Kesilapan Besar Bila Milih Produk Takaful

Ada ramai yang tidak faham tentang kepentingan takaful dan akhirnya salah dalam memilih produk takaful. Jadi sebelum mililih produk-produk takaful, lebih baik baca lebih lanjut.



Masalah Tiada Objektif

 Tanya diri anda kenapa anda perlukan perlindungan ini sebelum anda menyertai pelan Takaful. Secara amnya, ini adalah sebab-sebab mengapa seseorang itu mendapatkan perlindungan Takaful:



  • Melindungi yang tersayang akibat kematian anda
  • Melindungi diri daripada kecacatan kekal atau penyakit kritikal
  • Perlindungan perubatan
  • Simpanan dan pelaburan
  • Perancangan persaraan
  • Perancangan masa depan yang tersayang
  • Melindungi rumah atau perniagaan

Penting untuk anda mengetahui apa yang perlu diutamakan dan apa yang anda mahukan daripada sesebuah pelan Takaful. Anda tidak perlu khuatir untuk mempunyai lebih daripada satu objektif kerana terdapat pelbagai pengendali Takaful yang memberikan anda kebebasan untuk memilih dan menyesuaikan pelan perlindungan mengikut keperluan anda. Lebih tak mengapa tapi jangan ambil produk yang sama. 

Contohnya anda tahu keturunan anda cenderung pada penyakit, jika anda mahukan sebuah pelan yang mengutamakan perlindungan perubatan, maka pelan perlindungan simpanan tidak sesuai untuk objektif anda kerana majoriti besar caruman anda akan disalurkan ke dalamkomponen simpanan. Jadi anda perlu tetapkan objektif anda dan senaraikan keperluan andamengikut kepentingan bagi memudahkan anda membuat keputusan.



Menangguh - nangguh dalam buat keputusan

Jangan tangguh-tangguh, nanti tiba-tiba terkena musibah sendiri yang menyesal. Anda nak mendapatkan perlindungan perubatan mahupun perlindungan hayat, ia bukanlah sesuatu yang patut ditangguhkan. Namun, ramai yang mengambil masa yang lama untuk memiliki perlindungan takaful, mungkin kerana kurang kesedaran  atau akan mengalami pengurangan pendapatan setiap bulan atau ianya bukan keutamaan mereka. Mengikut statistik Bank Negara pada tahun 2018, hanya 50% rakyat Malaysia yang bekerja mempunyai pelan perlindungan.

Pilih Pengendali Takaful Yang Ternama

Memilih syarikat takaful sama seperti kita memilih untuk berurusan dengan bank. Produk yang ditawarkan adalah hampir sama tapi kita lihat pada servis dan berapa lama syarikat itu sudah ada di Malaysia. 



Pilih Agen Takaful Yang Komited

Kerap kali kita mendengar agen yang kita berurusan itu sudah berhenti. Jadi pilihlah agen yang punyai kredibiliti, buktinya mereka ada berikan kita informasi tentang perkhidmatan takaful dan punyai blog tentang takaful, mereka adalah agen yang serius.

Menangguh untuk mendapatkan pelan perlindungan boleh menyebabkan peningkatan kos. Peluang untuk anda mendapat pelan perlindungan mampu milik sewaktu masih muda adalah lebih tinggi kerana secara amnya amaun carumanakan meningkat bergantung kepada faktor kesihatan anda atau peningkatan usia. Bila kita nak kena musibah dan penyakit kita pun tidak tahu. 

Apa yang penting, pelan perlindungan yang terbaik adalah pelan yang paling sesuai dengan kehidupan anda. Jika anda membandingkan amaun caruman, cuba bandingkan mengikut pelan yang bersesuaian daripada memilih yang lebih tinggi atau lebih rendah. Walaupun anda tidak patut menangguh penyertaan anda dalam pelan Takaful, anda juga tidak perlu terburu-buru kerana perlindungan Takaful adalah sebuah komitmen. Akhir sekali, setelah anda mencapai kata putus, baca dan fahami terma dan syarat pelan serta perlindungan yang ditawarkan secara teliti. Seperti yang dinyatakan, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira sebelum menyertai pelan perlindungan Takaful.



Saya percaya anda pasti ada matlamat dan berkehendak untuk sesuatu. Samaada anda merancang pendidikan anak, berkahwin, membeli rumah dan menunaikan haji dan umrah. Ada perlu bijak dalam merancangan keewangan. Dengan membeli insuran plus pelaburan, anda dapat menikmati pelaburan anda dan pada masa yang sama dapat berikan perlindungan diri sekirannya ada disahkan penyakit kritikal seperti lumpuh, sakit jantung, kencing manis tahap tinggi. dan berbagai lagi. 
Jika anda seorang yang bijak dalam menguruskan harta, anda pasti akan menjadi seorang yang berada dan bukannya mengemis meminta sesuatu. Hubungi saya 014 6377649 - Siti untuk dapatkan quotation takaful, hibah dengan bajet keewangan dan komitment anda. 



No comments:

Post a Comment