Bagaimana Cara Mendapatkan Medikal Kad Murah?


“Macam mana nak tahu tu medical card terbaik?” 

"Mana nak dapatkan medikal kad murah?" 

Ini merupakan antara pertanyaan biasa yang sering diajukan oleh mereka yang ingin mendapatkan medikal kad. Firstly, tak ada method khusus untuk menentukan sama ada Medikal Kad yang anda pilih adalah terbaik atau tidak. Ia bergantung sepenuhnya pada keperluan dan bajet yang anda tetapkan. 

Pelan perlindungan Medikal Kad terbaik menawarkan apa yang anda perlu pada harga yang berbaloi dan mampu milik ikut bajet keewangan anda. Tetapi, kita perlu diambil kira sebelum pilih pelan medikal kad terbaik yang sesuai dengan keperluan anda. Pelan yang terbaik yang kita nak mesti ada perlindungan yang komprehensif, pelan Medikal Kad terbaik memainkan peranan dalam melindungi anda dan ahli keluarga daripada pelbagai risiko selain menjamin keselesaan dan kesenangan masa depan. 

1. Tak Ada Had Tahunan, Had Tahunan yang Mencukupi

Jangan ambil pelan insurans kad perubatan dengan had tahunan yang terlalu rendah seperti RM50,000. Ini kerana, kos perubatan di Malaysia dijangka akan terus meningkat dari tahun ke tahun. Ia sekali gus akan menyebabkan bil perubatan akan menjadi lebih mahal. Maka sebab itu semakin tua, semakin mahal medikal kad.



Jika anda dapatkan insurans kesihatan dengan had tahunan RM200,000 setahun, ia semestinya tidak mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan jika mengambil kira nilai mata wang semasa. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk ambil insurans perubatan yang dapat melindungi kos rawatan serta operasi pembedahan anda secara komprehensif.


Meskipun kadar premium insurans akan menjadi lebih mahal, ia adalah selari dengan perlindungan yang anda dapat dan semestinya berbaloi dengan pelaburan jangka panjang yang anda lakukan. Namun begitu, anda boleh rujuk panduan lengkap tips pilih Medikal Kad terbaik seperti berikut bagi membantu anda pilih mana-mana kad perubatan yang sesuai untuk anda.

2. Tak Aada Had Seumur Hidup

Had atau limit seumur hidup merujuk pada jumlah keseluruhan manfaat yang layak dituntut oleh anda. Firstly, pelan perlindungan insurans akan tamat automatik setelah mencapai had seumur hidup yang ditetapkan.

Sebagai contoh, had tahunan kad perubatan anda ialah RM500,000, manakala had seumur hidup anda ialah RM500,000. Ini bermaksud, anda hanya boleh gunakan sebanyak RM500,000 setiap tahun untuk tempoh lima tahun. Selepas mencapai had seumur hidup, insurans perubatan akan tamat automatik.

Situasi sebegini boleh merugikan anda kerana jika anda ingin mendapatkan pelan perlindungan insurans yang baharu, anda mungkin perlu membayar kos premium insurans yang lebih tinggi kerana faktor usia (semakin berusia semakin mahal harga insurans). 




Ada tak penyakit yand sedia ada? seperti pernah ada ketumbuhan cyst, tumor dan lain-lain?

Besar kemungkinan penyakit sedia ada tidak akan dilindungi oleh pihak insurans. Oleh sebab itu, anda perlu pertimbangkan limit seumur hidup sebelum pilih insurans kesihatan terbaik untuk anda.

3. Senarai Hospital yang Menyeluruh

Selain had tahunan dan had seumur hidup, salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum pilih Medikal Kad terbaik ialah senarai hospital panel di bawah pelan medikal kad untuk anda mendapatkan rawatan.

Seperti semua sedia maklum, kad perubatan yang anda daftar mempunyai senarai hospital panel. Anda perlu mendapatkan rawatan di hospital panel yang tersenarai bagi menikmati kemudahan jaminan insurans atau takaful tersebut.

Jika medikal kad anda tidak menawarkan perkhidmatan hospital panel yang menyeluruh, ia mungkin menjadi masalah kepada anda. Sebagai contoh, anda menetap di Terengganu, tetapi kebanyakan hospital panel bertumpu di Lembah Klang sahaja. Ia mungkin menyukarkan anda untuk memaksimumkan manfaat dan kelebihan Medikal Kad ini.

Ambil kira lokasi kediaman anda dan semak kemudahan hospital panel berhampiran anda dengan syarikat insurans sebelum mendaftar insurans perubatan.

4. Pilih Medikal Kad Terbaik Ikut Keperluan dan Kemampuan

Setiap orang pastinya berbeza tertakluk pada jumlah dan jenis perlindungan yang berbeza bergantung pada penilaian risiko masing-masing. Bagi mendapatkan produk perlindungan insurans atau Medikal Kad terbaik, anda disarankan untuk berbincang dengan ejen anda bagi memastikan anda mendapat perlindungan yang sewajarnya sesuai dengan keperluan anda.

Meskipun begitu, pastikan perlindungan insurans tidak berlebih-lebihan sehingga terlebih perlindungan (over-insured) dan melebihi kemampuan diri untuk membayar balik setiap bulan.

5. Fahami Ciri Pelan Perlindungan yang Anda Pilih

Anda juga disarankan untuk baca dan fahami skop perlindungan, terma dan syarat yang dinyatakan dalam polisi insurans anda. Jangan hanya lakukan pembayaran setiap bulan, tetapi tidak tahu dan keliru dengan perlindungan yang dinyatakan dalam polisi.

Samalah sekiranya anda ingin melindungi aset dan harta benda anda seperti rumah, kereta dan sebagainya, anda perlu mendapatkan insurans takaful am. Manakala, anda memerlukan pelan insurans takaful hayat atau keluarga bagi mendapatkan perlindungan manfaat kematian, kecacatan atau kesihatan.

6. Ambil Kira Komitmen Bulanan yang Perlu Ditanggung

Selain perlindungan, cara untuk pilih medikal kad terbaik adalah dengan mengambil kira komitmen bulanan yang akan ditanggung. Secara asasnya, jumlah premium yang perlu dibayar biasanya dipengaruhi oleh umur, jumlah perlindungan dan manfaat serta status kesihatan semasa.

Dalam erti kata lain, semakin banyak dan menyeluruh perlindungan semakin tinggi bayaran bulanan. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk kenal pasti keperluan anda dan sesuaikan dengan bajet yang anda ada. Elakkan daripada mendapatkan perlindungan insurans yang melebihi kemampuan.

Tak ada gunanya mempunyai perlindungan yang komprehensif tetapi anda perlu ikat perut dan terbeban dengan komitmen bulanan yang tinggi.


7. Senarai Medikal Kad Terbaik: Buat Perbandingan Syarikat Insurans


Kena tahu setiap pelan insurans dengan teliti dan buat perbandingan kadar premium serta manfaat yang ditawarkan oleh beberapa syarikat insurans. Setiap syarikat insurans/takaful atau Medikal Kad terbaik di Malaysia menawarkan pelan perlindungan asas yang hampir sama dengan pelbagai pelan insurans dengan manfaat dan perlindungan yang tersendiri.

Meskipun begitu, setiap produk yang ditawarkan mempunyai manfaat dan perlindungan yang tersendiri terutamanya dari segi manfaat bagi menarik target market tertentu. Oleh sebab itu, anda perlu buat perbandingan terlebih dahulu sebelum memilih pelan perlindungan insurans yang terbaik untuk anda dan keluarga. Ia bagi mengelakkan anda daripada membeli insurans yang tidak sesuai dengan keperluan anda.


8. Tak ada Masalah Sambung Insurans Kesihatan Jika Ada Sakit Kritikal

Ada sesetengah syarikat insurans tidak akan memperbaharui polisi insurans sedia ada jika anda menghidap sakit kritikal atau sakit yang berisiko untuk berulang kembali pada masa akan datang. Oleh sebab itu, anda perlu ambil kira situasi sebegini sebelum pilih Medikal Kad yang sesuai dan terbaik untuk anda.

Andaikan polisi insurans anda ditamatkan atas alasan sebegini, ia semestinya menyukarkan anda untuk mendapatkan insurans baharu. Syarikat insurans memerlukan maklumat berkaitan status kesihatan semasa dan mengambil kira usia anda sebelum memproses permohonan baharu anda.

Jika anda ada sakit sedia ada, penyakit ini akan dikecualikan daripada perlindungan insurans dan anda juga berkemungkinan akan dikenakan kadar premium insurans yang lebih tinggi disebabkan faktor usia.

Insurans perubatan atau Medikal Kad secara asasnya membantu anda bersedia dengan pelbagai risiko luar jangka seperti kemalangan atau penyakit. Jika anda tidak memiliki insurans, ia mungkin akan menyukarkan anda dan keluarga untuk menampung kos perubatan yang tinggi.


Percayalah Kos Perubatan Hospital akan sentiasa meningkat. Jangan biarkan simpanan anda habis disebabkan oleh membayar bil kesihatan. Saya percaya anda pasti ada matlamat dan berkehendak untuk sesuatu. Samaada anda merancang pendidikan anak, berkahwin, membeli rumah dan menunaikan haji dan umrah. Ada perlu bijak dalam merancangan keewangan. Perancangan legasi  yang baik dan berkesan adalah amat penting buat keluarga kerana ia memudahkan waris untuk menguruskan harta peninggalan tanpa perlu melalui proses pembahagian harta yang rumit, sekaligus dapat meneruskan kehidupan seharian dengan tenang.Hubungi saya 014 6377649 - Siti untuk dapatkan quotation takaful, hibah dengan bajet keewangan dan komitment anda. 

No comments:

Post a Comment