5 Sebab Mengapa Anda Perlu Ada Takaful, Walaupun Kerja Syarikat Besar



Tahniah! you dah dapat kerja di organisasi besar yang menawarkan pelan perubatan percuma, MC, dan cuti tahunan. Jadi, buat apa nak dapatkan pelan medikal insuran peribadi pula?

Ini sebabnya, syarikat yang anda kerja akan mengambil polisi group medikal insuran. Sama seperti insuran peribai menawarkan rawatan, pembedahan dan juga rawatan warded di hospital swasta yang selesa. 

Kita perlu ingat medical insuran yang anda miliki adalah milik syarikat yang anda bekerja bukan peribadi. Jadi anda tertakluk pada polisi syarikat anda. 

1) Kebanyakan polisi syarikat punyai limit untuk rawatan di hospital tahunan. Ada sesetengah meletakkan RM10k - RM100k bergantung kepada tahap kepentingan anda dalam syarikat. 
Kalau terkena penyakit yang dalam bajet kompeni anda selamat lah. Kalau terlebih bajet, kenalah top up duit anda sendiri. 

2) Syarikat anda boleh aja kurangkan limit pelan perubatan insuran anda tidak dapat perform dalam syarikat atay syarikat berada dalam keadaan yang tidak stabil.

3) Berbanding dengan medikal insuran peribadi anda boleh dapatkan perlindungan perubatan hingga ke tahap RM1 mil. 

4) Anda tidak dapat apa-apa pampasan jika anda tidak dapat lagi bekerja. Kawan saya sendiri bekerja di syarikat MNC besar lah Petro, dia kena slip disc sebab duduk lama atas kerusi. Dia memanglah dapat rawatan percuma tapi dia dah tak dapat duduk lama2 atas kerusi, Jadi camne pula dia nak kerja? Tak lama kemudian, saya dapat tahu dia dah berhenti sebab masalah kesihatan. See? 
Adanya takaful insuran, dia boleh dapat pampasan disebabkan masalah kesihatan dan dia boleh gunakan untuk keperluan hidupnya semasa dia dah tak boleh kerja.

5) Anda tertakluk pada polisi syarikat yang boleh berhentikan anda bila-bila masa. 
Sekarang kita boleh tengok banyak syarikat besar yang dah buat downsizing, kurangkan pekerja dan menggunakan teknologi AI. Terjadi pada saudara saya yang berusia 50an yang kena sakit kronik. Dia bekerja di syarikat MNC besar lah, coverage tip top, tapi lambat laun dia kena berhenti juga sebab masalah kesihatan dan umur. Dia menyesal sebab tak ambil takaful awal, bila dah kena sakit kronik syarikat insuran dah tak dapat terima dia lagi. Dia cuba juga syarikat insuran yang dapat terima dia, tapi akhirnya duit dia lesap ribuan sebab kena tipu. Terpaksalah dia guna duit KWSP. 
Benarlah cakap bro ni.

 



Dapatkan perlindungan untuk anda dan keluarga. 





 

No comments:

Post a Comment