Bagaimana Bersara Muda, Bebas Hutang?

 


Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), hanya 18% daripada golongan pekerja yang mempunyai akaun KWSP akan mempunyai simpanan yang cukup apabila tiba masa mereka bersara. Malah, hanya 48% saja daripada tenaga pekerja mempunyai akaun KWSP yang aktif. Kita semua perlu merancang untuk persaraan kita dan tak pernah terlalu awal untuk kita memulakannya. Setelah berpuluh tahun berhempas pulas mencari rezeki demi kelangsungan hidup, sudah tentu hari persaraan tatkala umur menjangkau 55 atau 60 tahun adalah sesuatu yang dinantikan. Selepas bersara, anda boleh menikmati hidup yang yang lebih tenang tanpa terikat dengan kesibukan kerjaya.

 Menurut kajian daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), majoriti ahlinya mempunyai purata simpanan berjumlah RM50,000 dan akan menggunakan keseluruhan wang simpanan dalam tempoh yang singkat. Oleh sebab itu, anda perlu membuat persediaan awal, merancang perbelanjaan serta menyediakan simpanan yang mencukupi. 



Jangan lupa bahawa kos untuk mengekalkan gaya hidup anda juga akan meningkat disebabkan oleh inflasi, jadi wang simpanan yang anda asingkan itu perlu mengambil kira faktor inflasi juga. Inilah sebabnya kenapa menyimpan wang seawal mungkin untuk tujuan persaraan itu sangat penting, iaitu supaya anda dapat menikmati keajaiban pengkompaunan. Walaupun pulangan sebanyak 5% setahun mungkin bunyinya seperti tak begitu banyak, kalau anda mulakan dengan RM1,000 dengan faedah pengkompaunan tahunan sebanyak 5%, dalam masa 30 tahun wang itu akan menjadi lebih daripada RM4,000!

Asingkan sebahagian pendapatan untuk tabung persaraan 

Setiap individu mempunyai gaya hidup yang berbeza dan tersendiri mengikut kemampuan masing-masing.  Untuk hari persaraan yang lebih sistematik, anda perlu mengetahui kos perbelanjaan hidup semasa terutamanya komitmen bulanan jangka panjang seperti pinjaman perumahan, kereta, insurans, pendidikan dan lain-lain.


Pastikan komitmen bulanan anda berkurangan menjelang tempoh persaraan. Seboleh-bolehnya, elakkan komitmen yang tinggi mahupun membuat pinjaman baru jika tempoh bekerja anda hanya berbaki 5 ke 6 tahun sahaja. Apabila komitmen anda berkurangan, wang persaraan anda boleh digunakan untuk perkara lain misalnya percutian idaman bersama keluarga tersayang.

Kenalpasti matlamat persaraan anda

Mungkin apabila bersara nanti, anda memerlukan wang untuk menyara kehidupan seharian anda sahaja, namun ada juga yang memerlukan peruntukan untuk menampung perbelanjaan perubatan dan membayar hutang-hutang yang masih berbaki.


Selain itu, ada juga yang perlu menggunakan wang persaraan untuk perbelanjaan-perbelanjaan besar seperti membina atau mengubahsuai rumah, menunaikan haji, melancong dan menampung perbelanjaan anak-anak yang masih belajar.

Ramai yang sering memandang remeh tentang jumlah wang yang akan diperlukan untuk menampung hari-hari persaraan mereka. Anda perlu tahu jenis persaraan yang anda inginkan dan rancang belanjawan anda dengan sewajarnya. 


 Kami telah menyenaraikan item yang biasa diperlukan dalam kehidupan seharian —cuba lihat berapa banyak wang diperlukan untuk setiap item dan buat anggaran jumlah yang diperlukan untuk menampung persaraan anda


  • Medikal Kad, Insuran Takaful
  • Barangan dapur
  • Utiliti 
  • Penyelenggaraan isi rumah
  • Penjagaan kesihatan, keperluan farmaseutikal 
  • Perkhidmatan langganan (WiFi, kad sim telefon bimbit…)
  • Melancong dan hiburan
  • Keperluan am (pembelian pakaian, buku…
  • Lain-lain 

Oleh itu, amat penting untuk anda menentukan apa yang mahu anda lakukan selepas bersara nanti. Sekiranya sudah jelas, anda tidak akan membuang masa dan akan memastikan wang persaraan anda disalurkan ke haluan yang tepat mengikut  kehendak anda.



Bekerja selepas bersara atau tidak?

Walaupun telah bersara, namun ada sesetengah individu yang masih mahu bekerja atas sebab tertentu. Berdasarkan kajian Merrill Linch dan Age Waved, seramai 7 daripada pesara mahu terus bekerja. Ini mungkin kerana mereka mahu mengisi masa lapang atau menampung perbelanjaan harian.

Jangan jadi orang yang dah tua kerja keras bayar hutang bro! stress nanti.

Jika anda ingin terus bekerja, gunakan kepakaran atau kemahiran anda untuk  menjana pendapatan. Anda kan boleh melakukan kerja dari rumah seperti menjahit, menulis, dan bertukang atau menjadi konsultan kepada organisasi, agen insuran yang masih memerlukan kepakaran anda. 

Biasalah bila usia seseorang meningkat, tahap kesihatan juga tidak lagi pada tahap yang optimum. Oleh itu, anda mungkin kerap berulang alik mendapatkan rawatan di klinik mahupun hospital. Amat penting untuk anda melengkapkan diri dengan insurans perubatan secukupnya yang memberikan anda perlindungan melangkau tempoh persaraan. Mana ada orang tua yang tak sakit?? What you expect... semakin tua of course la semakin komplikated kesihatan kita beb...



Mengikut kajian, rakyat di negara ini secara puratanya mampu hidup sehingga usia 80 tahun. Oleh itu, anda disarankan mendapatkan insurans yang dapat membantu membiayai perbelanjaan perubatan anda melebihi umur 80 tahun. Pastikan juga insurans tersebut melindungi penyakit-penyakit kritikal dan manfaat-manfaat unik yang dapat digunakan sepanjang usia emas anda. Ya, kematian itu satu takdir, tapi kita yang menentukan, yang buat pilihan. Buatlah pilihan agar dapat berikan yang terbaik semasa hidup dalam beribadah dengan sempurna dan hibah kepada yang tersayang apabila sudah tiada. 



Sesetengah pelan insurans juga memberikan pulangan kewangan setelah polisi matang mahupun tamat tempoh. Melaburlah dengan lebih awal dalam pelan-pelan seperti ini kerana sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban kewangan anda sekaligus menjalani tempoh persaraan dengan lebih tenang.




Saya percaya anda pasti ada matlamat dan berkehendak untuk sesuatu. Samaada anda merancang pendidikan anak, berkahwin, membeli rumah dan menunaikan haji dan umrah. Ada perlu bijak dalam merancangan keewangan. Dengan membeli insuran plus pelaburan, anda dapat menikmati pelaburan anda dan pada masa yang sama dapat berikan perlindungan diri sekirannya ada disahkan penyakit kritikal seperti lumpuh, sakit jantung, kencing manis tahap tinggi. dan berbagai lagi. 

Perancangan legasi yang baik dan berkesan adalah amat penting buat keluarga kerana ia memudahkan waris untuk menguruskan harta peninggalan tanpa perlu melalui proses pembahagian harta yang rumit, sekaligus dapat meneruskan kehidupan seharian dengan tenang. Dapatkan quotation takaful, hibah dengan bajet keewangan dan komitment anda. 
Hubungi saya 014 6377649 - Siti (AIA Public Takaful Agen)



No comments:

Post a Comment