Apa Itu Hibah Takaful Perlu ke?

 


Ketahui kepentingan hibah takaful sebagai kaedah pengurusan harta yang menjamin masa depan orang tersayang. Hibah bermaksud hadiah. Dalam konteks hibah takaful, ia merupakan satu pemberian yang dibuat oleh peserta takaful secara sukarela dengan menghadiahkan faedah takaful kepada pihak ketiga. Pengendali takaful akan membayar faedah takaful kepada penerima hibah apabila peserta takaful meninggal dunia, tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang termaktub di dalam sijil takaful.




Siapa yang layak menerima hibah takaful?

Yang bagus tentang hibah, pemberi hibah takaful (peserta takaful) boleh menghibahkan faedah takaful kepada sesiapa sahaja yang diinginkan, tanpa mengira hubungan, agama mahupun bangsa. Tetapi ianya lebih afdal jika hibah takaful tersebut diberikan kepada ahli keluarga terdekat (isteri/suami atau anak-anak) sebagai tanda kasih sayang. Ini amat berharga pada mereka yang tiada anak, atau ada anak angkat, mualaf yang ingin berikan pada keluarga yang bukan islam. Atau mereka yang ada anak lelaki dan perempuan, tapi hendak berikan hibah yang lebih pada isteri. Yakah, zaman sekarang ramai anak-anak yang hanya pentingkan harta pusaka, tapi bab nak jaga ibubapa dibiarkan saja.





Adaka hibah takaful hanya akan terlaksana selepas kematian peserta takaful (pemberi hibah)? 

Ya, pembayaran faedah takaful akibat kematian peserta takaful hanya akan dilakukan setelah kematian peserta takaful. Semakin ramai golongan muda zaman kini yang lebih bijak merancang kewangan dan sedar akan kepentingan takaful. Secara lazimnya, ramai yang memilih takaful perubatan sebagai pelan takaful yang pertama buat diri sendiri dan ahli keluarga. Namun, jika berkemampuan, kita digalakkan untuk mempertingkatkan perlindungan merangkumi perlindungan hayat yang menawarkan ciri hibah takaful sebagai kaedah pengurusan harta yang dapat menjamin masa depan orang tersayang.



Jenis-jenis takaful ini sama pentingnya, walaupun menawarkan faedah takaful yang berbeza. Takaful perubatan melindungi peserta takaful sekiranya jatuh sakit manakala perlindungan hayat dan hibah takaful pula berperanan melindungi ahli keluarga selepas kematian peserta takaful.


Saya percaya anda pasti ada matlamat dan berkehendak untuk sesuatu. Samaada anda merancang pendidikan anak, berkahwin, membeli rumah dan menunaikan haji dan umrah. Ada perlu bijak dalam merancangan keewangan. Dengan membeli insuran plus pelaburan, anda dapat menikmati pelaburan anda dan pada masa yang sama dapat berikan perlindungan diri sekirannya ada disahkan penyakit kritikal seperti lumpuh, sakit jantung, kencing manis tahap tinggi. dan berbagai lagi. 

Perancangan legasi yang baik dan berkesan adalah amat penting buat keluarga kerana ia memudahkan waris untuk menguruskan harta peninggalan tanpa perlu melalui proses pembahagian harta yang rumit, sekaligus dapat meneruskan kehidupan seharian dengan tenang.Hubungi saya 014 6377649 - Siti untuk dapatkan quotation takaful, hibah dengan bajet keewangan dan komitment anda. 


No comments:

Post a Comment