Hibah Takaful bermaksud hadiah. Dalam konteks hibah takaful, ia merupakan satu pemberian yang dibuat oleh peserta takaful secara sukarela dengan menghadiahkan faedah takaful kepada pihak ketiga. Pengendali takaful akan membayar faedah takaful kepada penerima hibah apabila peserta takaful meninggal dunia, tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang termaktub di dalam sijil takaful anda.
Pemberi hibah takaful (peserta takaful) boleh menghibahkan faedah takaful kepada sesiapa sahaja yang diinginkan, tanpa mengira hubungan, agama mahupun bangsa. Tetapi ianya lebih afdal jika hibah takaful tersebut diberikan kepada ahli keluarga terdekat (isteri/suami atau anak-anak) sebagai tanda kasih sayang.
Jadi pada muallaf yang ingin mewariskan harta kepada ibu bapa, anak yang bukan beragama Islam, anda boleh gunakan konsep hibah takaful. Anda juga boleh menghibahkan asset-asset yang lain dengan cara :
Hibah dapat menyelesaikan masalah-masalah biasa yang dihadapi oleh waris apabila berlakunya kematian seseorang seperti :-
- Mengelakkan proses di mahkamah yang panjang dan memerlukan kos guaman
- Mengelakkan perebutan harta sesama ahli keluarga kecil dan besar
- Hilang minat menguruskan harta si mati memandangkan proses yang pelbagai dan leceh
- Bermasam muka sesama ahli keluarga sendiri
- Harta tidak dituntut langsung oleh waris
Mengapa perlu gunakan hibah takaful? Jawapan ini sungguh popular tetapi masih ramai yang mengambil ringan soal ini. Selepas dari kematian seseorang, ada beberapa perkara yang perlu disegerakan :-
- Hal pengurusan jenazah hingga dikebumikan
- Hal pembahagian harta pusaka
- Hal penyelesaian hutang-piutang
Perancangan legasi yang baik dan berkesan adalah amat penting buat keluarga kerana ia memudahkan waris untuk menguruskan harta peninggalan tanpa perlu melalui proses pembahagian harta yang rumit, sekaligus dapat meneruskan kehidupan seharian dengan tenang.
Bolehkah mualaf mewarisi harta keluarganya yang bukan Islam?
Terdapat perbezaan pendapat mengenai hukum seorang Muslim mewarisi harta ahli keluarganya seperti ibu bapanya yang bukan Islam.
Ada ulama’ yang membenarkannya, ada juga ulama’ yang melarangnya.
Antara ulama’ yang membenarkannya adalah seperti Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Menurut Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, orang Islam boleh mewarisi harta bukan Islam, namun orang bukan Islam tidak boleh mewarisi harta orang Islam.
Dalam kes tuntutan atau pewarisan harta pusaka ibu atau bapa yang bukan beragama Islam, ia sebenarnya boleh juga dilakukan dalam bentuk hibah atau wasiat.
Sebagai contoh, jika si mati yang bukan Islam ada mewasiatkan pemberian harta tertentu kepada warisnya termasuk waris yang beragama Islam, maka waris yang beragama Islam itu boleh menerima harta tersebut.
Ini adalah penerimaan harta pusaka melalui jalan atau kaedah wasiat. Waris juga boleh menerima harta ibu dan bapanya dengan cara hibah.
Namun, kaedah hibah perlu dilaksanakan sewaktu pemilik harta masih hidup. Hanya wasiat sahaja yang ditunaikan setelah pemilik harta meninggal dunia.
Pada masa kini, masyarakat Islam di Malaysia sudah sinonim dengan perkataan hibah takaful disebabkan ramai yang mengambil pelan hibah takaful untuk ditinggalkan kepada keluarga selepas berlakunya kematian.
Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa selain daripada hibah takaful, kita masih ada cara lain untuk menghibahkan harta kita seperti:
Wang ringgit
Akaun bank
Saham
Perniagaan
Tanah
Rumah
Bangunan
Pelaburan dan beberapa aset yang lain
Melalui syarikat Amanah seperti as-Salihin Trustee Berhad.
Ramai yang risau tentang perkara ini akan bercanggah dengan hukum dan seolah-olah mereka sudah menidakkan tentang hukum Faraid
Memperkenalkan A-Life Kasih Famili, pelan Takaful Keluarga yang memenuhi keperluan perlindungan keluarga anda. Pelan ini memberikan anda ketenangan fikiran mengetahui bahawa keluarga anda akan dapat terus menikmati kehidupan yang berkualiti sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada anda mahupun pasangan anda.
Buatlah perancangan lebih awal dan pastikan kehidupan yang lebih bermakna untuk anda dan keluarga dengan A-Life Kasih Famili.
No comments:
Post a Comment