Perlukah Takaful Untuk Anak? Cara Buat Pilihan Takaful Untuk Anak Bagaimana?



Perlukah Takaful Untuk Anak? Cara Buat Pilihan Takaful Untuk Anak Bagaimana?

Wujudkah takaful untuk anak? Menjadi satu kerugian sekiranya ibu dan ayah tidak memberikan yang terbaik buat anak kerana anak itu adalah satu anugerah yang amat bermakna untuk keluarga. Beringat dan berjaga-jaga, anak juga perlu perlindungan takaful. Bukan untuk dewasa sahaja kan.

Amat jarang kita lihat ibu bapa yang mengambil takaful perubatan untuk anak mereka. Kebanyakan ibu bapa mementingkan hal keperluan dan kemahuan anak seperti makanan, susu formula, pakaian dan sebagainya lagi. Tidak dinafikan, itu memang keperluan penting. Ibu bapa banyak menghabiskan duit untuk beli main yang akhirnya tidak lagi dapat digunakan. Apa yang lebih penting, pelan pelindungan dan pelaburan untuk anak-anak.

Segala kemudahan takaful juga telah disediakan.  Anda boleh terus mendaftar dan menerima faedahnya pada masa yang diperlukan nanti.

Perlukah Takaful Untuk Anak?

Takaful untuk anak sememangnya amat diperlukan untuk memastikan tahap kesihatan, kesejahteraan dan juga keselamatan mereka lebih terjamin. Ia kerana anak-anak ini akan lebih mudah terdedah kepada bahaya terutamanya dari segi kesihatan. Selain kesihatan, terdapat juga takaful pendidikan buat anak-anak. Jadi, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, pastikan anda telah mendaftar takaful lengkap buat anak anda. Terdapat banyak faedah dan kelebihan takaful terhadap anak-anak anda.


Sebab Perlu Takaful Untuk Anak?

Walaupun anak masih kecil, malah semasa dalam kandungan lagi mereka berhak untuk mendapat perlindungan. Jom lihat antara kebaikan dan kepentingan takaful buat anak.


Mendapat Pampasan Dengan Harga Yang Kompetitif

Biasanya, anak-anak mempunyai kebarangkalian untuk menggunakan semua tuntutan pampasan. Dengan adanya perlindungan takaful  anak, perlindungan mereka akan lebih terjamin dan mendapat pampasan dengan harga yang lebih kompetitif.


Mendapat Perlindungan Dan Sokongan

Selain harga yang kompetitif, takaful untuk anak juga diperlukan bagi mendapat perlindungan dari pelbagai jenis penyakit. Jadi segala penyakit, kegagalan organ dan kelainan pada tubuh badan juga akan diberi jaminan untuk dirawat dengan kadar terbaik dan segera.


Takaful adalah umpama sokongan apabila seseorang itu dilanda kesukaran seperti masuk hospital, disahkan penyakit dan lain-lain lagi. Bukan sahaja orang dewasa, anak kecil juga turut boleh dilindungi.


Tak Perlu Risau Kos Rawatan Perubatan Anak

Ketahuilah bahawa kos perubatan kanak-kanak juga amat mahal dan makin meningkat saban tahun. Dengan adanya takaful untuk anak, kita sebagai ibubapa tidak perlu risau lagi akan kos perubatan mereka kerana dilindungi oleh takaful.



Cuba kita bayangkan, jika anak diuji dengan kemerosotan kesihatan pasti memakan kos yang sangat tinggi. Ini salah satu kepentingan takaful untuk anak.

Ganjaran Bonus Tanpa Tuntutan

Bonus ini bagi anda yang mencarum takaful untuk anak dan tidak membuat tuntutan dalam tempoh masa tertentu. Ganjaran bonus ini biasanya akan diperolehi dalam bentuk rebat tunai.  Pastikan anda memilih syarikat takaful yang memiliki pelan ini sekiranya mahukan ganjaran bonus yang menarik ini. Oleh itu, ganjaran bonus yang diperolehi semakin banyak sekiranya anda bermula lebih awal.


Kesimpulannya, anak-anak adalah anugerah yang tak ternilai yang dikurniakan oleh tuhan kepada kita. Mereka adalah amanah yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Oleh itu, takaful untuk anak dapat mengurangkan kerisauan kita terhadap mereka sekiranya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini. 


Dana Pendidikan Anak

Mempunyai takaful untuk anak juga banyak kelebihannya. Salah satu kebaikan takaful untuk anak adalah dapat membuat dana pendidikan untuk sambung pelajaran ke menara gading.Terdapat banyak jenis pelan takaful, anda boleh memilih takaful yang mempunyai faedah pendidikan ini. Semua yang kita lakukan adalah untuk kepentingan anak, jadi jangan buang masa lagi. Takaful untuk anak sememangnya penting untuk jangka masa yang lama.

Ada ada rasa risau? sebagai ibubapa yang bertanggungjawap, perlu fikirkan masa depan anak-anka. Kurangkan kerisauan anda apabila anak-anak dilanda ujian kesihatan dengan mengambil perlindungan takaful sekiranya anda mampu. Ini merupakan antara pilihan perlindungan yang ada buat anak-anak anda.

Tanya diri anda kenapa anda perlukan perlindungan ini sebelum anda menyertai pelan Takaful. Secara amnya, ini adalah sebab-sebab mengapa seseorang itu mendapatkan perlindungan Takaful:

  • Melindungi yang tersayang akibat kematian anda
  • Melindungi diri daripada kecacatan kekal atau penyakit kritikal
  • Perlindungan perubatan
  • Simpanan dan pelaburan
  • Perancangan persaraan
  • Perancangan masa depan yang tersayang
  • Melindungi rumah atau perniagaan

Penting untuk anda mengetahui apa yang perlu diutamakan dan apa yang anda mahukan daripada sesebuah pelan Takaful. Anda tidak perlu khuatir untuk mempunyai lebih daripada satu objektif kerana terdapat pelbagai pengendali Takaful yang memberikan anda kebebasan untuk memilih dan menyesuaikan pelan perlindungan mengikut keperluan anda.

Contohnya, jika anda mahukan sebuah pelan yang mengutamakan perlindungan perubatan, maka pelan perlindungan simpanan tidak sesuai untuk objektif anda kerana majoriti besar caruman anda akan disalurkan ke dalamkomponen simpanan. Jadi anda perlu tetapkan objektif anda dan senaraikan keperluan andamengikut kepentingan bagi memudahkan anda membuat keputusan.


Saya percaya anda pasti ada matlamat dan berkehendak untuk sesuatu. Samaada anda merancang pendidikan anak, berkahwin, membeli rumah dan menunaikan haji dan umrah. Ada perlu bijak dalam merancangan keewangan. Dengan membeli insuran plus pelaburan, anda dapat menikmati pelaburan anda dan pada masa yang sama dapat berikan perlindungan diri sekirannya ada disahkan penyakit kritikal seperti lumpuh, sakit jantung, kencing manis tahap tinggi. dan berbagai lagi. 

Jika anda seorang yang bijak dalam menguruskan harta, anda pasti akan menjadi seorang yang berada dan bukannya mengemis meminta sesuatu. Hubungi saya 014 6377649 - Siti untuk dapatkan quotation takaful, hibah dengan bajet keewangan dan komitment anda. 





No comments:

Post a Comment