3 Sebab Mengapa Takaful Penting

1. Semua orang berhadapan dengan risiko

Hakikatnya, kita semua berhadapan dengan risiko kematian, kemalangan, kelumpuhan dan penyakit (3D; death, diasbility & diseases). Cuma, bila dan bagaimana sahaja itu rahsia Tuhan. Kita sebagai manusia wajib berusaha dengan berbagai sementara masih lagi sihat. 



2 Pengganti Kad Kredit / Debit untuk Kemasukkan ke Hospital

Anda tidak mahu ambil takaful sebab majikan dah ada insuran untuk pekerja. Jadi anda boleh gunakan manfaat tersebut jika dimasukkan ke hospital. Izinkan saya bertanya satu soalan kepada anda. Berapakah jumlah coverage untuk kad perubatan daripada majikan anda? Bagaimana pula coverage untuk suami/isteri serta anak anda?




3 Malang tidak berbau

Biasa dengar dengan hadis “Ingat lima perkara sebelum lima perkara”?

Konsep ini juga terpakai dalam insurans/takaful.Syarat utama nak lulus permohonan perlindungan insurans/takaful adalah mesti dilindungi sebelum kejadian itu berlaku. Sebagai contoh, risiko penyakit.

Kalau kita dah diserang sesuatu penyakit, contohnya sakit jantung, dan baru mula mengambil insurans/takaful, maka penyakit ini sudah tidak lulus permohonan. Terpaksalah anda bayar sendiri.

Sebab itulah dinasihatkan untuk mengambil skim perlindungan insurans/takaful semasa sihat (sebelum sakit).


4. Melindungi Harta dan Asset

Kalau kita beli kereta baru ataupun memperbaharui cukai jalan (road tax), kita diwajibkan untuk mengambil insurans/takaful kenderaan. Kalau kita membeli rumah menggunakan pinjaman/pembiayaan bank, diwajibkan untuk mengambil insurans/takaful tertentu.

Kenapa?

Kerana insurans/takaful ini akan melindungi harta-harta tadi jika berlaku musibah atau sesuatu perkara yang tidak diingini, contohnya kemalangan, kecurian, kebakaran, dan apa saja musibah yang bakal melanda yang tidak dijangka. Bagaimana pulan dengan diri kita sendiri, anak2 dan keluarga sudah tentu harga yang paling bernilai adalah diri kita sendiri, tubuh badan dan nikmat kesihatan. Itu lebih penting dari rumah dan kereta. Betul?


Kita jangan hanya pentingkan diri sendiri. Ya, kita ingin sihat. Kerapkali pasangan atau waris yang menjaga kita waktu kita sakit akan mengalami tekanan yang tinggi dalam menguruskan segala perbelanjaan dan anak-anak. Jika anda kasihan pada isteri/suami serta waris anda. Buatlah persediaan agar anda dapat mengurangkan tekanan keewangan serta emosi mereka. Hubungi saya 014 6377649 - Siti untuk dapatkan quotation takaful, hibah dengan bajet keewangan dan komitment anda.


No comments:

Post a Comment