Konsep Hibah Takaful, Faraid dan Wasiat


Memahami konsep hibah

 

Hibah ialah pemberian sukarela daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharap sebarang bentuk balasan. Ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita ingini sama ada waris atau bukan waris. Perlu diingat, kesan daripada hibah, semua harta yang sudah dihibah akan terkeluar daripada harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut hukum faraid.



Hibah takaful boleh difahami sebagai :

Hadiah berbentuk sejumlah wang pampasan yang diberikan oleh syarikat takaful kepada ahli waris (penerima) setelah disahkan penyumbang sijil takaful meninggal dunia ataupun mengalami cacat kekal.

Keburukan dan Kelemahan Hibah Takaful

Walaupun menyediakan hibah takaful untuk keluarga tersayang selepas kematian adalah sesuatu yang sangat baik, tetapi,  tanpa perancangan yang betul, pemberian hibah ini boleh menjadi satu musibah dan malapetaka kewangan buat kita dan juga keluarga yang ditinggalkan.

Kelebihan Hibah



Siapa yang layak menerima hibah takaful?

Yang bagus tentang hibah, pemberi hibah takaful (peserta takaful) boleh menghibahkan faedah takaful kepada sesiapa sahaja yang diinginkan, tanpa mengira hubungan, agama mahupun bangsa. Tetapi ianya lebih afdal jika hibah takaful tersebut diberikan kepada ahli keluarga terdekat (isteri/suami atau anak-anak) sebagai tanda kasih sayang. Ini amat berharga pada mereka yang tiada anak, atau ada anak angkat, mualaf yang ingin berikan pada keluarga yang bukan islam. Atau mereka yang ada anak lelaki dan perempuan, tapi hendak berikan hibah yang lebih pada isteri. Yakah, zaman sekarang ramai anak-anak yang hanya pentingkan harta pusaka, tapi bab nak jaga ibubapa dibiarkan saja.


Keburukan Hibah

Tidak Bijak Mengurus Keewangan

Buruknya pada mereka yang tidak pandai mengurus keewangan. Bayangkan seseorang yang tidak pernah menerima wang dalam kuantiti yang sangat banyak, tiba-tiba di dalam akaunnya ada RM500 000 wang hibah. Ya, dia tahu itu wang hibah untuk tujuan menyara hidup selepas ketiadaan anda. Tetapi, adat manusia, mudah gelap mata dengan wang. Mula belanja yang tak perlu, beri pinjam pada kawan2, invest pada skim kaya menipu dan tidak tahu cara melabur pada hartanah. 

Pemilik Hibah meninggal serentak

 Jika pemilik polisi ( pemberi hibah ) meninggal dunia serentak dengan penerima hibah, duit itu akan dibekukan dan perlu diagihkan secara  faraid. Jika suami ambil takaful, lalu namakan isteri sebagai penerima hibah dan kemudian kedua-duanya meninggal akibat kemalangan. Apa akan jadi pada hibah tadi?

Duit itu akan diagihkan ikut faraid si isteri. Anak-anak tidak akan dapat sepenuhnya duit hibah itu walaupun sebenarnya merekalah paling memerlukan duit itu untuk kelangsungan hidup dan belanja pendidikan. 

Waris-waris lain yang tak berapa perlukan duit itu pula yang akan dapat bahagian faraid daripada hibah tu nanti. Kesian anak-anak. Kalau waris yang faham agama, mungkin mereka akan sudi lepaskan bahagian faraid mereka untuk diserah kepada anak-anak si mati, tetapi biasanya jarang berlaku macam tu. Bila dah dapat duit, tak adanya nak bagi balik duit tu untuk yang lebih memerlukan.

Jadi buatlah wasiat sebelum meninggal. Jika pewaris hibah meninggal serentak. 





Penama Pula Bawah Umur

Ada lagi kelemahan hibah takaful ini adalah penerima hibah di bawah usia 18 tahun tidak boleh mengeluarkan duit hibah dan memerlukan pemegang amanah harta sementara menunggu usia 18 tahun.

Bayangkan jika anda meninggal dunia ketika anak anda masih kecil, pastinya sangat lama nak tunggu usia 18 tahun tu. Kalau anda letakkan nama anak sebagai penerima hibah dan berlaku kematian diri anda, sangatlah kasihan pada anak itu kerana tak boleh guna pun duit tu untuk meneruskan hidup, selagi belum mencapai usia 18 tahun. Jadi kenalah fikirkan siapakah yang menjadi wakil sekirannya anak itu dibawah 18 tahun. 


Percayalah Kos Perubatan Hospital akan sentiasa meningkat. Jangan biarkan simpanan anda habis disebabkan oleh membayar bil kesihatan. Saya percaya anda pasti ada matlamat dan berkehendak untuk sesuatu. Samaada anda merancang pendidikan anak, berkahwin, membeli rumah dan menunaikan haji dan umrah. Ada perlu bijak dalam merancangan keewangan. Perancangan legasi  yang baik dan berkesan adalah amat penting buat keluarga kerana ia memudahkan waris untuk menguruskan harta peninggalan tanpa perlu melalui proses pembahagian harta yang rumit, sekaligus dapat meneruskan kehidupan seharian dengan tenang.Hubungi saya 014 6377649 - Siti untuk dapatkan quotation takaful, hibah dengan bajet keewangan dan komitment anda. 


No comments:

Post a Comment