Apa maksud Hibah takaful? Apa itu? Kita selalu dengar tapi tak berapa faham maksudnya.
HIBAH bermaksud HADIAH yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kehendaki. Suami & isteri ambil hibah sebab masing2 ada hutang utk dibayar setiap bulan & utk persediaan skiranya terkena penyakit krtitikal dan dan tidak boleh lg bekerja. Terutama yang bekerja kerajaan banyak yang terlibat dengan hutang koperasi. Tak kan kita nak biarkan hutang itu diwariskan kepada isteri dan anak-anak?
HIBAH TAKAFUL pula adalah pemberian Hadiah dalam bentuk Nilai Pampasan Takaful kepada penerima hibah yang telah ditetapkan oleh Peserta Takaful.
Pampasan hibah takaful boleh diperolehi dalam tempoh sebulan berbanding proses pengurusan harta pusaka yang memakan masa sekurang-kurangnya 3 bulan. Pengendali takaful juga semakin mempelbagaikan produk yang berkaitan dengan hibah takaful bagi menarik minat masyarakat memilih produk mereka.
Penerima HIBAH tersebut merupakan penerima MUTLAK dan PAMPASAN HIBAH TAKAFUL tersebut adalah terkecuali daripada pengurusan harta pusaka dan dalam pecahan bahagian faraidh. Hibah Takaful adalah Hibah Bersyarat. Ia dilindungi oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Hibah Takaful juga terpakai untuk warga islam dan bukan islam.
Hibah takaful adalah hibah bersyarat di mana waris akan mendapat pampasan apabila penyumbang telah mati, meninggal dunia. Hibah takaful boleh dikatakan duit amount yang besar yang boleh digunakan untuk pelbagai keperluan seperti melangsaikan hutang si mati, menyara anak-anak yang masih kecil, atau suri rumah yang tidak bekerja.
Untuk pengetahuan produk hibah takaful biasanya limit sehingga 60 tahun sahaja, tetapi ada juga pakej sehingga umur 80 tahun, bahkan ada pakej sampai umur 100 tahun! Bergantung pada polisi syarikat mana yang kita pilih. Cuma bila pilih pakej sehingga 80-100 tahun ni, kadar bayaran bulanan lebih tinggi berbanding pakej 60 tahun.
Berikut disenaraikan 5 sebab kenapa kita perlu mengambil hibah takaful:
1. Penggantian Pendapatan bila dah tak dapat kerja
Perlu diingatkan kita tidak akan sentiasa berada di atas, selesa, punyai kerja yang stabil. Kita akan diuji oleh Tuhan dengan berbagai musibah kesihatan, kekurangan harta dan sebagainya. Dalam era yang mencabar dengan peningkatan kos sara hidup, jika kita membuat simpanan RM50 sebulan, simpanan setahun akan berjumlah RM600. Dalam tempoh 5 tahun, simpanan terkumpul berjumlah RM3,000.
Apa jadi jika kita meninggal dunia dalam tempoh 5 tahun tersebut? Kita hanya akan dapat meninggalkan waris kita iaitu anak dan isteri sebanyak RM3,000.
Dengan hibah takaful, sumbangan RM80 membolehkan kita meninggalkan waris sehingga RM200,000. Banyak perbezaannya bukan?Walaubagaimanapun, nilai sumbangan masih bergantung kepada umur, keadaan kesihatan, dan produk yang ditawarkan oleh pengendali takaful masing-masing.
2. Penyelesaian Hutang, memudahkan kerja waris
Apabila seseorang meninggal dunia, segala hutang piutang perlu dijelaskan oleh waris. Dengan hibah takaful, waris dapat menggunakan sumber tersebut untuk menjelaskan hutang si mati. Kita semua nak kan hutang kita diselaikan dengan baik memudahkan kita berada di alam barzah.
Sekurang-kurangnya, kita tidak membebankan waris untuk menyelesaikan hutang apabila telah meninggal dunia nanti. Jika hutang RM100 mungkin boleh dilangsaikan, tetapi bagaimana kalau hutang RM10,000 atau RM100,000?
Pening juga waris nak melangsaikannya.
3. Penerima Mutlak
Hibah takaful ini adalah hadiah kita kepada waris atau orang tersayang. Jadi tiada siapa boleh pertikaikannya. Penerima hibah adalah pemilik mutlak hibah tersebut.
Jika buat hibah takaful, amat digalakkan memberitahu penerima hibah supaya penerima tersebut tahu apa nak buat apabila berlakunya kematian. Dinasihatkan agar konsult dengan agen, bagaimana siapa yang perlu menjadi wakil penerima hibah bilamana anak-anak masih lagi dibawah umur.
4. Tiada Kos
Dengan hibah takaful, tiada kos guaman yang terlibat. Waris tidak perlu mengupah peguam atau pihak ketiga untuk menguruskannya. Nilai hibah tersebut juga akan diberikan seratus peratus kepada penerima.
Jika hibah RM200,000, nilai tersebut yang akan waris akan dapat tanpa sebarang penolakan. Ada juga sesetengah pengendali takaful yang memberikan tambahan khairat kematian.
5. Tuntutan Pantas
Seperti yang telah dinyatakan di atas, proses tuntutan hibah takaful boleh dibuat dalam tempoh sebulan sahaja. Bayangkan seorang suri rumah yang kehilangan suami secara tiba-tiba, mana nak cari duit untuk menyara hidup? Sekurang-kurangnya dengan hibah takaful tersebut, bolehlah waris menyara keluarga tanpa sebarang tekanan.
Kesimpulannya, hibah takaful adalah berperanan untuk melindungi waris kita apabila kehilangan orang utama dalam keluarga. Tapi awas apabila membuat hibah takaful, pastikan penerima adalah penerima mutlak bukannya wasi.
Jika hanya wasi, pampasan masih perlu diagihkan mengikut faraid. Sebelum mengambil apa-apa jenis takaful, pastikan aliran tunai kita positif dan sumbangan yang dibuat adalah mengikut kemampuan masing-masing.
Sentiasa ingat takaful adalah komitmen jangka panjang. Bukan untuk setahun atau dua tahun. Tak guna ambil takaful yang mahal, tetapi akhirnya sumbangan tidak dibuat dan polisi dibatalkan.
No comments:
Post a Comment