Cara Wariska Harta Pusaka Pada Isteri dan Anak Perempuan

Ada banyak persoalan tentang bahagian faraid anak perempuan. Ibubapa yang punyai anak perempuan risau anak perempuan tak ada hak ke atas harta pusaka. Malah masih ramai yang beranggapan bahawa anak perempuan tidak layak mewarisi harta pusaka.

Pertamanya kena faham, anak perempuan ialah kategori waris utama atau waris fardhu iaitu waris yang WAJIB dapat bahagian faraid dan tidak terhalang oleh mana2 ahli waris yang lain.



Keduanya kena faham, bahagian faraid anak perempuan ada 3 keadaan berdasarkan Surah An-Nisa ayat 11 :


يوُصِيكُمُ اللّٰهُ فِي أَوْلَدِكُمْ لِلذَّكَرٍ مِثْلُ حَظِّ الْاُنثَيَيْنِ فَاِن كُنَّ نِسَأً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثاَ ماَ تَرَكَ وَإِن كاَنَتْ وٰحِدَةً فَلَهاَ النِّصْفُ..


“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika hanya ada anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu...”


1) Asobah : iaitu berkongsi bahagian baki dengan anak lelaki (lelaki dapat 2 bahagian perempuan dapat 1 bahagian).

2) 2/3 bahagian : jika si mati ada meninggalkan anak perempuan 2 orang atau lebih. Maka anak2 perempuan tersebut berkongsi bahagian 2/3 dari bahagian pusaka.

3) 1/2 bahagian : jika si mati ada meninggalkan seorang anak perempuan. Maka anak perempuan tersebut akan dapat separuh bahagian pusaka.


#Situasi 1

Si mati meninggalkan isteri, seorang anak perempuan, ibu dan bapa masih hidup, adik-beradik 3 lelaki 2 perempuan.


Waris faraid si mati ialah :

-isteri : 1/8

-anak perempuan : 1/2

-ibu : 1/6

-bapa : dapat baki harta (asobah)

-adik-beradik tak dapat faraid kerana terhalang oleh bapa.


#Situasi 2


Si mati meninggalkan isteri, 2 orang anak perempuan, ibu, adik-beradik 3 lelaki 2 perempuan manakala bapa dan datuk dah meninggal.

Waris faraid si mati ialah :

-isteri : 1/8

-2 AP : berkongsi bahagian 2/3

-ibu : 1/6

-adik-beradik si mati : dapat baki harta (asobah) di mana lelaki dapat 2 bahagian perempuan dapat 1 bahagian.


#Situasi 3

Si mati meninggalkan isteri, 2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan, bapa, 2 orang adik lelaki.


Waris faraid si mati ialah :

-isteri : 1/8

-bapa : 1/6

-2 AL 1 AP : berkongsi baki harta (asobah) di mana lelaki dapat 2 bahagian perempuan 1 bahagian.

-2 adik lelaki si mati tak dapat faraid kerana terhalang oleh anak lelaki dan bapa.


#Situasi 4

Si mati meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan. Ibu bapa dan datuk juga dah meninggal. Si mati adalah anak tunggal.


Waris faraid si mati ialah :

-isteri : 1/8

-anak perempuan : 1/2

-Baitulmal : dapat baki harta pusaka kerana si mati tiada waris lelaki/asobah yang lain.


#Situasi 5

Si mati meninggalkan suami, seorang anak perempuan, dan seorang kakak. Ibu bapa dah meninggal.


Waris faraid si mati ialah :

-suami : 1/4

-anak perempuan : 1/2

-kakak : baki harta (asobah ma’al ghair)

Contoh situasi2 di atas hanyalah untuk menjelaskan di mana anak perempuan akan mendapat bahagian faraid yang berbeza dalam struktur waris faraid yang berbeza. Dalam keadaan tiada waris lelaki yang menjadi asobah (anak lelaki, bapa atau datuk) maka adik-beradik si mati akan mendapat baki faraid si mati. Dalam keadaan adik-beradik si mati pun tiada, maka barulah baki harta akan dapat ke Baitulmal.

Biar tahu jangan keliru. - Credit Lawyer Roslina Sabiyah & Co.

Maka, jika anda hanya punyai anak -anak perempuan, maka seeloknya tulislah wasiat agar memudahkan pengurusan harta pusaka seperti hartanah dan kenderaan. Anda boleh menggunakan khidmat As Salihin dan juga lawyer. 

Hibah bermaksud hadiah. Dalam konteks hibah takaful, ia merupakan satu pemberian yang dibuat oleh peserta takaful secara sukarela dengan menghadiahkan faedah takaful kepada pihak ketiga. Pengendali takaful akan membayar faedah takaful kepada penerima hibah apabila peserta takaful meninggal dunia, tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang termaktub di dalam sijil takaful.


Pemberi hibah takaful (peserta takaful) boleh menghibahkan faedah takaful kepada sesiapa sahaja yang diinginkan, tanpa mengira hubungan, agama mahupun bangsa. Tetapi ianya lebih afdal jika hibah takaful tersebut diberikan kepada ahli keluarga terdekat (isteri/suami atau anak-anak) sebagai tanda kasih sayang. 

Jadi pada pasangan yang tidak punyai anak boleh gunakan Hibah dalam mewariskan harta pusaka sekirannya berlaku kematian pada anda. 


Hibah dapat menyelesaikan masalah-masalah biasa yang dihadapi oleh waris apabila berlakunya kematian seseorang seperti :-
  • Mengelakkan proses di mahkamah yang panjang dan memerlukan kos guaman
  • Mengelakkan perebutan harta sesama ahli keluarga kecil dan besar
  • Hilang minat menguruskan harta si mati memandangkan proses yang pelbagai dan leceh
  • Bermasam muka sesama ahli keluarga sendiri
  • Harta tidak dituntut langsung oleh waris
Mengapa perlu gunakan hibah takaful? Jawapan ini sungguh popular tetapi masih ramai yang mengambil ringan soal ini. Selepas dari kematian seseorang, ada beberapa perkara yang perlu disegerakan :-
  • Hal pengurusan jenazah hingga dikebumikan
  • Hal pembahagian harta pusaka
  • Hal penyelesaian hutang-piutang
Memperkenalkan A-Life Kasih Famili, pelan Takaful Keluarga yang memenuhi keperluan perlindungan keluarga anda. Pelan ini memberikan anda ketenangan fikiran mengetahui bahawa keluarga anda akan dapat terus menikmati kehidupan yang berkualiti sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada anda mahupun pasangan anda.

Buatlah perancangan lebih awal dan pastikan kehidupan yang lebih bermakna untuk anda dan keluarga dengan A-Life Kasih Famili.



Hubungi Saya untuk dapatkan quotation, hibah dan medikal kad mengikut bajet dan keperluan anda. Jangan tunggu lama, musibah dan kematian tak akan menunggu kita.



No comments:

Post a Comment