungan insurans. Dalam islamiknya takaful hibah. Ia tidak menawarkan mana-mana komponen pelaburan dalam perlindungan. Sebagai contoh, insurans hayat atau insurans nyawa. Pelan insurans hayat tradisional merupakan langkah terbaik untuk memastikan bahawa anda dijaga dan dilindungi dari segi kewangan.

Insurans jenis ini menawarkan sejumlah amaun perlindungan yang dijamin dihibahkan kepada waris atau tanggungan pada akhir tempoh polisi atau apabila berlaku kematian. Anda juga boleh mendapat manfaat nilai tunai atau cash value bergantung pada apa yang ditawarkan dalam polisi yang anda ambil. Contoh 

  • Pampasan Hibah Sekiranya Meninggal Dunia (Khairat Kematian)
  • Pampasan Hibah Jika Berlaku Hilang Upaya atau Cacat Kekal (Income Protection)
  • Faedah Penepian Caruman (Waiver)
  • Faedah Tempoh Matang (Surrender Value atau Cash Value)

Caruman akan ditentukan mengikut keadaan semasa berpandukan beberapa faktor :

  • Umur
  • Jantina
  • Jenis Pekerjaan
  • Jumlah Hibah
  • Pilihan Faedah Tambahan

Takaful Insuran dan Pelaburan



Ada duit lebih untuk buat pelaburan? Nak pelaburan yang selamat dan stabil? 
Polisi insurans berkaitan pelaburan menggabungkan perlindungan insurans dengan pelaburan dalam dana unit amanah. Ia menawarkan perlindungan terhadap risiko kematian serta manfaat pelaburan untuk memenuhi keperluan kewangan anda dan yang tersayang. 

Secara ringkasnya, pelan insurans dua dalam satu ini tidak hanya memberikan perlindungan insurans. Tetapi ia juga membolehkan anda melabur dalam dana pelaburan tertentu.

Sama seperti anda melabur di unit amanah, tapi bila mana anda melabur dalam unit amanah, anda tidak diberikan pampasan sekirannya berlaku kematian atau sakit kritikal. 

Jadi, pelan insurans berkaitan pelaburan menawarkan lebih banyak fleksibiliti berbanding insurans tradisional. Ia membolehkan pemegang polisi untuk mengeluarkan sebahagian daripada nilai akaun semasa dalam tempoh perlindungan. Bayaran premium insurans berkaitan pelaburan diagihkan seperti berikut:

Satu bahagian diperuntukkan untuk perlindungan insurans;
Baki selebihnya akan dilaburkan dalam pelbagai dana pelaburan berdasarkan tahap risiko anda.

Ini adalah salah satu contoh takaful insuran yang berkait dengan pelaburan. 






Saya percaya anda pasti ada matlamat dan berkehendak untuk sesuatu. Samaada anda merancang pendidikan anak, berkahwin, membeli rumah dan menunaikan haji dan umrah. Ada perlu bijak dalam merancangan keewangan. Dengan membeli insuran plus pelaburan, anda dapat menikmati pelaburan anda dan pada masa yang sama dapat berikan perlindungan diri sekirannya ada disahkan penyakit kritikal seperti lumpuh, sakit jantung, kencing manis tahap tinggi. dan berbagai lagi. 
Jika anda seorang yang bijak dalam menguruskan harta, anda pasti akan menjadi seorang yang berada dan bukannya mengemis meminta sesuatu. Hubungi saya 014 6377649 - Siti untuk dapatkan quotation takaful, hibah dengan bajet keewangan dan komitment anda. 






No comments:

Post a Comment