Tanda Sakit Kanser Payudara Ramai Tidak Peduli

 Biasanya pesakit kanser hanya menyedari dia mengidap kanser bila penyakitnya sudah pada peringkat 4. Dan, selalunya keadaan ini dianggap sudah terlalu lewat.

 Benjolan yang tidak menyakitkan di payudara. - Pendarahan atau lelehan luar biasa daripada puting. - Gatal yang berterusan dan ruam di sekitar puting. 

MENUNGGU sehingga ada simptom dan jarang melakukan rutin pemeriksaan sendiri antara faktor peningkatan kes kanser payudara di negara ini kerana sudah berada pada tahap lewat, iaitu membabitkan peringkat tiga dan empat (terakhir) sehingga sukar diselamatkan.

Pakar Perunding Kanan Onkologi dan Radioterapi (Kanser), Hospital Pakar KPJ Damansara dan KPJ Selangor, Dr Aminudin Rahman Mohd Mydin, berkata kira-kira 15 peratus barah kanser payudara di negara ini dikesan pada usia kurang 40 tahun dan angka ini semakin meningkat.

Katanya, rata-rata daripada pesakit ini beranggapan mereka bebas daripada serangan barah payudara sehingga timbul satu benjolan yang mungkin ketika itu sudah berada pada tahap tiga atau empat.

Seeloknya wanita berusia 20 tahun ke atas lakukan pemeriksaan payudara sendiri setiap bulan selepas haid. - Foto hiasan

Pemeriksaan sendiri setiap bulan sebagai langkah awal mengesan sebarang benjolan. - Foto hiasan

"Ini terbukti melalui pengesanan awal barah pada tahap satu dapat menyelamatkan hampir 90 peratus nyawa berbanding tahap empat, iaitu hanya lebih kurang 20 peratus saja," katanya.

Malaysia catat kematian tertinggi di ASEAN

Berdasarkan data dari Globocan (Global Cancer Observatory), iaitu platform berasaskan web interaktif

yang menampilkan statistik barah global pada 2012, Malaysia mencatatkan peratusan kematian tertinggi dalam kalangan pesakit barah payudara di ASEAN iaitu sebanyak 24.7 peratus.

Manakala Filipina mencatatkan 23.3 peratus; Indonesia (21.5 peratus); Singapura (19.6 peratus) dan Thailand serta Vietnam masing-masing (13.8 peratus). sumber berita harian

Ramai di antara kita yang lebih serasi dengan rawatan alternatif. Perlu diingatkan apa saja rawatan yang kita pilih melibatkan kos perubatan dan juga sokongan dari keluarga. Jika kita buat persediaan awal dengan mengambil insuran takaful, hibah, kita dapat mengurangkan bebebanan keluarga bila tiba masa kita mendapat musibah ujian penyakit kritikal.

Mengapa perlu Medikal Kad?
Fungsi kad perubatan adalah sebagai perlindungan kepada Bil Hospital Swasta yang tinggi. Dengan medical card, anda mampu mendapatkan rawatan yang lebih selesa, cepat dan tepat. Anda tidak perlu menggunakan akaun saudara mara, akaun Bank, Akaun EPF @ KWSP, Akaun DERMA orang ramai untuk melangsaikan Bil Rawatan anda.


Kita jangan hanya pentingkan diri sendiri. Ya, kita ingin sihat. Kerapkali pasangan atau waris yang menjaga kita waktu kita sakit akan mengalami tekanan yang tinggi dalam menguruskan segala perbelanjaan dan anak-anak. Jika anda kasihan pada isteri/suami serta waris anda. Buatlah persediaan agar anda dapat mengurangkan tekanan keewangan serta emosi mereka untuk dapatkan quotation takaful, hibah dengan bajet keewangan dan komitment anda. Masa sakit kita sangat perlukan support dari ahli keluarga, apa salahnya kita ringankan bebanan mereka. Hubungi saya 014 6377649 - Siti



No comments:

Post a Comment